Masih Ingat?

Julai 25, 2008

Kira-kira setahun yang lalu, aku pernah menulis kisah penulis agung yang sangat aku minati. Kisah yang beliau tulis, sememangnya meruntun seluruh jiwa raga. Arwah Pak Hamka mewakili abad yang lalu, dimana setiap hasil kerjanya pasti akan disulam dengan seribu satu nasihat dan pedoman. Tanyalah kepada seluruh warga Indonesia, mereka pasti bangga kerana punyai seorang tokoh hebat yang sukar dicari galang gantinya.

Beliau pergi meninggalkan khazanah yang tidak ternilai harganya. Kalau mereka yang tahu akan kesusahan yang dihadapi oleh beliau semasa beliau kecil, pasti akan menitiskan air mata kerana, dengan kemiskinan itulah, beliau mampu membuka mata hati, melihat diri dan seluruh alam dan sekaligus menggarap karya agung berdasarkan penggamatan beliau terhadap alam dan manusia dan hubungkaitnya dengan kitaran hidup manusia sebagai pesuruhNya.

Aku tdak mahu membandingkan antara beliau dengan sesiapa, kerana, Pak Hamka mempunyai karisma tersendiri untuk berkarya. Berlainan dengan karya Habirurahman di mana, beliau memilih liku masa terkini untuk menyesuaikan dengan keadaan semasa. Eh, aku tak nak ulas pasal diaorang sebenarnya. Ada benda lain yang nak aku cakapkan.huhuhu

Kalau dulu, aku pernah tulis bahwa, sebab aku menyusurkan diri di Tanah Jawa adalah kerana karya Pak Hamka, maka kini, berkat doa korang semua, bukan aku yang pergi Mesir, tapi ayah dan ibu aku, berjaya menjejakkan kaki ke tanah purba, Mesir.

Sebetulnya secara kebetulan. Kami adik beradik berpakat untuk menghantar Ibu dan Ayah berumrah. Maka kami pun bermuzakarah (bukan UMNO je boleh guna ayat ni ek) bersetuju untuk memilih pakej umrah dan ziarah. Maka, berdua la mereka selama 2 minggu mengerjakan umrah dan ziarah di bumi Ambia.

Walaupun aku terkinja-kinja dari tahun lepas nak kesana, tapi aku rasa, baik beri peluang kepada orang tua dahulu. Semasa ada ni lah nak berkhidmat kan. Nanti aku ikhtiarkan cara lain untuk ke sana.

Wah, semakin rajin aku nampaknya ni..Bagi aku semangat untuk kembali.Akan diusahakan segala mampu aku untuk menaip dengan lancar setiap hari.

Salam Kembali

Julai 25, 2008

Hampir setahun aku menghilangkan diri. Saje aku nak rehat tanpa pikirkan nak kemaskini blog. Masa aku berhenti kejap menaip tahun lepas, tak de la aku pikirkan sampai setahun berehat kan. Tapi nak buat macamana lagi. Dah sedap lepak setahun, memang terasa malas sangat aku nak buat baru. Jadi malam tadi, aku godek² la blog lama aku tu. Penuh sawang yang melintang sana sini..huhuhu..

Kira macam balik kampung tengok rumah yang telah lama ditinggalkan. Penghuni rumah dah takde, apakan lagi jiran² disekeliling. Habis sume dah lari. Ada yang dah tak tinggalkan kesan.Daripada penat² aku cari jiran lama tu, baik aku buat baru kan.

Tapi aku dah import dan export yang lama² tu ke blog nih..Kalau jiran lama tu ternampak rumah baru aku ni, aku amat alu² kan kedatangan korang. Yelah, dulu rajin sembang sambil minum tea kan..Tapi sekarang, kena la minum sorang².

Okla..aku pun tak tau nak taip apa pun. Cuma buat masa sekarang ni nak amik feel untuk mahir menaip. Lama dah skill tu aku tinggalkan..Dulu masa belajar, aku antara yang terpantas dalam bab menaip nih..Maklumla, nak jadi setiausaha, kena la cekap kan..hehehe..Eh, betul beb..Masa memula belajar masa dip dulu, masa paper komputer aku siap dalam masa 30 min je. Lagi 2.30 min aku lepak kat kedai makan..ehehe..

Dah mula merapu aku ni..ok la..jumpa lagi..daaa..

Puasa dan Blog

Oktober 5, 2007

Dalam masa beberapa hari lagi, kita semua akan menyambut Hari Lebaran. Pasti ramai antara kita yang dah siap untuk membeli apa yang patut sempena raya ni. Status aku sebagai orang bujang, sangat mudah je. Kalau malas nak beli, guna je baju/peralatan yang ada tahun2 lepas tu. Bukannya rosak apa kan. Cuma mungkin dah tak bersinar lagi. Yang penting, benda tu berkualiti dan tahan lama. Sebab tu baju melayu yang aku tempah 7 tahun dulu di kedai Omar Ali di Wisma Yakin tu, masih sihat dan berseri. Masa tu harga yang aku tempah sekitar RM200/- kot. Kain pun sangat bagus dan tak panas. Tapi, raya tahun ni, aku dah siap beli baju melayu kat tempat yang sama juga. Tapi beli yang dah siap punya. Rasanya dah tak sempat nak menempah dah. Sahih raya haji je aku pakai baju tu nanti. .

Sebelum raya, mesti kena puasa kan. Jadi, puasa kat mana2 pun sama je, melainkan korang berpuasa di obersi. Ada yang kena puasa sampai 18 jam sebab siang lebih panjang dari malam. Jenuh gak camtu nak puasa..Kalau aku, sahih aku akan ganti puasa tu masa malam yang panjang..Boleh ke buat camtu?

