Arah dan Tujuan

Julai 7, 2007

korang biasa tak taip-tapi tapi bila nak publish, tak kuar????????????

Bulan Sibuk

Mei 31, 2007

Macam tu la, kalau dah malas nak kemaskini, ada je alasan nak bagi..Bagi aku, alasan sibuk, bukanlah sesuatu yang bagus untuk orang sekarang nih..Aku paham, memang semua orang sibuk..Kalau baca blog orang lain tuh, aku rasa diaorang lagi sibuk gile..Jam 5 am dah siap bangun…Bersiap bagai…kalau yang ada anak bini, lagi la huru hara…Nak antar anak ke nursery lagi, nak buat sarapan lagi..

Pastu, kalau yang memandu ke opis tu, 2/3 jam dah konpom dalam kete punya..yang naik pengangkutan awam, kena berebut tempat duduk pulak…Pastu, macam2 kerja diaorang kena buat kat opis….meeting sana sini.Tu belum yang pergi kursus, convention, meeting kat obersee lagi..Gila memang sibuk…Tapi yang aku kagum sekali ialah, diaorang mampu kemas kini blog diaorang..Siap dengan gambar bagai..gile hebat la korang nih…

Aku? perhhggh..tahap aku 10x tak sibuk macam diaorang. Biasanya aku mulakan rutin harian jam 0630..Lepas Subuh, biasanya dalam seminggu tu, aku akan jogging dalam 30 jam gitu..By 0730, sebenar2nya aku dah bersedia ke opis..Tapi aku mengadap Eurosport dulu, dalam 15 min…Jam 0800, aku dah start enjin, dan mula memandu ke opis..Sampai opis jam 0810..Jauhkan opis aku..hehehheh..

Bila sampai awal. aku akan siapkan apa yang patut..Tapi kebiasaanya akan abis dalam jam 0930..Dan kebiasaanya, aku akan merayap dari opis ke opis member aku..Tak kira la kat mana pun..Kadang tu, aku akan ke Kompleks Kerajaan Jalan Duta..Tak pun, jalan2 ke Damansara…Kalau rajin skit, ke Subang…Tapi kebiasaanya, aku akan balik opis sebelum jam 1600…

Lepas abis meronda, aku akan lepak kat opis je..Siapkan beberapa kertas kerja yang patut..Kalau dah siap, aku akan submitkan kat memana syarikat yang berminat. Setakat ini, bagus juga la..Banyak responds..Cuma aku perlu buat follow up dan main harga..Good price with good service..Kira 2 in 1 package la nih…

Jam 1800..aku dah tak reti nak buat apa..Surfing sana sini cari maklumat, dan selesai urusan seharian aku..Nampak tak…punya la mudah hidup seharian aku nih..Tu pun malas nak kemaskini blog….

Tapi itu, kalau aku tak sibuk..Kalau aku sibuk, sememangnya aku akan sibuk…Haritu aku terpaksa buat proposal untuk Oil & Gas kompeni kat miri sarawak..Gila sibuk..3 hari 4 malam aku bersengkang biji mata nak siapkan nya…Itu tak pe la…Kebetulan masa tu, member aku dari Venezuela datang sini..Nak melawat Malaysia….Adusss..Celah mana aku nak layan dia lagi, nak buat paperwork lagi..

Minggu tu juga, aku ada conference kat Hotel Istana dan Sunway Hotel….Kan gile punya sibuk tuh…Aku terpaksa juggle sana sini…Pagi jam 0900, aku dah terpacak kat Prince Hotel…Amik diaorang, bawa jalan2 sampai jam 1300..Pastu aku cakap kat diaorang, yang aku ada very important meeting…Rush ke Istana Hotel…Dengar, tak dengar je apa yg diaorang cakap..

Esok nya benda yang sama, jam 1300 rush ke Sunway…kong kang sana sini, rush balik opis..buat paperwork.malam pulak, bawa diaorang ke Saloma Bistro..Nak tengok tarian Melayu..Layan je la…Malam pulak..mengadap kertaskerja….Wah…..berpinar kepala otak aku nih….Dapat tido pun dalam 3/4 jam je sehari..

