Kerja dan Kurang Sihat
Ogos 28, 2007
Semenjak kebelakangan ini, keadaan kerja aku semakin bertambah. Dari satu opis ke satu opis harus aku jejaki dalam masa seminggu berkerja. Sedia maklum bahawa, yang rasminya berkerja ialah 5 hari seminggu aje kan. Dan aku kena padatkan semua jadual aku tu kepada 5 hari berkerja.
Bila berniaga, perlukan masa yang sangat sedikit untuk selesaikan sesuatu tugasan. Sebabnya? Kerana perkara itu sememangnya perlu di nilai sebaik mungkin dan kalau boleh, perlu diberi jalan penyelesaian secepat mungkin.
Oleh kerana semuanya hendak diselesaikan dalam masa yang singkat, semuanya harus dipertimbangkan dengan pantas dan dengan itu, segala keputusan harus dibuat sebaik mungkin. Atas sebab itu, dua, tiga minggu yang lepas, masa aku banyak terbuang untuk selesaikan beberapa perkara pokok yang memerlukan pendekatan yang berbeza, namun keputusan harus lah konkrit.
Sedia maklum, cuaca pun tak menentu, dan aku pun juga tak menentu kehulu-ke hilir untuk mencukupkan korum yang pasti, selalunya tidak akan pernah cukup itu, menyelesaikan masalah dari satu kompeni ke kompeni yang lain. Akibatnya? Aku kurang sihat pada Jumaat lepas. Nah..amik ko, macam hero sangat nak selesaikan masalah orang. Akhirnya aku yang terjelepuk kat atas tilam pada hari berikutnya.
Memang aku bernasib baik kali ini, dapat bangun dari tilam itu untuk pergi ke klinik Idzham di Melawati untuk bertanya kabar. Tapi sebelum itu, aku meredah ke 3 klinik di Seri Gombak-semuanya tak de doktor..Sama ada keluar makan (aku dah tulis nama kat kad lawatan-tapi aku belah camtu je sbb dah 30 min tunggu-padahal pesakit 2 orang je). Klinik yg kedua, aku dah kuar IC, dan serah kan pada awek a.k.a nurse yang bertugas. Pastu boleh dia cakap , “Doktor tak de. Sume kuar makan” ..Padahal jam dah pukul 2.30pm, dan klinik punya la grand..takkan sorang pun tak de..
Klinik yang ketiga, aku tanya direct je, “doktor ada tak? Pastu aku belah terus sebab nurse tu tak leh nak jawab. Aku terus je ke Melawati sbb aku ada perasan yang ada klinik bagus kat situ. Ok la..At least penyambut tetamu tu cakap, yang ada doktor bertugas. Bagus klinik nih.Aku tengok kat dinding dia, banyak anugerah yg dapat. Teruskan.
Masa buat rawatan, doktor cakap, “kalau lagi 3 hari tak kebah, datang semula untuk periksa platlet darah—saspek denggi”……AAAAAaahhhhhh…Aku dah kena 3 tahun dulu. Kalau sesapa yang pernah kena denggi, tau la apa rasanya… Aku dah pasrah dengan apa yang doktor tu cakap..Aku bayar RM29, dah terus belah. Rehat kat rumah..Makan ubat dan tido..
Dan keesokkan harinya aku bertekad nak berpeluh. Aku plan nak jogging kat kawasan sekitar je. Tapi, kan bagus kalau jogging kat trek yang disediakan.
Oleh itu, kepada semua bloggers yang berada di luar sana, senantiasa la beringat dengan kesihatan diri. Kadang tu kerja sampai lewat malam. Ada juga yang siap bawa bantal dan selimut kat opis. Aku paham. Itu ada komitmen dan dedikasi seseorang pekerja terhadap majikannya. Apa yang penting, kerja mesti smart, kalau asyik kerja dan kesihatan diabaikan, tak guna juga.. Nanti kalau sakit, tugas terjejas, sapa yang susah?
Dalam kita mencari rezeki, harus juga diingat kesihatan tubuh badan kita. Kalau jadi cam aku camana? Aku pernah seminggu kat hospital sebab denggi. Betapa tumpuan terjejas. Amik paling kurang 2 minggu untuk pulih sepenuhnya.. Banyak penyakit lain juga akan singgah seperti stroke, jantung, kencing manis etc. Aku bukan seorang doktor untuk menasihat korang, tapi hargai lah diri sendiri daripada benda lain..Selamat Merdeka. Cuti balik kampung tak? Adioss
10 Minutes Ahead
Ogos 13, 2007
Masa aku nak ke Miri Jumaat lepas, kelam kabut aku jadinya. Dah la tak kemas barang apa pun lagi..Pagi tu ada hal pulak kat KLCC. Geram je aku masa tu. Jam 2.30 terus aku balik rumah. Ingat nak rehat baring je, tapi terlelap 30 minit. Nasib aku terjaga dan terus kemas2 barang.
Sampai opis member aku kat puchong, dalam kul 1630. Aku rancang nak tinggal kan je kereta kat opis dia tu, tapi dia cakap, lagi bagus simpan kat rumah..Aku pun ok je la. Sempat la minum bagai kat area opis dia dan terus ke LCCT. Sampai dalam jam 1740..Aku baru teringat yang aku tak print lagi tiket. Da*n betul la..kalau ada print out tu, boleh la aku self-check..Tak yah la aku beratur panjang untuk check in tu..Sbb aku bukannya bawak beg macam nak pindah ke sana pun..Cukup la baju sehelai dua dan kain pelikat bersama paspor.