Tapi yang paling aku suka ialah berbuka. Selalunya orang bujang macam aku ni akan berbuka kat mesjid. Bukannya nak saving ke bagai memang pun.Tapi aku suka berbuka kat mesjid sebab ramai jemaah yang sekali berbuka. Boleh gak kenal2 dengan orang lain. Tapi yang nostalgik nya ialah, ada satu mesjid ni disekitar KL. Dulu masa belajar, ada ramai kawan2 aku yang sambung belajar di UIA (dulu di PJ). Jadi kami akan selalu berbuka kat mesjid ni. Meriah gak sebab berbuka sama rakan2 dari sekolah lama. Jadi seronoknya lain macam la.

Untuk makluman juga, sempena dengan raya nih. blog aku genap la setahun jagung pada 16/10/07 ni. Tak sangka juga. Dulu aku hanya seorang pembaca blog yang rajin, dan sekarang bertukar profession sebagai penulis blog yang malas. Tapi paling kurang aku ada blog kan. Tak kisah la malas ke rajin, tapi aku akan cuba juga menulis.

Sebelum korang balik bercuti raya ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua bloggers. Maaf la lebih kurang tu. Kadang tu, entry ke , komen ke yang terasa di hati, minta2 dimaafkan. Semoga korang sume berbahagia pada raya ini. Yang penting sekali, pandu lah dengan cermat dan berhati-hati…Semoga selamat dalam perjalanan.

Maaf Dzahir dan Batin….

Perjalanan

September 15, 2007

Hari ini bukan lah aku nak bercerita pasal perjalanan macam dulu2 tu. Bukan cerita pasal Nepal dan juga bukan cerita pasal negara lain yang aku lawati. Tapi perjalanan kehidupan, yang harus ditempuh setiap insan.

Dua tiga minggu lepas ni, ramai manusia di sekeliling aku ni berjalan. Yang pertama sekali ialah abang aku. Seperti biasa, dia akan ke Eropah atau lebih tepat sekali ke Amsterdam. Kebiasaanya abang aku akan ke sana dalam 4 kali setahun. Itu ke Amsterdam sahaja. Kalu trip lain, aku hilang kiraan. Serupa juga ke London. Pengiraan yang sama diaplikasikan untuk ke sana. Aku cuma kirim baju bodoh2 gitu je..Kalau ada coklat, mmg aku punya la tuh

Salah sorang rakan aku pula, (taraf kakak dah ni), dia ke Dubai, Oman dan Abu Dhabi. Trip perniagaan katanya. Seminggu untuk hayati semua 3 tempat itu. Kakak ni ada asma. Aku tak tau la camamna dia atasi ke tempat yang banyak debu dan pasir tu. Selalu gak aku sms dia. Ada sekali tu, dia siap tepon aku kat mesia ni..Gila..Pakai perayauan antarabangsa, aku tak tau la bil tepon dia berapa bulan ni. Bil tepon RM150 sebulan pun aku dah marah2..ni kan dia tepon aku lelama dari obersi.

Sidia pulak ke Sabah. Ada mesyuarat katanya. Jauhnya mesyuarat…Tapi takpe, sambil tu boleh jalan2 kan. Sabah adalah tempat yang bagus untuk merehatkan otak. Dulu, selalu gak aku menyesatkan diri kat KK tu. Saja..Boleh ke Karambunai, Kudat pun ok gak. Tapi kalau tak panjat Gg Kinabalu, baik tak yah pergi Sabah kan.

Perjalanan lain ialah Perkahwinan. (Ni pasal aku singgah kendiri kawin kat BSN Bangi itu hari). Bagi aku, ini juga merupakan perjalanan hidup baru bagi pasangan lelaki dan perempuan. Kalau dulu hidup bujang sorang2, tapi lepas nikah, punya pasangan untuk hadapi cabaran, dan dugaan. Sapa kata pokok takkan bergoyang? Jalan mana yang tak berlubang? dan pantai mana yang tak dilambung ombak? Maka perjalanan pasangan yang baru bersatu itu, merupakan langkah pertama dalam hidup berumah tangga.

Dalam pada tu, aku sempat singgah ke rumah kawan aku yang kehilangan anaknya kerana kesukaran bernafas. Aku dapat maklumat ni pun dah lewat. Tapi nasib, rumahnya, kalau naik kereta akan sampai dalam masa 10 minit je. Jadi sempat la aku ke mesjid yang berdekatan. Menurut cerita kawan aku ni, anak dia yang berusia 1 tahun, mengalamai kesukaran bernafas. Jadi dia pun cepat2 la pandu kereta ke hospital. Tapi Tuhan lebih sayangkan anaknya itu. Meninggal semasa dalam perjalanan. Sedih gak aku, tapi itu adalah lumrah kehidupan. Kepada isterinya, Syurga menanti dirimu, kerana anak mu, akan turut membawa mu ke syurga.

Setelah sembilan bulan menanti dengan penuh debar, akhirnya kak ngah aku selamat melahirkan anak lelaki yang comel pada Selasa 11/9 tempoh hari. Perjalanan kedunia yang fana ini, baru bermula untuk dia. Pelbagai cabaran yang menanti untuk dia hadapi. Sebelum ini, dah 2 kali kakak aku keguguran. Yang pertama, anak sulung dia. Meninggal dalam rahim lagi. Yang kedua, selamat dilahirkan. Yang ketiga, tali pusat melilit leher bayi dalam rahim. Dan minggu lepas, setelah berdebar2, akhirnya lahir juga anak yang ditunggu oleh sume ahli keluarga kami. Ini merupakan anak buah aku yang ke-7. Sempat juga aku menjengah baby ni. Aku tepon kak long aku, dan janji akan amik dia jam 6pm dan terus ke Muar. Asalnya nak tido sana je, tapi kak long aku ada kerja keesokan harinya. Jadi aku pun balik jugak la..

Begitula. Rupanya banyak juga perjalanan yang akan ditempuhi oleh setiap dari kita ini. Sama ada kita mampu untuk melakunya atau tidak, semuanya terletak pada dalam diri sendiri. Ada yang ringkas dan ada juga yang sukar. Yang penting, kita harus hadapi dengan tabah. Tak kirala, apa lapisan masyarakat pun, cabaran memang sentiasa berada didepan mata. Semoga dengan kehadiran Ramadhan yang mulia ini, kita semua mampu menghadapi perjalanan yang jauh dalam hidup kita nanti. Salam Ramadhan.