Nasib baik member aku tu ada sini 3 hari je…Kebetulan pulak, dia punya flight balik jam 2100 kat KLIA..aku pulak nak ke Miri jam 2030…Tapi masalah aku pulak, tiket tak beli lagi..Aku dah pening..last2, aku drive geng venezuela ni ke rumah aku..Jemput member aku, dan minta diaorang hantar ke KLIA. Pastu, member aku bawa balik kereta tuh..

Nak jadi cerita, aku dah book tiket melalui phone booking (MAS)..Bila aku sampai kat tiket kaunter tu, aku bagi la booking number tu..Dan aku bayar la (pakai kad..cash tak cukup)..Bila aku nak cek in je, diaorang tak bagi…ahh..sudah..aku dah gelabah..esok paginya aku ada meeting kata miri…diaorang cakap, tiket aku tu, utk esok..hampeessshhhhhhhh…Rushing pulak aku ke bawah..minta tukar tiket…

Aku cakap kat awek kaunter tu(nasib baik lawa..siap bertudung lagi-kalau tak lawa, sahih aku maki je)dan awek tu pun memahami keadaan aku yang serba gelabah nih…Dapat juga aku tukar tarikh (plus tak yah tambah rm100-awek cek in tu cakap, aku kena top-up rm100 kalau nak tukar tarikh)..Bila dah lepas cek in, aku gerak ke kaunter perlepasan antarabangsa untuk antar member aku tu..

Dapat juga chat  utk minit2 terakhir…Ada la juga business interest diaorang ni…Aku dah siap proposalnya…cuma tunggu lampu hijau dari diaorang.Lepas diaorang lepas dari kastam, aku rush ke hujung sana tuh..Memang minggu tu aku tak tau, berapa jam je aku tido..Kepala otak aku pulak, nak tido jap dalam flight tu nanti..Hasrat tak tercapai…Masa dah masuk dalam kapal, pilot cakap, ada technical problem…2 kali delay.Last2, sume kena kuar..Tukar kapal terbang…2 1/2 jam aku delay…

Sampai Miri, terus amik teksi.Aku dah booking bilik masa kat KL lagi..Aku plan nak mandi terus, tapi bila aku start kan air-cond, haram tak de…Terus aku komplen..Last2, diaorang upgrade bilik aku..Lagi besar..hehehh..mandi dan terus tido..

Lepas meeting, baru aku teringat, aku tak beli tiket balik KL lagi…sudah…macam mana aku nak balik nih..Aku tepon MAS, diaorang cakap, flight full…tepon Airasia, cam hampehhh…10 minit, langsung tak angkat….sakit jiwa..Aku tanya kat pemandu teksi tu, ada Airasia punya opis ke sini?Nasib baik ada..terus aku suruh dia antar ke tiket kaunter tuhh…Boleh tahan la RM360.one way…hehehhe

Jam 1630, aku dah terpacak kat airport…Sedih aku..bila aku nak cek in je, diaorang cakap, flight delay….yang bestnya, diaorang siap tanya, “Encik tak dapat sms dari kami ke?” Kepala hotak dia…Kalau aku dapat info tuh, sahih aku datang lewat lagi…

Dua kali delay…Last2, kul 2115 baru terbang. Aku nak tido dalam flight..Orang sebelah aku pulak ajak borak..Sabar je la…Kepala aku dah la pening sbb tido tak tentu…Aku pun macam layan tak layan je dengan mamat nih..Buat ramah la pulak…Tapi lepas sejam, aku cakap kat dia yang aku pening..Nak amik short nap..Lantak la dia nak cakap apa kat aku..Asalkan aku boleh tido. Sampai LCCT, nasib member aku dah tunggu. Terus je aku belah…

Esoknya aku kena rush buat another proposal utk oil & gas kat KL pulak..ni pun pening gak..Banyak vendor yang nak masuk line..Cash cow la katakan..Pembayaran  diaorang pun cantik…Tapi tu la..banyak gile yg main politik..Yang melobi tuh, memang ramai la…Sesapa yang dalam bidang mendapat tender nih, sahih tahu camma jalan ceritanya..

