Puasa dan Blog
Oktober 5, 2007
Dalam masa beberapa hari lagi, kita semua akan menyambut Hari Lebaran. Pasti ramai antara kita yang dah siap untuk membeli apa yang patut sempena raya ni. Status aku sebagai orang bujang, sangat mudah je. Kalau malas nak beli, guna je baju/peralatan yang ada tahun2 lepas tu. Bukannya rosak apa kan. Cuma mungkin dah tak bersinar lagi. Yang penting, benda tu berkualiti dan tahan lama. Sebab tu baju melayu yang aku tempah 7 tahun dulu di kedai Omar Ali di Wisma Yakin tu, masih sihat dan berseri. Masa tu harga yang aku tempah sekitar RM200/- kot. Kain pun sangat bagus dan tak panas. Tapi, raya tahun ni, aku dah siap beli baju melayu kat tempat yang sama juga. Tapi beli yang dah siap punya. Rasanya dah tak sempat nak menempah dah. Sahih raya haji je aku pakai baju tu nanti. .
Sebelum raya, mesti kena puasa kan. Jadi, puasa kat mana2 pun sama je, melainkan korang berpuasa di obersi. Ada yang kena puasa sampai 18 jam sebab siang lebih panjang dari malam. Jenuh gak camtu nak puasa..Kalau aku, sahih aku akan ganti puasa tu masa malam yang panjang..Boleh ke buat camtu?
Tapi yang paling aku suka ialah berbuka. Selalunya orang bujang macam aku ni akan berbuka kat mesjid. Bukannya nak saving ke bagai memang pun.Tapi aku suka berbuka kat mesjid sebab ramai jemaah yang sekali berbuka. Boleh gak kenal2 dengan orang lain. Tapi yang nostalgik nya ialah, ada satu mesjid ni disekitar KL. Dulu masa belajar, ada ramai kawan2 aku yang sambung belajar di UIA (dulu di PJ). Jadi kami akan selalu berbuka kat mesjid ni. Meriah gak sebab berbuka sama rakan2 dari sekolah lama. Jadi seronoknya lain macam la.
Untuk makluman juga, sempena dengan raya nih. blog aku genap la setahun jagung pada 16/10/07 ni. Tak sangka juga. Dulu aku hanya seorang pembaca blog yang rajin, dan sekarang bertukar profession sebagai penulis blog yang malas. Tapi paling kurang aku ada blog kan. Tak kisah la malas ke rajin, tapi aku akan cuba juga menulis.
Sebelum korang balik bercuti raya ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua bloggers. Maaf la lebih kurang tu. Kadang tu, entry ke , komen ke yang terasa di hati, minta2 dimaafkan. Semoga korang sume berbahagia pada raya ini. Yang penting sekali, pandu lah dengan cermat dan berhati-hati…Semoga selamat dalam perjalanan.
Maaf Dzahir dan Batin….