Kerja dan Kurang Sihat

Ogos 28, 2007

Semenjak kebelakangan ini, keadaan kerja aku semakin bertambah. Dari satu opis ke satu opis harus aku jejaki dalam masa seminggu berkerja. Sedia maklum bahawa, yang rasminya berkerja ialah 5 hari seminggu aje kan. Dan aku kena padatkan semua jadual aku tu kepada 5 hari berkerja.

Bila berniaga, perlukan masa yang sangat sedikit untuk selesaikan sesuatu tugasan. Sebabnya? Kerana perkara itu sememangnya perlu di nilai sebaik mungkin dan kalau boleh, perlu diberi jalan penyelesaian secepat mungkin.

Oleh kerana semuanya hendak diselesaikan dalam masa yang singkat, semuanya harus dipertimbangkan dengan pantas dan dengan itu, segala keputusan harus dibuat sebaik mungkin. Atas sebab itu, dua, tiga minggu yang lepas, masa aku banyak terbuang untuk selesaikan beberapa perkara pokok yang memerlukan pendekatan yang berbeza, namun keputusan harus lah konkrit.

Sedia maklum, cuaca pun tak menentu, dan aku pun juga tak menentu kehulu-ke hilir untuk mencukupkan korum yang pasti, selalunya tidak akan pernah cukup itu, menyelesaikan masalah dari satu kompeni ke kompeni yang lain. Akibatnya? Aku kurang sihat pada Jumaat lepas. Nah..amik ko, macam hero sangat nak selesaikan masalah orang. Akhirnya aku yang terjelepuk kat atas tilam pada hari berikutnya.

Memang aku bernasib baik kali ini, dapat bangun dari tilam itu untuk pergi ke klinik Idzham di Melawati untuk bertanya kabar. Tapi sebelum itu, aku meredah ke 3 klinik di Seri Gombak-semuanya tak de doktor..Sama ada keluar makan (aku dah tulis nama kat kad lawatan-tapi aku belah camtu je sbb dah 30 min tunggu-padahal pesakit 2 orang je). Klinik yg kedua, aku dah kuar IC, dan serah kan pada awek a.k.a nurse yang bertugas. Pastu boleh dia cakap , “Doktor tak de. Sume kuar makan” ..Padahal jam dah pukul 2.30pm, dan klinik punya la grand..takkan sorang pun tak de..

Klinik yang ketiga, aku tanya direct je, “doktor ada tak? Pastu aku belah terus sebab nurse tu tak leh nak jawab. Aku terus je ke Melawati sbb aku ada perasan yang ada klinik bagus kat situ. Ok la..At least penyambut tetamu tu cakap, yang ada doktor bertugas. Bagus klinik nih.Aku tengok kat dinding dia, banyak anugerah yg dapat. Teruskan.

Masa buat rawatan, doktor cakap, “kalau lagi 3 hari tak kebah, datang semula untuk periksa platlet darah—saspek denggi”……AAAAAaahhhhhh…Aku dah kena 3 tahun dulu. Kalau sesapa yang pernah kena denggi, tau la apa rasanya… Aku dah pasrah dengan apa yang doktor tu cakap..Aku bayar RM29, dah terus belah. Rehat kat rumah..Makan ubat dan tido..

Dan keesokkan harinya aku bertekad nak berpeluh. Aku plan nak jogging kat kawasan sekitar je. Tapi, kan bagus kalau jogging kat trek yang disediakan.

Oleh itu, kepada semua bloggers yang berada di luar sana, senantiasa la beringat dengan kesihatan diri. Kadang tu kerja sampai lewat malam. Ada juga yang siap bawa bantal dan selimut kat opis. Aku paham. Itu ada komitmen dan dedikasi seseorang pekerja terhadap majikannya. Apa yang penting, kerja mesti smart, kalau asyik kerja dan kesihatan diabaikan, tak guna juga.. Nanti kalau sakit, tugas terjejas, sapa yang susah?

Dalam kita mencari rezeki, harus juga diingat kesihatan tubuh badan kita. Kalau jadi cam aku camana? Aku pernah seminggu kat hospital sebab denggi. Betapa tumpuan terjejas. Amik paling kurang 2 minggu untuk pulih sepenuhnya.. Banyak penyakit lain juga akan singgah seperti stroke, jantung, kencing manis etc. Aku bukan seorang doktor untuk menasihat korang, tapi hargai lah diri sendiri daripada benda lain..Selamat Merdeka. Cuti balik kampung tak? Adioss

Semalam (24 Julai 2007) adalah tarikh memperingati kepulangan Haji Abdul Malik Karim Amrullah (atau lebih dikenal sebagai Hamka) ke rahmatullah setelah beberapa hari berada di hospital kerana sakit tua.

Almarhum lahir pada tahun 1908, di desa kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat (Sumbar) dan meninggal di Jakarta 24 Julai 1981, adalah sastrawan Indonesia, sekaligus tokoh ulama dan aktivis politik.

Almarhum juga diberi gelaran Buya, iaitu panggilan buat orang Minangkabau yang berasal dari kata abi, abuya dalam bahasa Arab, yang bererti ayahku, atau seseorang yang dihormati.

Ayahnya adalah Syeikh Abdul Karim bin Amrullah, yang dikenali sebagai Haji Rasul, yang merupakan pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906.

Pendidikan dan kerjaya dalam bidang dakwah di Nusantara Hamka mendapat pendidikan rendah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga kelas dua. Ketika usia Hamka mencapai 10 tahun, ayahnya telah mendirikan Sumatera Thawalib di Padang Panjang.

ImageDi situ Hamka mempelajari agama dan mendalami bahasa Arab. Hamka juga pernah mengikuti pengajaran agama di surau dan masjid yang disampaikan ulama tempatan terkenal pada waktu itu seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjopranoto dan Ki Bagus Hadikusumo.

