Hamka: Hilangnya seorang tokoh ilmuan Islam
Julai 25, 2007
Semalam (24 Julai 2007) adalah tarikh memperingati kepulangan Haji Abdul Malik Karim Amrullah (atau lebih dikenal sebagai Hamka) ke rahmatullah setelah beberapa hari berada di hospital kerana sakit tua.
Almarhum lahir pada tahun 1908, di desa kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat (Sumbar) dan meninggal di Jakarta 24 Julai 1981, adalah sastrawan Indonesia, sekaligus tokoh ulama dan aktivis politik.
Almarhum juga diberi gelaran Buya, iaitu panggilan buat orang Minangkabau yang berasal dari kata abi, abuya dalam bahasa Arab, yang bererti ayahku, atau seseorang yang dihormati.
Ayahnya adalah Syeikh Abdul Karim bin Amrullah, yang dikenali sebagai Haji Rasul, yang merupakan pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906.
Pendidikan dan kerjaya dalam bidang dakwah di Nusantara Hamka mendapat pendidikan rendah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga kelas dua. Ketika usia Hamka mencapai 10 tahun, ayahnya telah mendirikan Sumatera Thawalib di Padang Panjang.
Di situ Hamka mempelajari agama dan mendalami bahasa Arab. Hamka juga pernah mengikuti pengajaran agama di surau dan masjid yang disampaikan ulama tempatan terkenal pada waktu itu seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjopranoto dan Ki Bagus Hadikusumo.
Hamka memulakan kerjaya sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan dan guru agama di Padang Panjang pada tahun 1929. Kemudian dilantik sebagai dekan di Universiti Islam Jakarta dan Universiti Muhammadiyah, Padang Panjang dari tahun 1957 hingga tahun 1958.
Setelah itu, almarhum diangkat menjadi Rektor Perguruan Tinggi Islam di Jakarta dan Profesor Universiti Mustopo, Jakarta dari tahun 1951 hingga tahun 1960, beliau menjawat sebagai Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia, tetapi meletakkan jawatan itu ketika Sukarno menyuruhnya memilih antara menjadi pegawai negeri atau bergiat dalam politik Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi).
Hamka adalah seorang tokoh dalam berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah, sastera, sejarah, sosiologi dan politik, baik politik Islam maupun Barat. Dengan kemahiran bahasa Arabnya yang tinggi, beliau dapat menyelidiki karya ulama’ dan pujangga besar di Timur Tengah seperti Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad, Mustafa al-Manfaluti dan Hussain Haikal.
Melalui bahasa Arab juga, beliau meneliti karya sarjana Perancis, Inggeris dan Jerman seperti Albert Camus, William James, Sigmund Freud, Arnold Toynbee, Jean Paul Sartre, Karl Marx dan Pierre Loti.
Almarhum juga rajin membaca dan bertukar-tukar fikiran dengan tokoh-tokoh terkenal Jakarta seperti HOS Tjokroaminoto, Raden Mas Surjopranoto, Haji Fachrudin, Ar Sutan Mansur dan Ki Bagus Hadikusumo sambil mengasah bakatnya sehingga menjadi seorang ahli pidato yang handal.
Almarhum juga aktif dalam gerakan Islam melalui organisasi Muhammadiyah. Beliau mengikuti pendirian Muhammadiyah mulai tahun 1925 untuk melawan khurafat, bidaah, tarekat dan kebatinan sesat di Padang Panjang.
Bermula pada tahun 1928, beliau mengetuai cawangan Muhammadiyah di Padang Panjang. Pada tahun 1929, Hamka mendirikan pusat latihan pendakwah Muhammadiyah dan dua tahun kemudian beliau menjadi konsul Muhammadiyah di Makassar.
Kemudian beliau terpilih menjadi ketua Majlis Pimpinan Muhammadiyah di Sumatera Barat oleh Konferensi Muhammadiyah, menggantikan S.Y. Sutan Mangkuto pada tahun 1946. Beliau menyusun kembali pembangunan dalam Kongres Muhammadiyah ke-31 di Yogyakarta pada tahun 1950.