Minggu berikutnya, aku terima pelawaan dari kawan aku ni..Dia ajak ke Kuala Rompin.Saja jalan2..Mulanya memang aku malas nak pergi, sebab ada 3 paperwork kena selesai dan 1 benda kena present kat Oil & Gas nih…Punya la semangat kawan aku racun..Last2, aku pun pergi la untuk bercuti (sambil buat kerja)…Aku tak kuar bilik pun..lepak habis la…sambil mandi laut…heheheh..Cuma yang tak bestnya, aku ingat kat sini ada internet connection..Tapi kecewa…

Minggu ni, bila aku tengok blog aku, sedih je rasanya..Macam hidup segan mati tak mahu je..Dan atas kesedaran itu la juga, aku berusaha kemas kini juga…Nak janji banyak2 pun, takut tak juga update..Tapi aku cuba jadi orang2 yang aku maksudkan diatas tadi…Rajin berkerja, tak lupa tanggungjawab keluarga dan yang penting, kemas kini blog..ehehheh..Untuk semua warga Guru..Selamat Bercuti…

Ujian atau Dugaan?

Mac 8, 2007

Pejam celik, dah sebulan aku join business dengan member aku nih. Masih banyak sebenar nak kena buat, tapi segalanya berjalan lancar. Banyak juga buat “cuci otak” sepanjang sebulan yang lalu, dan kami telah pun tentukan apa yang hendak dibuat dalam masa sebulan dua ni, dah juga target untuk hujung tahun ini.

Bagi aku, pengalaman dulu semasa buat berniaga dengan kawan aku dulu, banyak juga yang masih digunakan. Seperti biasa, berurusan dengan agensi kerajaan yang banyak karenah ni, terpaksa aku tempuh untuk kali kedua…Tapi semuanya terasa mudah, berbanding dengan dulu..Dulu aku pergi dengan tangan kosong, senang2 je pegawai tu sindir aku…Kalau dulu, segala urusan penih dengan liku dan birokrasi, tapi sekarang, aku berjumpa dengan orang yang sama, dan nampak mudah…bagus juga pengalaman dulu kan…

Dalam masa yang sama, aku ada 2 “pelajar” baru yang mahu berjinak-jinak dengan dunia korporat. diaorang ni pun member lama aku juga. Semenjak dua menjak nih, semakin ramai aku jumpa balik dengan member lama aku. Dua hari lepas, aku terjumpa dengan roomate aku masa sekolah dulu. Dulu dia kerja sebagai Jurutera dengan GLC..Gaji terakhir ialah RM5000..Tapi, bermula pada 1 March 2007, dia berhenti kerja dan mulakan hidup baru sebagai usahawan. Bagus….aku tepuk bahu dia sebab dia berfikiran “jutawan”..kalau tak pasang angan-angan, bilakan masa nak jadi jutawan kan..segala nya bermula dengan langkah pertama.

Jadi banyak juga dia tanya aku pasal pendaftaran syarikat semua..Cuma ada dua tiga benda je lagi yang perlu diselesaikan. Semuanya free advise..No Charge at all. Aku bangga sebab semakin ramai kawan aku berniaga. Semuanya dah banyak yang ada P.O dalam tangan, cuma perjalanan kerja je yang masih agak kelam kabut.

Aku percaya, itu semua perkara kecik je, dan boleh selesaikan dalam seminggu dua je. Yang lebihnya, berusaha dan berkerja. Terus terang, sebulan yang lepas, tidur, makan, pakai aku tak terurus langsung. kelam kabut juga hidup aku..rushing sana sini, sampai tak sempat nak update blog nih…Hari ni, aku rasa senang skit, sebab banyak kerja dah selesai..cuma account je belum dikemas kini.

Semalam, masa aku online, aku dapat berita yang terjadinya gempa bumi di Padang, Indonesia. Kesian, sedih dan segala macam perasaan ada dalam kepala otak aku nih..Sebenarnya aku pernah beberapa kali ke sana.Tiga tahun lepas, aku pernah travel sebulan di seluruh pulau jawa…tak semua la aku dapat cover, tapi kebanyakan tempat pariwisata (kawasan perlancongan) utamanya aku pernah jejak. Tahun lepas, ada gempa bumi berlaku di Yogyakarta. Masa aku dapat berita tu, aku termenung sekejap. Terpikirkan gambaran kota budaya Yogya yang pernah aku lawat dulu. Terlalu banyak yang aku lihat daripada apa yang mampu aku tulis.