Hamka memulakan kerjaya sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan dan guru agama di Padang Panjang pada tahun 1929. Kemudian dilantik sebagai dekan di Universiti Islam Jakarta dan Universiti Muhammadiyah, Padang Panjang dari tahun 1957 hingga tahun 1958.

Setelah itu, almarhum diangkat menjadi Rektor Perguruan Tinggi Islam di Jakarta dan Profesor Universiti Mustopo, Jakarta dari tahun 1951 hingga tahun 1960, beliau menjawat sebagai Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia, tetapi meletakkan jawatan itu ketika Sukarno menyuruhnya memilih antara menjadi pegawai negeri atau bergiat dalam politik Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi).

Hamka adalah seorang tokoh dalam berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah, sastera, sejarah, sosiologi dan politik, baik politik Islam maupun Barat. Dengan kemahiran bahasa Arabnya yang tinggi, beliau dapat menyelidiki karya ulama’ dan pujangga besar di Timur Tengah seperti Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad, Mustafa al-Manfaluti dan Hussain Haikal.

Melalui bahasa Arab juga, beliau meneliti karya sarjana Perancis, Inggeris dan Jerman seperti Albert Camus, William James, Sigmund Freud, Arnold Toynbee, Jean Paul Sartre, Karl Marx dan Pierre Loti.

Almarhum juga rajin membaca dan bertukar-tukar fikiran dengan tokoh-tokoh terkenal Jakarta seperti HOS Tjokroaminoto, Raden Mas Surjopranoto, Haji Fachrudin, Ar Sutan Mansur dan Ki Bagus Hadikusumo sambil mengasah bakatnya sehingga menjadi seorang ahli pidato yang handal.

Almarhum juga aktif dalam gerakan Islam melalui organisasi Muhammadiyah. Beliau mengikuti pendirian Muhammadiyah mulai tahun 1925 untuk melawan khurafat, bidaah, tarekat dan kebatinan sesat di Padang Panjang.

Bermula pada tahun 1928, beliau mengetuai cawangan Muhammadiyah di Padang Panjang. Pada tahun 1929, Hamka mendirikan pusat latihan pendakwah Muhammadiyah dan dua tahun kemudian beliau menjadi konsul Muhammadiyah di Makassar.

Kemudian beliau terpilih menjadi ketua Majlis Pimpinan Muhammadiyah di Sumatera Barat oleh Konferensi Muhammadiyah, menggantikan S.Y. Sutan Mangkuto pada tahun 1946. Beliau menyusun kembali pembangunan dalam Kongres Muhammadiyah ke-31 di Yogyakarta pada tahun 1950.

Pada tahun 1953, Hamka dipilih sebagai penasihat pimpinan Pusat Muhammadiah. Pada 26 Juli 1977, Menteri Agama Indonesia, Prof. Dr. Mukti Ali melantik Hamka sebagai ketua umum Majlis Ulama Indonesia tetapi beliau kemudiannya meletak jawatan pada tahun 1981 karena nasihatnya tidak dipedulikan oleh pemerintah Indonesia.

Kegiatan politik Hamka bermula pada tahun 1925 ketika beliau menjadi anggota parti politik Sarekat Islam. Pada tahun 1945, beliau membantu menentang usaha kembalinya penjajah Belanda ke Indonesia melalui pidato dan menyertai kegiatan gerilya di dalam hutan di Medan.

Pada tahun 1947, Hamka diangkat menjadi ketua Barisan Pertahanan Nasional, Indonesia. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi Masyumi dan menjadi pemidato utama dalam Pilihan Raya Umum 1955.

Masyumi kemudiannya diharamkan oleh pemerintah Indonesia pada tahun 1960. Dari tahun 1964 hingga tahun 1966, Hamka dipenjara oleh Presiden Sukarno kerena dituduh pro-Malaysia.

Hasilkan pelbagai karya besar Semasa dalam tahanan penjara, beliau telah mula menulis Tafsir al-Azhar yang merupakan karya ilmiah terbesarnya. Setelah keluar dari penjara, Hamka diangkat sebagai anggota Badan Musyawarah Kebajikan Nasional, Indonesia, anggota Majlis Perjalanan Haji Indonesia dan anggota Lembaga Kebudayaan Nasional, Indonesia. Selain aktif dalam soal keagamaan dan politik, Hamka merupakan seorang wartawan, penulis, editor dan penerbit.

Sejak tahun 1920-an, Hamka menjadi wartawan beberapa buah akhbar seperti Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang Islam dan Seruan Muhammadiyah. Pada tahun 1928, beliau menjadi editor majalah Kemajuan Masyarakat. Pada tahun 1932, beliau menjadi editor dan menerbitkan majalah al-Mahdi di Makasar. Hamka juga pernah menjadi editor majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.

Hamka juga menghasilkan karya ilmiah Islam dan karya kreatif seperti novel dan cerpen. Karya ilmiah terbesarnya ialah Tafsir al-Azhar (5 jilid) dan antara novel-novelnya yang mendapat perhatian umum dan menjadi buku teks sastera di Malaysia dan Singapura termasuklah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau ke Deli.

Sepanjang terlibat dalam kerjaya sebagai seorang ulama/sajana/tokoh ilmuan Islam, al-marhum Hamka telah menubuhkan Universiti Muhammadiyah Prof. Dr. Hamka atau singkatannya (UHAMKA) yang merupakan pengembangan (Konversi) dari IKIP Muhammadiyah Jakarta yang didirikan pada 25 Rabiul Awwal 1377 H bertepatan dengan 18 November 1957.

Hamka pernah menerima beberapa anugerah pada peringkat nasional dan antarabangsa seperti anugerah kehormatan Doctor Honoris Causa, Universiti al-Azhar, 1958; Doktor Honoris Causa, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1974; dan gelaran Datuk Indono dan Pengeran Wiroguno dari pemerintah Indonesia.