Pada tahun 1953, Hamka dipilih sebagai penasihat pimpinan Pusat Muhammadiah. Pada 26 Juli 1977, Menteri Agama Indonesia, Prof. Dr. Mukti Ali melantik Hamka sebagai ketua umum Majlis Ulama Indonesia tetapi beliau kemudiannya meletak jawatan pada tahun 1981 karena nasihatnya tidak dipedulikan oleh pemerintah Indonesia.
Kegiatan politik Hamka bermula pada tahun 1925 ketika beliau menjadi anggota parti politik Sarekat Islam. Pada tahun 1945, beliau membantu menentang usaha kembalinya penjajah Belanda ke Indonesia melalui pidato dan menyertai kegiatan gerilya di dalam hutan di Medan.
Pada tahun 1947, Hamka diangkat menjadi ketua Barisan Pertahanan Nasional, Indonesia. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi Masyumi dan menjadi pemidato utama dalam Pilihan Raya Umum 1955.
Masyumi kemudiannya diharamkan oleh pemerintah Indonesia pada tahun 1960. Dari tahun 1964 hingga tahun 1966, Hamka dipenjara oleh Presiden Sukarno kerena dituduh pro-Malaysia.
Hasilkan pelbagai karya besar Semasa dalam tahanan penjara, beliau telah mula menulis Tafsir al-Azhar yang merupakan karya ilmiah terbesarnya. Setelah keluar dari penjara, Hamka diangkat sebagai anggota Badan Musyawarah Kebajikan Nasional, Indonesia, anggota Majlis Perjalanan Haji Indonesia dan anggota Lembaga Kebudayaan Nasional, Indonesia. Selain aktif dalam soal keagamaan dan politik, Hamka merupakan seorang wartawan, penulis, editor dan penerbit.
Sejak tahun 1920-an, Hamka menjadi wartawan beberapa buah akhbar seperti Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang Islam dan Seruan Muhammadiyah. Pada tahun 1928, beliau menjadi editor majalah Kemajuan Masyarakat. Pada tahun 1932, beliau menjadi editor dan menerbitkan majalah al-Mahdi di Makasar. Hamka juga pernah menjadi editor majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.
Hamka juga menghasilkan karya ilmiah Islam dan karya kreatif seperti novel dan cerpen. Karya ilmiah terbesarnya ialah Tafsir al-Azhar (5 jilid) dan antara novel-novelnya yang mendapat perhatian umum dan menjadi buku teks sastera di Malaysia dan Singapura termasuklah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau ke Deli.
Sepanjang terlibat dalam kerjaya sebagai seorang ulama/sajana/tokoh ilmuan Islam, al-marhum Hamka telah menubuhkan Universiti Muhammadiyah Prof. Dr. Hamka atau singkatannya (UHAMKA) yang merupakan pengembangan (Konversi) dari IKIP Muhammadiyah Jakarta yang didirikan pada 25 Rabiul Awwal 1377 H bertepatan dengan 18 November 1957.
Hamka pernah menerima beberapa anugerah pada peringkat nasional dan antarabangsa seperti anugerah kehormatan Doctor Honoris Causa, Universiti al-Azhar, 1958; Doktor Honoris Causa, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1974; dan gelaran Datuk Indono dan Pengeran Wiroguno dari pemerintah Indonesia.
Hamka telah pulang ke rahmatullah pada 24 Julai 1981, namun jasa dan pengaruhnya masih terasa sehingga kini dalam memartabatkan agama Islam. Beliau bukan sahaja diterima sebagai seorang tokoh ulama dan sasterawan di negara kelahirannya, malah jasanya di seluruh alam Nusantara, termasuk Malaysia dan Singapura. – mks.
Aku dan Radio
Julai 22, 2007
Jumaat lepas, aku ke Muar untuk ziarah kak ngah aku yang sedang sarat mengandung. Rasanya dah 7 bulan kot. Ibu aku tak bagi dia balik rumah sebab, kakak aku ni dah 2 kali keguguran. Sepatutnya dah ada 3 anak. Tapi rezeki dia ada sorang anak perempuan. Takpe la, sorang pun tak pe, asalkan dapat menyerikan hidup berkeluarga.
