Perjalanan

September 15, 2007

Hari ini bukan lah aku nak bercerita pasal perjalanan macam dulu2 tu. Bukan cerita pasal Nepal dan juga bukan cerita pasal negara lain yang aku lawati. Tapi perjalanan kehidupan, yang harus ditempuh setiap insan.

Dua tiga minggu lepas ni, ramai manusia di sekeliling aku ni berjalan. Yang pertama sekali ialah abang aku. Seperti biasa, dia akan ke Eropah atau lebih tepat sekali ke Amsterdam. Kebiasaanya abang aku akan ke sana dalam 4 kali setahun. Itu ke Amsterdam sahaja. Kalu trip lain, aku hilang kiraan. Serupa juga ke London. Pengiraan yang sama diaplikasikan untuk ke sana. Aku cuma kirim baju bodoh2 gitu je..Kalau ada coklat, mmg aku punya la tuh

Salah sorang rakan aku pula, (taraf kakak dah ni), dia ke Dubai, Oman dan Abu Dhabi. Trip perniagaan katanya. Seminggu untuk hayati semua 3 tempat itu. Kakak ni ada asma. Aku tak tau la camamna dia atasi ke tempat yang banyak debu dan pasir tu. Selalu gak aku sms dia. Ada sekali tu, dia siap tepon aku kat mesia ni..Gila..Pakai perayauan antarabangsa, aku tak tau la bil tepon dia berapa bulan ni. Bil tepon RM150 sebulan pun aku dah marah2..ni kan dia tepon aku lelama dari obersi.

Sidia pulak ke Sabah. Ada mesyuarat katanya. Jauhnya mesyuarat…Tapi takpe, sambil tu boleh jalan2 kan. Sabah adalah tempat yang bagus untuk merehatkan otak. Dulu, selalu gak aku menyesatkan diri kat KK tu. Saja..Boleh ke Karambunai, Kudat pun ok gak. Tapi kalau tak panjat Gg Kinabalu, baik tak yah pergi Sabah kan.

Perjalanan lain ialah Perkahwinan. (Ni pasal aku singgah kendiri kawin kat BSN Bangi itu hari). Bagi aku, ini juga merupakan perjalanan hidup baru bagi pasangan lelaki dan perempuan. Kalau dulu hidup bujang sorang2, tapi lepas nikah, punya pasangan untuk hadapi cabaran, dan dugaan. Sapa kata pokok takkan bergoyang? Jalan mana yang tak berlubang? dan pantai mana yang tak dilambung ombak? Maka perjalanan pasangan yang baru bersatu itu, merupakan langkah pertama dalam hidup berumah tangga.

Dalam pada tu, aku sempat singgah ke rumah kawan aku yang kehilangan anaknya kerana kesukaran bernafas. Aku dapat maklumat ni pun dah lewat. Tapi nasib, rumahnya, kalau naik kereta akan sampai dalam masa 10 minit je. Jadi sempat la aku ke mesjid yang berdekatan. Menurut cerita kawan aku ni, anak dia yang berusia 1 tahun, mengalamai kesukaran bernafas. Jadi dia pun cepat2 la pandu kereta ke hospital. Tapi Tuhan lebih sayangkan anaknya itu. Meninggal semasa dalam perjalanan. Sedih gak aku, tapi itu adalah lumrah kehidupan. Kepada isterinya, Syurga menanti dirimu, kerana anak mu, akan turut membawa mu ke syurga.

Setelah sembilan bulan menanti dengan penuh debar, akhirnya kak ngah aku selamat melahirkan anak lelaki yang comel pada Selasa 11/9 tempoh hari. Perjalanan kedunia yang fana ini, baru bermula untuk dia. Pelbagai cabaran yang menanti untuk dia hadapi. Sebelum ini, dah 2 kali kakak aku keguguran. Yang pertama, anak sulung dia. Meninggal dalam rahim lagi. Yang kedua, selamat dilahirkan. Yang ketiga, tali pusat melilit leher bayi dalam rahim. Dan minggu lepas, setelah berdebar2, akhirnya lahir juga anak yang ditunggu oleh sume ahli keluarga kami. Ini merupakan anak buah aku yang ke-7. Sempat juga aku menjengah baby ni. Aku tepon kak long aku, dan janji akan amik dia jam 6pm dan terus ke Muar. Asalnya nak tido sana je, tapi kak long aku ada kerja keesokan harinya. Jadi aku pun balik jugak la..

Begitula. Rupanya banyak juga perjalanan yang akan ditempuhi oleh setiap dari kita ini. Sama ada kita mampu untuk melakunya atau tidak, semuanya terletak pada dalam diri sendiri. Ada yang ringkas dan ada juga yang sukar. Yang penting, kita harus hadapi dengan tabah. Tak kirala, apa lapisan masyarakat pun, cabaran memang sentiasa berada didepan mata. Semoga dengan kehadiran Ramadhan yang mulia ini, kita semua mampu menghadapi perjalanan yang jauh dalam hidup kita nanti. Salam Ramadhan.