Hamka telah pulang ke rahmatullah pada 24 Julai 1981, namun jasa dan pengaruhnya masih terasa sehingga kini dalam memartabatkan agama Islam. Beliau bukan sahaja diterima sebagai seorang tokoh ulama dan sasterawan di negara kelahirannya, malah jasanya di seluruh alam Nusantara, termasuk Malaysia dan Singapura. – mks.

Aku dan Radio

Julai 22, 2007

Jumaat lepas, aku ke Muar untuk ziarah kak ngah aku yang sedang sarat mengandung. Rasanya dah 7 bulan kot. Ibu aku tak bagi dia balik rumah sebab, kakak aku ni dah 2 kali keguguran. Sepatutnya dah ada 3 anak. Tapi rezeki dia ada sorang anak perempuan. Takpe la, sorang pun tak pe, asalkan dapat menyerikan hidup berkeluarga.

Aku pun dah lama sangat tak ke sana. Jadi aku setkan tarikh untuk ke sana. Memula, abang aku dan wife dia nak ikut sekali. Tapi, diaorang sms yang diaorang penat. Baru balik dari Hong Kong pada hari Khamis malam tu. Aku tak kisah pun, dan aku paham, sesapa pun yang travel obersi, akan berasa penat sangat kalau balik rumah. Dan aku pun pergi dengan ibu + ayah sama 2 orang anak kak long aku ke muar.

Sebenarnya aku bukan nak cerita kan sangat pasal trip aku ke muar tu. Tapi aku nak ceritakan pasal aku mengelamun, setelah aku hantar ibu+ayah aku balik ke rumah. Ceritanya lebih kurang begini la. Masa aku kat lebuhraya tu, lepas aku antar ibu+ayah aku balik rumah, aku bukak la radio. Ada terdengar topik pasal sorang makcik ni yang menceritaka pengalaman dia berjalan kat luar negara masa dia belajar dulu. Seronok juga dengar cerita dia.

Dalam pada aku dengar cerita dia tu, aku terus teringat masa aku kecik2 dulu. Masa tu, aku rasa aku dalam darjah 1 atau 2 kot. Seingat aku, ada 2 saluran radio yang ada, Radio 1 dan Muzik FM. Dulu, masa belajar kami adik beradik adalah antara jam 7.30pm sampai 10.30pm. Jadi aku selalunya akan mengambil kesempatan untuk mendengar pilihan bersama di Muzik FM selepas waktu “prep” yang ditetapkan oleh ibu aku. TV? jangan harap nak tengok. TV hanya dibenarkan pada hari minggu je. Kalau hari biasa, tengok keadaan mood ibu+ayah aku..Biasanya diaorang tengok berita je. Lepas tu, terus tutup..

Jadi, pilihan aku untuk bersantai selepas “penat” belajar ialah dengar radio. Kalau kebiasaannya hari biasa, dapatla dengar lagu dari Kumpulan rock tersohor waktu itu, seperti Search, Wings Lefthanded dan sebagainya. Oh yea, tak lupa pada Kak Uji Rashid dan Hail Amir yang pada waktu itu, mereka berdua ni merupakan pasangan yang paling top sekali, dengan seluar boot-cut serta kasut high-heel ala-ala John Travolta-dalam-movie-Greese-dan-Saturday-Night-Fever-itu.

Hey, kejap..aku rasa Hail Amir ada datang rumah aku dulu, sebab kawan ibu aku dulu, merupakan sepupu kepada Hail Amir. Wah, gila aku masa tu, Hail Amir datang rumah tu. Aku tengok kasut dia aje…Memang sebiji dengan gambar yang diambil dalam majalah URTV tu-dan-aku-pun-ada-tampal-gambar-uji-rashid-sama-hail-amir-dalam-bilik-aku waktu tu.

Berbalik pada cerita radio tadi tu, malam minggu merupakan malam yang paling kami tunggu. Aku masih ingat lagi, setiap Jummat malam Sabtu akan ada pasar malam kat area rumah aku. Ahhh..itu merupakan “night life” aku yang paling aku suka sekali masa tu. Dapat berjalan malam, pergi shopping, beli apam balik dan balik rumah, terus tengok cerita P.Ramlee kat rumah.

Kebiasaanya, cerita tu akan habis sekitar jam 11pm, dan selepas waktu tu aku akan terus dengar radio. Aku masih ingat lagi, kebiasaanya, malam minggu, akan ada rancangan berborak bersama pendengar. Aku dah tak ingat lagi, tajuk rancangan tu, tapi berkisarkan pengalaman pendengar melancong dan melihat negara luar.

Ada sorang pendengar ni, makcik kalau aku tak silap, akan telepon konti radio Radio 1 sekitar jam 1230am. Dia bercerita tentang pengalaman dia, berjalan di  Rome, Madrid, Munich, Belgium dan hampir seluruh eropah. Pada masa dia bercerita tu, aku dan abang aku akan duduk disebelah pembesar radio sambil melopong.  Bagi aku, makcik tu, sebagai penglipur lara yang bercerita tentang bandar Paris yang pastinnya kami langsung tak boleh gambarkan dengan sebarang imaginasi.

Aku dan abang aku merupakan pendengar setia. Hampir setiap minggu, kami akan mendengar cerita dari makcik tu. Bayangkan, cerita pasal nak naik kapal terbang pun, dia boleh cerita in details. Memang, aku tak pernah terbayangkan macamana rupa bentuk dalam kapal terbang masa tu. Cuma imaginasi liar saja yang mampu aku bayangkan. Kami adik beradik hanya mampu bertanya, besar ke kota Rome itu? Betul ke sejuk di Kanada? Macamana nak berjalan kalau salji banyak? dan pelbagai pertanyaan yang tak de jawapan pada masa itu.

