Realiti dan Fantasi
Julai 15, 2007
Setelah aku kecewa dengan posting yang tak berpost tu, aku cuba cari kekuatan baru untuk tulis balik apa yang sepatutnya aku poskan minggu lepas. Entry kali ini aku sediakan khas untuk mereka yang ada cita2 nak berniaga dan yang sedang berniaga. Semoga menjadi pengajaran kepada anda semua.
Aku ada seorang kawan yang agak lama juga la berniaga. Aku bagi nama sebagai AP je lepas nih..Ada la dalam 8 tahun kot. Masa dia buka business tu, dia baru aje 2 tahun abis SPM. Business pun secara kecil-kecilan je..Tapi dalam kecil tu, dia mampu pakai kereta yang berharga RM160,000. Maknanya, dia mampu untuk bermewah dengan pendapatan yang dia ada sekarang. Walaupun mcm tu, ilmu sepak terajang dalam business masih kurang. Jadi, realiti hidup dia sangat hebat, sebab berkemampuan untuk miliki apa yang di hendak pada usia muda, walaupun tanpa mewarisi sebarang kekayaan.
Ceritanya begini. AP ni ada la kenal dengan sorang kawan dari satu group berniaga yang lain. Dalam pada berkawan tu, member dia ni ada la kenalkan AP dengan satu orang “businessman” yang “tak” berjaya. Aku namakan busniessman ni sbg HZ. Maka member AP ni pun ajak la AP untuk berjumpa dengan HZ ni. Dari situ, HZ ni pun buka la segala paperwork yang ada di tangan dia. Dari yang kontrak RM1,000 hingga la yang bernilai RM800 Juta…
Setelah dia berjumpa HZ, AP pun ajak la aku untuk bersua dan berbicang dengan HZ. Tempat pertemuan, bukan calang anak..Lobi 5 star hotel…Minum kopi dah RM10.90..Tu belum makan berat2 lagi. Maka aku pun membawa la diri ke hotel tu untuk mendengar segala perancangan yang dibincangkan selama ini. Memang menarik dan meyakinkan. Tapi aku sebenarnya banyak kemusyikilan yang aku simpan sebab untuk menjaga air muka AP.
Entah, mungkin sebelum ni aku pernah terkena dengan penipuan Letter of Award yang aku rasa, ramai lagi yg pernah tertipu dengan permainan “Conman” yang banyak berleluasa untuk mencari mangsa di KL nih. Cerita asal dari HZ ni ialah untuk membantu AP untuk lebih maju dalam business. HZ akan memberi segala bentuk bantuan yang AP perlukan untuk berjaya sebagai busniessman. Memang, niatnya sangat mulia dan sangat disanjungi sekali.
Tapi, baru-baru ni, aku ada bertanya dengan kawan AP ni (aku namakan dia sebagai KM), mengenai projek jutaan ringgit yang dia usahakan sekarang ini. Maka bercerita la KM ni kat aku tentang segala apa yang terjadi pada dia AP. Dari apa yang aku dapat tau ialah AP telah pun melabur sekitar RM50,000 untuk melobi bagi mendapatkan projek yang bernilai RM350 juta. Dalam pada tu, aku dengar lagi, yang AP ni dalam perancangan untuk membuat pinjaman peribadi sekitar RM200,000 untuk duit tambahan bagi melobi beberapa projek lain.
Wow aku cakap..Sampai cam tu sekali HZ nak “tolong” AP berniaga..Kalau betul HZ nak tolong AP, dia takkan suruh AP keluar duit. Ini sudah terbalik. Dan aku pun mengambil inisiatif sendiri untuk mengkaji, siapa sebenarnya mamat conman ni dan apa dia projek yang dia nak buat sebenarnya.
Setelah 2 minggu kehulu hilir cari maklumat, rupanya si HZ ni memang pernah ada kes menipu. Puluh ribu ringgit punya kes juga la yang aku dengar. Dalam pada tu, aku ada gak tegur AP tentang siapa dia HZ ni, namun, aku balik di maki oleh AP. Dia cakap aku ni menyusahkan dia dan memandang rendah pada dia.
Bagi aku, sebagai kawan, aku tegur sebab aku ni kawan dia. Aku tak sanggup tengok business dia hancur. Aku dapat cerita yang gaji untuk staff dia bagi bulan lepas, tak berbayar. Sewa kedai pun sangkut. Duit bills macam api + air pun dah 2 bulan tak bayar. Bil telefon tertunggak sampai RM2,000.
Dan sekarang, AP hidup dalam dunia fantasi dia sendiri. Menanti Letter or Award yang bernilai RM350 juta sampai kat tangan dia yang aku, dia dan sesiapa pun tak kan tahu tiba kecuali HZ, si conman yang telah banyak menjahanamkan kawan aku ni dengan hanya bermodalkan air liur dan kereta Mercedez Benc yang tak berbayar selama 13 bulan tu.
Kepada sesiapa sahaja yang berminat berniaga,berniaga la dengan apa yang kita tahu. Bidang yang kita cekap dan pandai. Yang kita tahu arah dan tujuan nya. Yang kita pasti untung dan ruginya, yang kita jangka sepak terajangnya..Bukannya terjun terus dalam bidang “korporat” yang banyak jerung dan buayanya menanti mangsa untuk di baham, yang selepas itu, kita akan lemas dan tenggelam. Tenggelam bersama fantasi yang diciptakan oleh si conman yang ganas, yang tak kenal erti kasihan terhadap sesama makhluk.
Julai 16, 2007 at 1:06 am
yeah bro .. entri ini sangat aku sukai. benda camni is really true story. pernah juga aku didatangi orang macam AP tu bertanyakan bila LoA (letter of award) utk company dia nak dikeluarkan sedangkan ofis aku tada kena mengena pun dengan dia ni. dgn cukup garam + cili + asam aku bagitau balik kat org tu supaya kalau nak meniaga biarlah gunakan skil dan kematangan. jangan la asyik pikir pasal kabel, org tengah, runner dsb. ni lah org melayu ….
Julai 16, 2007 at 7:10 am
jeff…bro..this is the easiest job on earth..lepak lobi hotel..sembang pasal komisen, jumpa datuk, tan sri, dan yang penting sekali, tipu orang…dapat RM50-60k, pastu hilang setahun..dan begitu la putaran hidup nya…