Aku pun dah lama sangat tak ke sana. Jadi aku setkan tarikh untuk ke sana. Memula, abang aku dan wife dia nak ikut sekali. Tapi, diaorang sms yang diaorang penat. Baru balik dari Hong Kong pada hari Khamis malam tu. Aku tak kisah pun, dan aku paham, sesapa pun yang travel obersi, akan berasa penat sangat kalau balik rumah. Dan aku pun pergi dengan ibu + ayah sama 2 orang anak kak long aku ke muar.
Sebenarnya aku bukan nak cerita kan sangat pasal trip aku ke muar tu. Tapi aku nak ceritakan pasal aku mengelamun, setelah aku hantar ibu+ayah aku balik ke rumah. Ceritanya lebih kurang begini la. Masa aku kat lebuhraya tu, lepas aku antar ibu+ayah aku balik rumah, aku bukak la radio. Ada terdengar topik pasal sorang makcik ni yang menceritaka pengalaman dia berjalan kat luar negara masa dia belajar dulu. Seronok juga dengar cerita dia.
Dalam pada aku dengar cerita dia tu, aku terus teringat masa aku kecik2 dulu. Masa tu, aku rasa aku dalam darjah 1 atau 2 kot. Seingat aku, ada 2 saluran radio yang ada, Radio 1 dan Muzik FM. Dulu, masa belajar kami adik beradik adalah antara jam 7.30pm sampai 10.30pm. Jadi aku selalunya akan mengambil kesempatan untuk mendengar pilihan bersama di Muzik FM selepas waktu “prep” yang ditetapkan oleh ibu aku. TV? jangan harap nak tengok. TV hanya dibenarkan pada hari minggu je. Kalau hari biasa, tengok keadaan mood ibu+ayah aku..Biasanya diaorang tengok berita je. Lepas tu, terus tutup..
Jadi, pilihan aku untuk bersantai selepas “penat” belajar ialah dengar radio. Kalau kebiasaannya hari biasa, dapatla dengar lagu dari Kumpulan rock tersohor waktu itu, seperti Search, Wings Lefthanded dan sebagainya. Oh yea, tak lupa pada Kak Uji Rashid dan Hail Amir yang pada waktu itu, mereka berdua ni merupakan pasangan yang paling top sekali, dengan seluar boot-cut serta kasut high-heel ala-ala John Travolta-dalam-movie-Greese-dan-Saturday-Night-Fever-itu.
Hey, kejap..aku rasa Hail Amir ada datang rumah aku dulu, sebab kawan ibu aku dulu, merupakan sepupu kepada Hail Amir. Wah, gila aku masa tu, Hail Amir datang rumah tu. Aku tengok kasut dia aje…Memang sebiji dengan gambar yang diambil dalam majalah URTV tu-dan-aku-pun-ada-tampal-gambar-uji-rashid-sama-hail-amir-dalam-bilik-aku waktu tu.
Berbalik pada cerita radio tadi tu, malam minggu merupakan malam yang paling kami tunggu. Aku masih ingat lagi, setiap Jummat malam Sabtu akan ada pasar malam kat area rumah aku. Ahhh..itu merupakan “night life” aku yang paling aku suka sekali masa tu. Dapat berjalan malam, pergi shopping, beli apam balik dan balik rumah, terus tengok cerita P.Ramlee kat rumah.
Kebiasaanya, cerita tu akan habis sekitar jam 11pm, dan selepas waktu tu aku akan terus dengar radio. Aku masih ingat lagi, kebiasaanya, malam minggu, akan ada rancangan berborak bersama pendengar. Aku dah tak ingat lagi, tajuk rancangan tu, tapi berkisarkan pengalaman pendengar melancong dan melihat negara luar.