Dalam pada tu, kami adik beradik terus sambung belajar dan menjalani kehidupan masing-masing. Kakak aku sepatutnya-ke-Australia-tapi-ibu-aku-suruh-sambung-di-USM-aje dan abang aku ke Amerika. Walaupun aku tak  berjaya nak ikut jejak abang aku belajar di obersi,  tapi aku dapat juga pergi melancong dan berehat ke obersi.

Bayangkan, dalam sekelip mata je, segala kenangan aku, 23 tahun yang lalu, terus terpancar dalam kepala otak aku tadi. Aku berterima kasih kepada makcik yang menalipon Radio 1 tu, yang mana menceritakan kan sedikit sebanyak dunia luar kepada aku. Yang kalau dulu, aku sangat2 nak rasa main salji, yang dulu aku terkinja-kinja tengok kapal terbang, yang dulu, aku tergedik-gedik nak merasa tido hotel.

Semuanya aku dan adik beradik aku dah rasa. Dah tengok kota Paris. Dah redah main salji. Dah jenuh naik kapal terbang. Dah letih stranded kat airport, dan aku rasa, aku nak cerita pada pada anak aku satu hari nanti yang ayahnya dah buat kerja gila,keliling dunia, hanya kerana sebuah radio dan pernah menjadi pendengar setia Radio 1 suatu ketika dahulu.

Realiti dan Fantasi

Julai 15, 2007

Setelah aku kecewa dengan posting yang tak berpost tu, aku cuba cari kekuatan baru untuk tulis balik apa yang sepatutnya aku poskan minggu lepas. Entry kali ini aku sediakan khas untuk mereka yang ada cita2 nak berniaga dan yang sedang berniaga. Semoga menjadi pengajaran kepada anda semua.

Aku ada seorang kawan yang agak lama juga la berniaga. Aku bagi nama sebagai AP je lepas nih..Ada la dalam 8 tahun kot. Masa dia buka business tu, dia baru aje 2 tahun abis SPM. Business pun secara kecil-kecilan je..Tapi dalam kecil tu, dia mampu pakai kereta yang berharga RM160,000. Maknanya, dia mampu untuk bermewah dengan pendapatan yang dia ada sekarang. Walaupun mcm tu, ilmu sepak terajang dalam business masih kurang. Jadi, realiti hidup dia sangat hebat, sebab berkemampuan untuk miliki apa yang di hendak pada usia muda, walaupun tanpa mewarisi sebarang kekayaan.

Ceritanya begini. AP ni ada la kenal dengan sorang kawan dari satu group berniaga yang lain. Dalam pada berkawan tu, member dia ni ada la kenalkan AP dengan satu orang “businessman” yang “tak” berjaya. Aku namakan busniessman ni sbg HZ. Maka member AP ni pun ajak la AP untuk berjumpa dengan HZ ni. Dari situ, HZ ni pun buka la segala paperwork yang ada di tangan dia. Dari yang kontrak RM1,000 hingga la yang bernilai RM800 Juta…

Setelah dia berjumpa HZ, AP pun ajak la aku untuk bersua dan berbicang dengan HZ. Tempat pertemuan, bukan calang anak..Lobi 5 star hotel…Minum kopi dah RM10.90..Tu belum makan berat2 lagi. Maka aku pun membawa la diri ke hotel tu untuk mendengar segala perancangan yang dibincangkan selama ini. Memang menarik dan meyakinkan. Tapi aku sebenarnya banyak kemusyikilan yang aku simpan sebab untuk menjaga air muka AP.

Entah, mungkin sebelum ni aku pernah terkena dengan penipuan Letter of Award yang aku rasa, ramai lagi yg pernah tertipu dengan permainan “Conman” yang banyak berleluasa untuk mencari mangsa di KL nih. Cerita asal dari HZ ni ialah untuk membantu AP untuk lebih maju dalam business. HZ akan memberi segala bentuk bantuan yang AP perlukan untuk berjaya sebagai busniessman. Memang, niatnya sangat mulia dan sangat disanjungi sekali.

Tapi, baru-baru ni, aku ada bertanya dengan kawan AP ni (aku namakan dia sebagai KM), mengenai projek jutaan ringgit yang dia usahakan sekarang ini. Maka bercerita la KM ni kat aku tentang segala apa yang terjadi pada dia AP. Dari apa yang aku dapat tau ialah AP telah pun melabur sekitar RM50,000 untuk melobi bagi mendapatkan projek yang bernilai RM350 juta. Dalam pada tu, aku dengar lagi, yang AP ni dalam perancangan untuk membuat pinjaman peribadi sekitar RM200,000 untuk duit tambahan bagi melobi beberapa projek lain.

Wow aku cakap..Sampai cam tu sekali HZ nak “tolong” AP berniaga..Kalau betul HZ nak tolong AP, dia takkan suruh AP keluar duit. Ini sudah terbalik. Dan aku pun mengambil inisiatif sendiri untuk mengkaji, siapa sebenarnya mamat conman ni dan apa dia projek yang dia nak buat sebenarnya.

Setelah 2 minggu kehulu hilir cari maklumat, rupanya si HZ ni memang pernah ada kes menipu. Puluh ribu ringgit punya kes juga la yang aku dengar. Dalam pada tu, aku ada gak tegur AP tentang siapa dia HZ ni, namun, aku balik di maki oleh AP. Dia cakap aku ni menyusahkan dia dan memandang rendah pada dia.

Bagi aku, sebagai kawan, aku tegur sebab aku ni kawan dia. Aku tak sanggup tengok business dia hancur. Aku dapat cerita yang gaji untuk staff dia bagi bulan lepas, tak berbayar. Sewa kedai pun sangkut. Duit bills macam api + air pun dah 2 bulan tak bayar. Bil telefon tertunggak sampai RM2,000.

Dan sekarang, AP hidup dalam dunia fantasi dia sendiri. Menanti Letter or Award yang bernilai RM350 juta sampai kat tangan dia yang aku, dia dan sesiapa pun tak kan tahu tiba kecuali HZ, si conman yang telah banyak menjahanamkan kawan aku ni dengan hanya bermodalkan air liur dan kereta Mercedez Benc yang tak berbayar selama 13 bulan tu.

