Aku dan Radio
Julai 22, 2007
Jumaat lepas, aku ke Muar untuk ziarah kak ngah aku yang sedang sarat mengandung. Rasanya dah 7 bulan kot. Ibu aku tak bagi dia balik rumah sebab, kakak aku ni dah 2 kali keguguran. Sepatutnya dah ada 3 anak. Tapi rezeki dia ada sorang anak perempuan. Takpe la, sorang pun tak pe, asalkan dapat menyerikan hidup berkeluarga.
Aku pun dah lama sangat tak ke sana. Jadi aku setkan tarikh untuk ke sana. Memula, abang aku dan wife dia nak ikut sekali. Tapi, diaorang sms yang diaorang penat. Baru balik dari Hong Kong pada hari Khamis malam tu. Aku tak kisah pun, dan aku paham, sesapa pun yang travel obersi, akan berasa penat sangat kalau balik rumah. Dan aku pun pergi dengan ibu + ayah sama 2 orang anak kak long aku ke muar.
Sebenarnya aku bukan nak cerita kan sangat pasal trip aku ke muar tu. Tapi aku nak ceritakan pasal aku mengelamun, setelah aku hantar ibu+ayah aku balik ke rumah. Ceritanya lebih kurang begini la. Masa aku kat lebuhraya tu, lepas aku antar ibu+ayah aku balik rumah, aku bukak la radio. Ada terdengar topik pasal sorang makcik ni yang menceritaka pengalaman dia berjalan kat luar negara masa dia belajar dulu. Seronok juga dengar cerita dia.
Dalam pada aku dengar cerita dia tu, aku terus teringat masa aku kecik2 dulu. Masa tu, aku rasa aku dalam darjah 1 atau 2 kot. Seingat aku, ada 2 saluran radio yang ada, Radio 1 dan Muzik FM. Dulu, masa belajar kami adik beradik adalah antara jam 7.30pm sampai 10.30pm. Jadi aku selalunya akan mengambil kesempatan untuk mendengar pilihan bersama di Muzik FM selepas waktu “prep” yang ditetapkan oleh ibu aku. TV? jangan harap nak tengok. TV hanya dibenarkan pada hari minggu je. Kalau hari biasa, tengok keadaan mood ibu+ayah aku..Biasanya diaorang tengok berita je. Lepas tu, terus tutup..
Jadi, pilihan aku untuk bersantai selepas “penat” belajar ialah dengar radio. Kalau kebiasaannya hari biasa, dapatla dengar lagu dari Kumpulan rock tersohor waktu itu, seperti Search, Wings Lefthanded dan sebagainya. Oh yea, tak lupa pada Kak Uji Rashid dan Hail Amir yang pada waktu itu, mereka berdua ni merupakan pasangan yang paling top sekali, dengan seluar boot-cut serta kasut high-heel ala-ala John Travolta-dalam-movie-Greese-dan-Saturday-Night-Fever-itu.
Hey, kejap..aku rasa Hail Amir ada datang rumah aku dulu, sebab kawan ibu aku dulu, merupakan sepupu kepada Hail Amir. Wah, gila aku masa tu, Hail Amir datang rumah tu. Aku tengok kasut dia aje…Memang sebiji dengan gambar yang diambil dalam majalah URTV tu-dan-aku-pun-ada-tampal-gambar-uji-rashid-sama-hail-amir-dalam-bilik-aku waktu tu.
Berbalik pada cerita radio tadi tu, malam minggu merupakan malam yang paling kami tunggu. Aku masih ingat lagi, setiap Jummat malam Sabtu akan ada pasar malam kat area rumah aku. Ahhh..itu merupakan “night life” aku yang paling aku suka sekali masa tu. Dapat berjalan malam, pergi shopping, beli apam balik dan balik rumah, terus tengok cerita P.Ramlee kat rumah.
Kebiasaanya, cerita tu akan habis sekitar jam 11pm, dan selepas waktu tu aku akan terus dengar radio. Aku masih ingat lagi, kebiasaanya, malam minggu, akan ada rancangan berborak bersama pendengar. Aku dah tak ingat lagi, tajuk rancangan tu, tapi berkisarkan pengalaman pendengar melancong dan melihat negara luar.
Ada sorang pendengar ni, makcik kalau aku tak silap, akan telepon konti radio Radio 1 sekitar jam 1230am. Dia bercerita tentang pengalaman dia, berjalan di Rome, Madrid, Munich, Belgium dan hampir seluruh eropah. Pada masa dia bercerita tu, aku dan abang aku akan duduk disebelah pembesar radio sambil melopong. Bagi aku, makcik tu, sebagai penglipur lara yang bercerita tentang bandar Paris yang pastinnya kami langsung tak boleh gambarkan dengan sebarang imaginasi.
Aku dan abang aku merupakan pendengar setia. Hampir setiap minggu, kami akan mendengar cerita dari makcik tu. Bayangkan, cerita pasal nak naik kapal terbang pun, dia boleh cerita in details. Memang, aku tak pernah terbayangkan macamana rupa bentuk dalam kapal terbang masa tu. Cuma imaginasi liar saja yang mampu aku bayangkan. Kami adik beradik hanya mampu bertanya, besar ke kota Rome itu? Betul ke sejuk di Kanada? Macamana nak berjalan kalau salji banyak? dan pelbagai pertanyaan yang tak de jawapan pada masa itu.
Dalam pada tu, kami adik beradik terus sambung belajar dan menjalani kehidupan masing-masing. Kakak aku sepatutnya-ke-Australia-tapi-ibu-aku-suruh-sambung-di-USM-aje dan abang aku ke Amerika. Walaupun aku tak berjaya nak ikut jejak abang aku belajar di obersi, tapi aku dapat juga pergi melancong dan berehat ke obersi.
Bayangkan, dalam sekelip mata je, segala kenangan aku, 23 tahun yang lalu, terus terpancar dalam kepala otak aku tadi. Aku berterima kasih kepada makcik yang menalipon Radio 1 tu, yang mana menceritakan kan sedikit sebanyak dunia luar kepada aku. Yang kalau dulu, aku sangat2 nak rasa main salji, yang dulu aku terkinja-kinja tengok kapal terbang, yang dulu, aku tergedik-gedik nak merasa tido hotel.
Semuanya aku dan adik beradik aku dah rasa. Dah tengok kota Paris. Dah redah main salji. Dah jenuh naik kapal terbang. Dah letih stranded kat airport, dan aku rasa, aku nak cerita pada pada anak aku satu hari nanti yang ayahnya dah buat kerja gila,keliling dunia, hanya kerana sebuah radio dan pernah menjadi pendengar setia Radio 1 suatu ketika dahulu.
Julai 23, 2007 at 1:36 pm
lepas ni? dlm perancangan..dah siap sume, ko adalah manusia pertama yg akan aku bagitau…hehehe
Julai 28, 2007 at 5:45 am
Julai 30, 2007 at 2:07 am
nak itut gak paksu… hi8