Ada sorang pendengar ni, makcik kalau aku tak silap, akan telepon konti radio Radio 1 sekitar jam 1230am. Dia bercerita tentang pengalaman dia, berjalan di Rome, Madrid, Munich, Belgium dan hampir seluruh eropah. Pada masa dia bercerita tu, aku dan abang aku akan duduk disebelah pembesar radio sambil melopong. Bagi aku, makcik tu, sebagai penglipur lara yang bercerita tentang bandar Paris yang pastinnya kami langsung tak boleh gambarkan dengan sebarang imaginasi.
Aku dan abang aku merupakan pendengar setia. Hampir setiap minggu, kami akan mendengar cerita dari makcik tu. Bayangkan, cerita pasal nak naik kapal terbang pun, dia boleh cerita in details. Memang, aku tak pernah terbayangkan macamana rupa bentuk dalam kapal terbang masa tu. Cuma imaginasi liar saja yang mampu aku bayangkan. Kami adik beradik hanya mampu bertanya, besar ke kota Rome itu? Betul ke sejuk di Kanada? Macamana nak berjalan kalau salji banyak? dan pelbagai pertanyaan yang tak de jawapan pada masa itu.
Dalam pada tu, kami adik beradik terus sambung belajar dan menjalani kehidupan masing-masing. Kakak aku sepatutnya-ke-Australia-tapi-ibu-aku-suruh-sambung-di-USM-aje dan abang aku ke Amerika. Walaupun aku tak berjaya nak ikut jejak abang aku belajar di obersi, tapi aku dapat juga pergi melancong dan berehat ke obersi.
Bayangkan, dalam sekelip mata je, segala kenangan aku, 23 tahun yang lalu, terus terpancar dalam kepala otak aku tadi. Aku berterima kasih kepada makcik yang menalipon Radio 1 tu, yang mana menceritakan kan sedikit sebanyak dunia luar kepada aku. Yang kalau dulu, aku sangat2 nak rasa main salji, yang dulu aku terkinja-kinja tengok kapal terbang, yang dulu, aku tergedik-gedik nak merasa tido hotel.
Semuanya aku dan adik beradik aku dah rasa. Dah tengok kota Paris. Dah redah main salji. Dah jenuh naik kapal terbang. Dah letih stranded kat airport, dan aku rasa, aku nak cerita pada pada anak aku satu hari nanti yang ayahnya dah buat kerja gila,keliling dunia, hanya kerana sebuah radio dan pernah menjadi pendengar setia Radio 1 suatu ketika dahulu.
Perjalanan I-Nepal 2
Julai 16, 2007
Thamel Road.
Ini adalah jalan yang sangat sibuk disiang hari. Entry ini adalah sambungan dari kisah aku berjalan dulu..Aku ada buat entry pasal trip aku ke Nepal dulu kat sini. Aku suka sangat bangun pagi dan dapat keluar cari makanan kalau aku jalan obersi.. Korang nampak tak signboard sebelah kanan tu..Ada tulis SHALAMAR RESTAURANT..Staff hotel tu cakap, restro ni muslim yg uruskan. Jadi malam sebelum tu, tanpa segan silu, aku makan nasi briyani ayam. Mantap gak nasi dia. Yang bestnya, lepas aku basuh tangan dan rilek2, aku nampak pelayan dia hidangkan air setan cap Carl…..g. Aik..ni sudah pelik…Pastu aku pun kuar sambil sendawa…mmmmm
Thamel road ni lebih kurang Carrefour la kat KL. Cuma yang bezanya, kat sini pakai air cond asli, dan kedainya tempat terbuka. Jalan pun berselirat sana sini. Hari pertama memang aku sengajakan untuk sesat..Korang boleh dapatkan hampir apa saja kat area ni. Dari baju t-shirt, sampai la ke pisau lipat. Tapi aku suka sangat dengan baju rasmi diaorang. Mudah dah murah dan yang penting, cantik mata memandang. Kain kapas dan aku sangat suka pakai sebab tak panas. Kepada mereka yang sangat suka dengan pendakian, ini adalah syurga bagi mereka. Segala macam jenama boleh korang dapatkan. Dari North Face, sampai la ke Black Diamond. Rambang mata jadinya.. Terbeli aku on the first day aku kat sini..Sabar je la..