Aku terpikirkan keadaan orang kampung di sepanjang perjalanan aku dari Surabaya ke Jakarta, yang sememangnya susah membanting tulang dari pagi hingga ke malam untuk mencari rezeki. Aku terpikirkan penarik beca yang berkaki ayam, menarik beca untuk membawa penumpang ke destinasi yang dipinta. Aku terpikirkan peniaga di sepanjang jalan Malioboro Jogja, yang tak pernah jemu memasak untuk pelangganya.. Apa kabar agaknya pakcik yang buat sate di kedai PodoMoro? Apa kabar juga kepada kakak yang buat air jeruk yang sangat sedap di Jalan Malioboro? Apa kabar juga kepada pakcik yang buat Apam Balik panas yang sangat sedap di Jalan Ahmad Yani, Bukit Tinggi?

Dalam pada kejadian alam tu, terdengar juga cerita pasal Adam Air yang terhempas di Laut Sulawesi yang sampai sekarang masih belum ketemu bangkai dan mayat yang terkorban dalam nahas tu. Sedang cerita Adam Air tu belum habis penamatnya, Garuda pula terhempasa di Yogya. Semakin lama semakin keliru aku. Ujian atau Dugaan? Tentu korang pernah dengar kisah Maal Hijrah, bagaimana Nabi Muhammad S.A.W naik ke langit dan bertemu dengan perempuan tua yang sudah bongkok. Lalu Baginda pun bertanya kepada Malaikat Jibrail, “Siapakah perempuan ini?” Maka jawab Jibrail, “Perempuan ini adalah dunia.” Bayangkan, kejadian itu berlaku 1428 tahun yang lalu! Bagaimana kah agaknya keadaan perempuan tua itu ketika ini?

Maka tidak hairan lah, pelbagai kejadian yang kadang kala pelik berlaku pada ketika ini. Bagi mereka yang sedar dan mampu berfikir, bertuah la mereka. Bagi mereka yang asyik meneguk Chivas Regal dan curut Cuba, agar cepat lah sedar. Masih ada ruang dan waktu untuk kepangkal jalan. Bukan ke dunia ini sebagai tempat persinggahan sahaja?

Kepada semua, hayatilah lirik lagu ini. Banyak maksud tersirat yang mampu dikupas oleh mereka yang mempunyai mata hati…Semoga diri kita semua dirahmati..salam blogging..

EBIET G.ADE-BERITA KEPADA KAWAN

Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang, engkau tak duduk di sampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan

Tubuh ku terguncang di hempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan
Perjalan ini pun seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih

 

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika ia ku tanya “Mengapa?”
Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

 

Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya
Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit

 

Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

 

Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang

Raya Dan Cerita TV

November 2, 2006

Seperti raya-raya yang sebelum ini, pelbagai rancangan menarik disediakan oleh stesen televisyen (tv) tempatan. Kumpulan Media Prima, menyediakan “hidangan” raya, semenjak dari awal puasa lagi.  Dengan “Diari Rafique” sebagai suapan awal, Media Prima secara sedikit sebanyak mempengaruhi penonton untuk “setia” bersamanya. Anak syarikatnya yang lain  pula, sibuk menyiarkan kembali cerita dari Korea “Winter Sonata”. Pelbagai strategi dimainkan untuk memastikan rating mereka sentiasa tinggi. Itu masa berpuasa..bila raya menjelma, nah…..dengan drama raya,  lagu raya, dan segala macam cerita raya  keluar dari kotak hitam (magic box-mengikut istilah rakyat Amerika ketika tv mula diperkenalkan dahulu).

Ohh..Tidak lupa Astro! Berbekalkan “tag line-Jangan Raya Tanpa Ria”, saluran 4 Ria, turut sama menyediakan pelbagai “juadah” raya. AC disini-dengan jemputan khas bersama Aleeza Kassim yang sexy dan anggun itu berbincang mengenai raya dan kisah peribadi yang aku rasa, langsung tidak membina minda-mana modal insannya?. “Juadah” berterusan sehingga la takbir raya di awal pagi.

Maka pesta raya pun bermula la dengan kisah artis bersalam-salaman yang kononnya saling bermaaf-maafan, memohon ampun atas kesilapan. Ini diteruskan lagi dengan drama raya-yang bagi aku, struktur, intonasi dan penggunaan ayat yang digunakan,  apatah lagi jalan cerita yang mengarut seperti Lady Boss, Gangster dan cerita yang  paling seram pada abad ini, Harum Sundal Malam (betul ke tajuk dia nih) langsung tidak mengambarkan situasi sebenar masyarakat Melayu Muslim pada hari ini.