Lepas check-in, kononnya kali ni flight akan on-time la..Lagi 30 min nak board, ada pengumuman yang mengatakan “masa berlepas mengalami perubahan”..Itu maksudnya delay la kan..Ke ada maksud lain yang aku tak paham. Memang betul pun delay. Aku dah biasa sangat dengan airlines nih. Abis nak buat cammana lagi kan? Dah harganya camtu. Dua bulan lepas aku ke Miri nak MAS, lagi sadis..Dah masuk dalam kapal tu, tapi kena kuar balik. tukar kapal. Macam naik bas ekspress je..2 jam 30 minit aku delay tu.
Secara keseluruhan, trip ke Malaysia Timur berjalan lancar. Sekadar trip untuk melepas lelah dan kebosanan yang melanda di KL je..Ceh..bosan konon, bukannya kerja apa pun..Setakat kerja buat paperwork, dan present penat ke?
Oh yea..Ada cerita menarik sebenarnya pasal syarikat penerbangan asia ini. Aku tak tau la bagi manusia lain yang guna khidmat dia sebelum ni. Dan aku rasa, sejak ada nya asia ni, aku dah naik, dan bagi aku, tak pernah pun on-time. Serius.. Dan aku tak amik port pun sebab aku bayar pada harga itu. Itu aku, sebab kesemua trip aku menggunakan asia ini, bersifat backpacker a.k.a santai dan seorang diri. Jadi, lantak la, nak delay sampai kul brapa pun. Cuma aku sakit hati, kalau diaorang tak inform dan ground staff buat tak bersalah je. Cuba la bayangkan, makcik2 yang terbongkok2 tu, duduk kat kerusi plastik berjam-jam kat balai berlepas. Camamna dengan pakcik yang dah janji dengan sedara mara di tempat lain yang tengah menunggu dia. Kalau yang bawak budak kecik tu, camana? ada yang nak endoi la, susu panas la etc..Aku tak leh nak bayang kan, betapa sukarnya golongan ini menghadapi situasi delay.
Aku? Lantak la korang nak buat cammana..kat atas lantai pun aku boleh tido. Beg aku kecik je, dan bukan ada apa pun dalam beg tu. Setakat baju masam adala. kalau aku nak makan, banyak kedai kat situ. Cuma harganya yang kadang tu, “menyirap darah” gak.
Tapi haritu, masa nak balik ke KL, flight aku cepat 10 minit. Semuanya cepat la..Nak masuk kapal cepat 10 minit, nak berlepas cepat 10 minit dan yang penting, sampai LCCT cepat 10 minit. Ditambahkan lagi, semua pramugari adalah pompuan. Gila beb, sume skirt pendek..Sorang balak pun tak de…Nak lagi best flight tu, sampai je LCCT, aku antara orang terakhir kuar dari kapal, aku terperanjat..Rupanya pembantu juruterbang flight pada malam itu adalah pompuan yang sangat jelita dan bertudung ayu..
Kalau semuanya berjalan lancar, begitu la. Semuanya indah belaka..dan aku pun rasa gembira je pada malam tu, walaupun penat pg berjalan. Dan member aku pun dah siap tunngu kat pintu keluar bersama kereta itu. Sampai rumah dalam jam 0120 dan terus tido. Tapi kena bangun seawal jam 0630 kerana ada pertemuan dengan client pada jam 0800 di The Ascot Hotel, dan aku kembali ke kota yang serabut dan penuh dengan jem.
Away…
Ogos 1, 2007
Gitu la..Kalau aku nak kemana-mana, ada je yang nak kena selesaikan..Terpaksa aku ke sana-sini..Aku bukannya suka sangat nak memandu kat kawasan KLCC tu. Aku lagi rela berdiri naik LRT (sambil jeling-jeling awek) dari mengadap traffic jem yang tak tau bila masanya akan berakhir. Tapi aku terpaksa. Dari Ampang, terus ke Menara Tabung haji, borak2 sikit, ke KLCC, ahhh..sakit jiwa nak cari parking, borak2 skit, ke Wisma Selangor Dredging, lagi la siksa jiwa aku..
Dan hari ni, pukul 4 aku dah terbungkang kat tilam. Tak la penat mana pun, tapi saja nak balik awal. Ada 2/3 benda nak buat sikit. Aku hairan bin ajaib sebenarnya. Cuba korang bayangkan, makcik2, pakcik2, kakak2, adik2 yang hari-hari memandu dalam keadaan merangkak setiap hari ke opis. Mana korang dapat tenaga sebanyak itu untuk duduk dalam kete berjam-jam mengadap jem tu untuk hampir setiap hari? Kena belajar ni dari diaorang.
Aku bukan nak cerita apa pun, cuma aku nak berehat sikit. Akan ke Sarawak/Brunei hujung minggu ni. Cuma ada 2/3 benda yang aku tak selesaikan lagi. Tu yang aku risau sangat. Tapi setakat ni, banyak yang dah selesainya.
Kalau ke Malaysia Timur ni, boleh la rehat2 sikit..takde la aku runsing pasal jem ke, pasal parking ke, pasal saman kete ke, sbb kat sini, jalannya sungguh santai, sambil main pasir putih, makan seafood ditepi laut, sambil main2 ombak yang datang dari Laut Cina Selatan. Ahh..Sungguh tenang sekali…
Kepada penduduk KL tu, jengah2 la laut ke, air terjun ke, sambil tengok hutan rimba yang sebenar, pokok2 asli, yang pastinya, aku sendiri tak tau apa nama pokok tu, daripada melepak kat opis mengadap pokok plastik dan hutan batu yang tak perlu disiram itu..Kalau ada pokok bunga yang betul pun, sahih makcik pantry atau cleaner yang tolong siramkan..Tak gitu?
Jumpa lagi..