Kepada sesiapa sahaja yang berminat berniaga,berniaga la dengan apa yang kita tahu. Bidang yang kita cekap dan pandai. Yang kita tahu arah dan tujuan nya. Yang kita pasti untung dan ruginya, yang kita jangka sepak terajangnya..Bukannya terjun terus dalam bidang “korporat” yang banyak jerung dan buayanya menanti mangsa untuk di baham, yang selepas itu, kita akan lemas dan tenggelam. Tenggelam bersama fantasi yang diciptakan oleh si conman yang ganas, yang tak kenal erti kasihan terhadap sesama makhluk.

Minggu selepas, seperti biasa aku menuju ke kenduri kawin member aku. Wah, aku dah hilang kiraan dah berapa banyak kenduri kawin aku hadiri untuk 6 bulan terakhir tahun Masihi ni. Dari rakan sekolah, universiti, kerja, kawan kepada kawan, kawan berkhemah, kawan naik gunung, kawan dari luar negara, kawan ibu + ayah aku, kawan pakcik aku dan segala macam kawan la.

Tapi dalam banyak-banyak ni, ada sorang kawan aku yang paling rapat. Aku panggil dia Ay je. Aku kenal dia ni masa kat sekolah menengah. Kenal pun ada dasar kawan atas kawan dan berlainan sekolah. Aku sekolah sekular, dan ay ni sekolah agama. Kami selalu berjumpa masa kat masjid untuk solat jumaat di bandar. Jadi dari situ la kami berkawan.

Bila lepas SPM, kami macam membawa diri masing-masing. Dia masuk matrik UIA dan aku buat diploma. Kami berjumpa semula selepas aku habis buat diploma dan sambung degree di Shah Alam. Dan kami terus berkawan sampai la member aku ni kawin. Lepas aku abis degree, kami sewa rumah bersama. Hidup orang bujang, sangat ringkas. Cukup sekadar lepas makan dan minum.

Aku buat kerja aku, dan dia buat kerja dia..Tapi kami selalu akan habiskan waktu malam tengok tv aje kat rumah. Selalu gak kami borak2..macam2 topik kami bualkan..Dari politik, sukan dah tentunya, hingga la ke soal pasangan hidup masing2.Ada satu hari tu kami borak, pasal teman hidup. Aku tanya dia,

Aku“Ay, ko bila nak nikah?

Ay ” Entah la..aku malas nak pikir sangat benda ni..Kalau susah sangat, aku cari anak yatim piatu je kat rumah kebajikan.Habis ikhtiar pun, aku minta tolong ibu aku carikan mana2 cikgu yang bagus2″

Ikkhh..bagus gak idea tu aku pikir..Kebetulan, memang masa tu aku masih solo (sampai la hari ni..hehehhe)..Tapi minggu lepas, si Ay ni bernikah la. Tamat sudah zaman bujang ni dan menempuh hidup baru..Jenuh gak aku korek rahsia dia nih..Rupa2nya, member dia yang masa kat tempat kerja lama dia yang rekomen kan awek nih.Kalau nak harapkan dia? konpom sampai sekarang bujang (macam aku)

Entah..aku pun bukannya memilih sangat nak cari isteri nih..Cuma aku rasa phobia, akan gerak laku serta perangai awek2 yg belajar kat shah alam dulu tuh…dengan nampak pusatnya la..tu belum bertindik kat lidah lagi tuh..mak aaaiii…Kalau classmate aku lagi la..aku nak cerita pun tak sampai hati.

Aku ada gak cari2 awek2 yang “bagus”….Tapi tu la…sumenya dah booked oleh “orang lain”..Dan aku ni bukan jenis nak kacau daun orang..cukup la aku meminati “bunga orang”..Untuk awek2 shah alam, bukan semua macam tu..Ada ramai gak yang sangat bagus, tapi silap aku yang terlepas pandang….Memang tu sume silap aku…Tapi aku pikir sampai bila? Dan sekarang, dan senarai pendek kan kriteria yang aku nak…Mudah je sebenarnya…samada cikgu, jururawat ataupun ustazah…kan senang aku punya ciri2 tu..

Seminggu sebelum aku jumpa Ay, aku sempat ziarah kawan aku bersalin yang sama belajar kat shah alam dulu…Wahh…dah siap beranak lagi tu…Memang aku jadi “bahan” la kena kutuk..Pedih gak rasanya, tapi itukan semua cabaran…heheheh..

Sekarang aku sedar bahawa, kalau aku tak berusaha untuk mengurat awek, maka sampai bila pun aku tak leh nak punya pasangan hidup. Kena berani hadapai cabaran, dan yang penting, berusaha untuk mencari..Tak boleh dengan sekadar berpeluk tubuh sahaja. Awek bukannya datang bergolek kan..

Bila dah ada awek, baru la boleh cakap pasal rumahtangga…Aku balik kampung pun nanti,  kalau ibu aku tanya, boleh la aku jawab yang aku dah berpunya..Bila dah berpunya, barula ibu aku tanya, bila nak bawa kenalkan kepada keluarga…Bila dan kenal dengan semua keluarga, baru la ibu aku tanya, bila nak bertunang dan nikah, dan bila nak beranak, dan bila nak dapat anak lagi, dan segala pertanyaan akan terjawab dengan sendirinya..Asalkan kita berusaha untuk mendapatkan awek a.k.a bakal isteri…

Cita-cita dan MRSM

April 5, 2007

Bersawang la blog aku nih…Tak pe, harini aku akan update…Minggu lepas ibu aku telefon, suruh balik kampung sebab nak buat kenduri…Aikk..kenduri apa pulak ni…Seingat aku, tak pernah la pulak aku cakap kat ibu aku nak bertunang, nak merisik anak dara orang ke, apakan lagi nak nikah..tapi lepas tu aku tepon Kak Long aku untuk tanya pasal kenduri nih..Rupa-rupanya kakak aku yang nak buat kenduri rupanya. Anak sulung kakak aku tu dapat masuk MRSM.