Sarapan aku…
Dalam pada aku berjalan tu, sempat gak aku sambar roti dan air buah. Ada cerita air buah ni..Mula2 tu,aku beli air grape dengan harga Rp20 kot..Sambil makan roti, minum air tu..Sedap pulak rasa air ni. Aku pun beli la pulak air oren.Nak rasa perisa lain. Si mamat yg jual kat aku tadi ni, tak sampai 10 min tadi, minta aku Rp45. Apa ke jadah dalam masa 10 min, harga air ni naik lebih 100%. Aku cakap. “wow, wonderful, you can raise the price anytime you like”..Pastu dia reply, “why sir?” <—- sir tu…heheh..aku cakap kat dia, “i bought the same bottle like this, with the same company logo, and the only different is the taste, you charge me Rp45″ …mamat tu cakap “Is it?, Oh sorry, i thought you don’t know the price..” Baru aku dapat harga Rp20 tu tadi.
Banyak gak hasil keluaran tempatan yang boleh tengok kat area ni, mcm, kain sulam, baju, kraftangan dan yang paling best sekali budaya diaorang. Ada satu area dalam kawasan ni, korang boleh tengok orang berdemonstrasi secara terbuka. Kira tempat melepak untuk ahli politik meraih undi dari rakyat. Yang bagusnya, FRU diaorang tak kacau sikit pun pihak pembangkang ni berceramah. Sesapa pun boleh ikut serta, termasuk la aku.
Nepal ni dulu, mengikut sistem pemerintahan beraja.Masa aku pergi dulu, ada macam demonstrasi. Aku layan je. Diaorang tak kacau pelancong macam aku ni. Jadi aku masuk la join diaorang sambil cakap “Pergi Jahanam” dalam bahasa melayu.hehehe..Sebenarnya aku pun tak tau diaorang demonstrasi untuk apa. Aku saja nak join diaorang..tu je..
Aku join diaorang dalam 10 minit je. Pastu aku blah dan ronda sekitar Kathmandu sambil “belanja tingkap” . Dalam pada berjalan2 tu, aku ada singgah minum tea. Diaorang ada cadangkan tea Darjelling. Tea ini merupakan tea yang paling bermutu tinggi sekali dan dijual di cafe2 yang agak bagus. Mungkin sebab pada teksur warna, bau dan rasa yang berbeza, yang menyebabkan tea ini sangat bermutu tinggi. Aku rasa pun agak berbeza dengan tea kat mesia.
p/s..nanti aku sambung lain..
Realiti dan Fantasi
Julai 15, 2007
Setelah aku kecewa dengan posting yang tak berpost tu, aku cuba cari kekuatan baru untuk tulis balik apa yang sepatutnya aku poskan minggu lepas. Entry kali ini aku sediakan khas untuk mereka yang ada cita2 nak berniaga dan yang sedang berniaga. Semoga menjadi pengajaran kepada anda semua.
Aku ada seorang kawan yang agak lama juga la berniaga. Aku bagi nama sebagai AP je lepas nih..Ada la dalam 8 tahun kot. Masa dia buka business tu, dia baru aje 2 tahun abis SPM. Business pun secara kecil-kecilan je..Tapi dalam kecil tu, dia mampu pakai kereta yang berharga RM160,000. Maknanya, dia mampu untuk bermewah dengan pendapatan yang dia ada sekarang. Walaupun mcm tu, ilmu sepak terajang dalam business masih kurang. Jadi, realiti hidup dia sangat hebat, sebab berkemampuan untuk miliki apa yang di hendak pada usia muda, walaupun tanpa mewarisi sebarang kekayaan.