Itu belum lagi cerita mengarut Astana Idaman yang aku rasa cerita begini hanya sesuai untuk ahli keluarga ADUN Port Kelang je. Mesti korang ingat aku tengok sume cerita tu kan!! Tapi korang jangan terperanjat. Semua cerita kat atas tu, aku baca sinopsis je. Aku tak perlu buang masa untuk tengok cerita yang merapu dan menjual air mata dengan murah.

Bagi aku, air mata tak ternilainya. Air mata yang keluar ketika memohon ampun dari ibu dan ayah adalah 1000 kali besar ertinya dari membuang tak tentu pasal. Air mata yang keluar dari mangsa tsunami di Indonesia dan juga Malaysia lagi besar nilainya dari membuangnya kerana menonton drama. Air mata rakyat Palestin lagi tinggi nilainya dari air mata Awie sebab berkawin dua.

Aku tak nak cerita pasal air mata, apatah lagi pasal cerita artis Malaysia nih. Apa yang aku nak cerita ialah pasal rancangan tv dan Hari Raya. Sekarang ni aku tengok, terlalu banyak program tv yang dimainkan sempana menyambut Eidulfitri. Dengan segala macam rancangan, anak-anak kita, tak kira la yang remaja ke, belia ke,  yang tua pun sama juga, secara tidak langsung, akan menonton rancangan yang dihidangkan.

Tujuan utama Eidulfitri ialah untuk meraikan kemenangan, setelah sebulan kita berpuasa. Selain itu, kita di tuntut untuk mengunjungi sanak saudara untuk bermaaf-maafan sesama kita. AKu teringat, masa aku kecik-kecik dulu, sepanjang bulan puasa, kami adik beradik telah di ajar untuk berpuasa. Pada sebelah malamnya pula, aku akan ke madrasah yang berdekatan untuk menunaikan tarawikh. Bila nak dekat raya je, sume kueh dah siap di masak dan dibungkus dua set-setiap set untuk diberikan untuk keluarga ibu dan ayah.

Seminggu sebelum raya, kami adik beradik dah berasa sangat teruja untuk pulang ke kampung. Sibuk mengemas baju raya, dan tak lupa untuk mengemas rumah. Bila hari nak balik kampung nya, aku rasa sangat gembira, kerana kami sekeluarga  jarang dapat pulang ke kampung.  Maka bermula la episod beraya aku di kampung.

Kalau malam rayanya, kami sepupu akan memasak lemang, ketupat-yang dianyam,bukan nasi himpit. wah, malam tu memang seronok, sambil bermain bunga api yang dibeli oleh pakcik aku. Ohh ya, bukan setakat lemang dan ketupat, rendang, dan segala macam hidangan disediakan pada malam tu.  Kalau ada yang rajin, sahih dah kena masak dodol. Kalau nak mengacau dodol, sahih la tak tidur malam tu.

Dalam pada memasak tu, ada pula pasukan bertakbir yang datang dari masjid berdekatan. Pasukan takbir ini diuruskan oleh penghulu dan mendapat kerjasama dari AJK Masjid. Maka, bertakbirlah pasukan ini, di hampir setiap rumah dikampung aku nih.  Dalam pada dok sibuk dengan mengacau dodol, masak lemang bagai, sempat pulak aku main bunga api. Dulu, sangat senang untuk membeli bunga api. Sebut aje, pasti ada dijual dipasaran terbuka.

Bila pagi raya tu, suasana memang sangat kecoh. Bayangkan setiap keluarga, paling kurang ada 4 anak. Nenek aku (sebelah mak aku ada 8 anak), berebut bilik mandi yang hanya ada satu tu. Kalau, rajin dan tahan sejuk, mandila jam 5 pagi. Dan itu yang aku buat,  lepas mandi, tido balik..hehehhe..dengan budak kecik menangis la, dengan bebudak cari beg baju la, dan segala macam perangai la.

Lepas balik dari Solat Eidulfitri, rumah nenek aku akan penuh sepanjang hari. Segala macam jenis orang datang beraya. Kadang tu, sampai tak menang tangan nak layan tetamu yang datang. Tetamu bertali arus, sehingga la raya ke tujuh.Lepas tu, baru la boleh berehat skit.Jadi, bila masa aku tengok tv waktu tu?