Anak buah aku nih dulunya masa amik UPSR, dia dapat 4A, 1B. Pastu sedih sebab tak dapat masuk SBP ataupun MRSM. Korang mesti tertanya-tanya, apa yang dia dapat B tu kan. Yea adik-adik, kakak-kakak semua, dia dapat B dalam subjek BAHASA MALAYSIA. Tak ke haru tu…Aku cakap kat dia, elok la cam tu…tak yah susah-susah belajar BI lepas ni..Tak pe, UPSR tu bukannya penghujung hidup kau..Ada banyak lagi peluang nak belajar. Sejak dari tu, kami adik-beradik selalu bagi motivasi, cara-cara nak belajar, apa peluang masa depan, situasi sekarang dan apa kursus yang sesuai dengan diri dia kalau nak masuk universiti akan datang.

Dan sekarang cuba korang teka, berapa A dia dapat masa PMR arituh? 8A? boleh cuba sekali lagi. Yea..9A..siap ambik bahasa Arab lagi..akhirnya dapat juga dia masuk asrama penuh…bulan lepas, patut daftar, tapi dia delay sebab ada hal sikit. Jadinya kakak aku ni pun berhajat la nak buat kenduri kat rumah dia….Lagipun, dia tak pernah buat kenduri, sejak pindah kat rumah baru dia tu..

Aku teringat balik, masa aku kecik dulu. Aku rasa, tak de sorang umat pun bagitau aku macamana nak hadapi dunia akan datang. Kami adik beradik, belajar atas kemampuan masing-masing. Memandangkan ayah aku kerja sebagai anggota tentera, jadinya kami selalu la berpindah randah..Ala-ala gaya gipsi gitu..Setiap empat tahun, kami akan berpindah ke tempat baru. Bila tiba masanya kami nak settle down, itu la masanya kami kena kemas barang untuk berpindah ke tempat baru. Jadinya aku tak ada banyak memori tentang rakan aku masa kecik..

Lepas tu, ayah aku memang tak pernah bertanya aku pasal sekolah. Apa yang aku buat kat sekolah, makan apa aku kat sekolah..Memang tak pernah. Kad lapuran kami adik beradik sememangnya akan ditinggal kosong tanpa ditandatangan. Aku masih ingat lagi, kad lapuran aku untuk darjah 4,5 dan 6, tak pernah ditandatangan langsung.

Korang mesti heran kan, takkan la cikgu tak tanya pasal apa ruang tandatangan tu kosong je. Sememangnya cikgu buat tak endah je, sebabnya aku selalu berada di rangking teratas dalam kelas. Jadinya, buat apa dia nak bising? Selagimana aku kekalkan prestasi aku yang tak seberapa tu, selagi tu la aku tak perlu tandatangan Ayah atau Ibu aku. Biasanya, setiap tahun  sekolah aku akan buat hari berjumpa dengan Ibubapa. Dan sepanjang pengetahuan aku la, memang Ayah dan Ibu aku tak pernah pun jejak sekolah aku tuh.

Bila masuk sekolah menengah pulak, kami adik beradik dapat masuk asrama.Tak tau macamana aku nak terangkan. Zaman aku dulu, tak de sorang umat pun terangkan kat kami, apa nak buat apa lepas Penilaian Darjah 5, SRP atau SPM. Apa yang kami alami ialah, belajar dan tak boleh tengok TV lepas Maghrib. Tak lebih dan tak kurang. Aku sendiri tak ingat, apa cita-cita aku masa aku kecik dulu. Cuma kalau kat borang soal selidik kalau naik kelas tuh, ruang cita-cita tu, biasanya akan aku tinggalkan kosong..(Aku sama dengan ayah aku pulak, selalu tinggalkan kosong kat borang…hahahahah).

Masuk asrama lagi best, ayah kami kan datang sekali je seumur hidup dia ke sekolah kami-iaitu masa daftar.Lepas tu, pandai-pandai la nak balik rumah sendiri.  Aku pulak sepanjang  belajar kat sana langsung tak de tekanan. Iyela, kad lapuran aku, sahih dah tak bersain. Sepanjang yang aku ingat, waktu belajar dulu, memang enjoy abis….macam-macam perangai aku jumpa..dari situ la aku kenal macam-macam benda..Dari yang hisap dadah, sampaila yang kaki minum.

Nasib la masa kecik-kecik dulu, ibu aku hantar kami adik beradik masuk sekolah agama.Ada la sikit-sikit ketahanan dalam diri ni.  Lepas SPM, sekali lagi, terkontang kanting. Abang dan kakak aku lepas belajar ke luar negara. Aku je yang paling cikai dalam senarai adik beradik aku nih.setakat kat mesia je.. hahahaha..kan, cikai gile aku nih…

Entah, kami dulu semua bergerak atas dasar kemampuan diri sendiri, tak de langsung maklumat macamana nak teruskan hidup ni. Kami belajar bukan atas dasar tekanan untuk dapat 24A. Tapi kami rasa, kami belajar sebab mahu keluar dari apa yang kami ada pada waktu itu. Kami nak rasa apa yang kami tidak rasa pada waktu itu. Kami mahu melihat, apa yang kami tak pernah lihat dulu. Kami mahu alami, apa yang tidak pernah kami alami dulu.

Dan mungkin atas dasar itu juga, kami dah  ada apa yang kami hajati dulu, Kami dah rasa, apa yang kami nak rasa dulu, dan yang penting sekali ialah, kongsi lah segala ilmu yang ada tidak kira la formal atau tidak, kerana iyanya pasti akan bermakna, mungkin kepada adik kita, anak kita, sepupu kita atau sesiapa sahaja kerana untuk berjaya, bukan sekadar ilmu, akan tetapi, “surviving tools” yang ditimba semasa kita kecil dahulu akan menentukan arah tujuan kita pada masa hadapan.