Ceritanya begini. AP ni ada la kenal dengan sorang kawan dari satu group berniaga yang lain. Dalam pada berkawan tu, member dia ni ada la kenalkan AP dengan satu orang “businessman” yang “tak” berjaya. Aku namakan busniessman ni sbg HZ. Maka member AP ni pun ajak la AP untuk berjumpa dengan HZ ni. Dari situ, HZ ni pun buka la segala paperwork yang ada di tangan dia. Dari yang kontrak RM1,000 hingga la yang bernilai RM800 Juta…
Setelah dia berjumpa HZ, AP pun ajak la aku untuk bersua dan berbicang dengan HZ. Tempat pertemuan, bukan calang anak..Lobi 5 star hotel…Minum kopi dah RM10.90..Tu belum makan berat2 lagi. Maka aku pun membawa la diri ke hotel tu untuk mendengar segala perancangan yang dibincangkan selama ini. Memang menarik dan meyakinkan. Tapi aku sebenarnya banyak kemusyikilan yang aku simpan sebab untuk menjaga air muka AP.
Entah, mungkin sebelum ni aku pernah terkena dengan penipuan Letter of Award yang aku rasa, ramai lagi yg pernah tertipu dengan permainan “Conman” yang banyak berleluasa untuk mencari mangsa di KL nih. Cerita asal dari HZ ni ialah untuk membantu AP untuk lebih maju dalam business. HZ akan memberi segala bentuk bantuan yang AP perlukan untuk berjaya sebagai busniessman. Memang, niatnya sangat mulia dan sangat disanjungi sekali.
Tapi, baru-baru ni, aku ada bertanya dengan kawan AP ni (aku namakan dia sebagai KM), mengenai projek jutaan ringgit yang dia usahakan sekarang ini. Maka bercerita la KM ni kat aku tentang segala apa yang terjadi pada dia AP. Dari apa yang aku dapat tau ialah AP telah pun melabur sekitar RM50,000 untuk melobi bagi mendapatkan projek yang bernilai RM350 juta. Dalam pada tu, aku dengar lagi, yang AP ni dalam perancangan untuk membuat pinjaman peribadi sekitar RM200,000 untuk duit tambahan bagi melobi beberapa projek lain.
Wow aku cakap..Sampai cam tu sekali HZ nak “tolong” AP berniaga..Kalau betul HZ nak tolong AP, dia takkan suruh AP keluar duit. Ini sudah terbalik. Dan aku pun mengambil inisiatif sendiri untuk mengkaji, siapa sebenarnya mamat conman ni dan apa dia projek yang dia nak buat sebenarnya.
Setelah 2 minggu kehulu hilir cari maklumat, rupanya si HZ ni memang pernah ada kes menipu. Puluh ribu ringgit punya kes juga la yang aku dengar. Dalam pada tu, aku ada gak tegur AP tentang siapa dia HZ ni, namun, aku balik di maki oleh AP. Dia cakap aku ni menyusahkan dia dan memandang rendah pada dia.
Bagi aku, sebagai kawan, aku tegur sebab aku ni kawan dia. Aku tak sanggup tengok business dia hancur. Aku dapat cerita yang gaji untuk staff dia bagi bulan lepas, tak berbayar. Sewa kedai pun sangkut. Duit bills macam api + air pun dah 2 bulan tak bayar. Bil telefon tertunggak sampai RM2,000.
Dan sekarang, AP hidup dalam dunia fantasi dia sendiri. Menanti Letter or Award yang bernilai RM350 juta sampai kat tangan dia yang aku, dia dan sesiapa pun tak kan tahu tiba kecuali HZ, si conman yang telah banyak menjahanamkan kawan aku ni dengan hanya bermodalkan air liur dan kereta Mercedez Benc yang tak berbayar selama 13 bulan tu.
Kepada sesiapa sahaja yang berminat berniaga,berniaga la dengan apa yang kita tahu. Bidang yang kita cekap dan pandai. Yang kita tahu arah dan tujuan nya. Yang kita pasti untung dan ruginya, yang kita jangka sepak terajangnya..Bukannya terjun terus dalam bidang “korporat” yang banyak jerung dan buayanya menanti mangsa untuk di baham, yang selepas itu, kita akan lemas dan tenggelam. Tenggelam bersama fantasi yang diciptakan oleh si conman yang ganas, yang tak kenal erti kasihan terhadap sesama makhluk.
Arah dan Tujuan
Julai 7, 2007
korang biasa tak taip-tapi tapi bila nak publish, tak kuar????????????

