Bulan Sibuk
Mei 31, 2007
Macam tu la, kalau dah malas nak kemaskini, ada je alasan nak bagi..Bagi aku, alasan sibuk, bukanlah sesuatu yang bagus untuk orang sekarang nih..Aku paham, memang semua orang sibuk..Kalau baca blog orang lain tuh, aku rasa diaorang lagi sibuk gile..Jam 5 am dah siap bangun…Bersiap bagai…kalau yang ada anak bini, lagi la huru hara…Nak antar anak ke nursery lagi, nak buat sarapan lagi..
Pastu, kalau yang memandu ke opis tu, 2/3 jam dah konpom dalam kete punya..yang naik pengangkutan awam, kena berebut tempat duduk pulak…Pastu, macam2 kerja diaorang kena buat kat opis….meeting sana sini.Tu belum yang pergi kursus, convention, meeting kat obersee lagi..Gila memang sibuk…Tapi yang aku kagum sekali ialah, diaorang mampu kemas kini blog diaorang..Siap dengan gambar bagai..gile hebat la korang nih…
Aku? perhhggh..tahap aku 10x tak sibuk macam diaorang. Biasanya aku mulakan rutin harian jam 0630..Lepas Subuh, biasanya dalam seminggu tu, aku akan jogging dalam 30 jam gitu..By 0730, sebenar2nya aku dah bersedia ke opis..Tapi aku mengadap Eurosport dulu, dalam 15 min…Jam 0800, aku dah start enjin, dan mula memandu ke opis..Sampai opis jam 0810..Jauhkan opis aku..hehehheh..
Bila sampai awal. aku akan siapkan apa yang patut..Tapi kebiasaanya akan abis dalam jam 0930..Dan kebiasaanya, aku akan merayap dari opis ke opis member aku..Tak kira la kat mana pun..Kadang tu, aku akan ke Kompleks Kerajaan Jalan Duta..Tak pun, jalan2 ke Damansara…Kalau rajin skit, ke Subang…Tapi kebiasaanya, aku akan balik opis sebelum jam 1600…
Lepas abis meronda, aku akan lepak kat opis je..Siapkan beberapa kertas kerja yang patut..Kalau dah siap, aku akan submitkan kat memana syarikat yang berminat. Setakat ini, bagus juga la..Banyak responds..Cuma aku perlu buat follow up dan main harga..Good price with good service..Kira 2 in 1 package la nih…
Jam 1800..aku dah tak reti nak buat apa..Surfing sana sini cari maklumat, dan selesai urusan seharian aku..Nampak tak…punya la mudah hidup seharian aku nih..Tu pun malas nak kemaskini blog….
Tapi itu, kalau aku tak sibuk..Kalau aku sibuk, sememangnya aku akan sibuk…Haritu aku terpaksa buat proposal untuk Oil & Gas kompeni kat miri sarawak..Gila sibuk..3 hari 4 malam aku bersengkang biji mata nak siapkan nya…Itu tak pe la…Kebetulan masa tu, member aku dari Venezuela datang sini..Nak melawat Malaysia….Adusss..Celah mana aku nak layan dia lagi, nak buat paperwork lagi..
Minggu tu juga, aku ada conference kat Hotel Istana dan Sunway Hotel….Kan gile punya sibuk tuh…Aku terpaksa juggle sana sini…Pagi jam 0900, aku dah terpacak kat Prince Hotel…Amik diaorang, bawa jalan2 sampai jam 1300..Pastu aku cakap kat diaorang, yang aku ada very important meeting…Rush ke Istana Hotel…Dengar, tak dengar je apa yg diaorang cakap..
Esok nya benda yang sama, jam 1300 rush ke Sunway…kong kang sana sini, rush balik opis..buat paperwork.malam pulak, bawa diaorang ke Saloma Bistro..Nak tengok tarian Melayu..Layan je la…Malam pulak..mengadap kertaskerja….Wah…..berpinar kepala otak aku nih….Dapat tido pun dalam 3/4 jam je sehari..
Nasib baik member aku tu ada sini 3 hari je…Kebetulan pulak, dia punya flight balik jam 2100 kat KLIA..aku pulak nak ke Miri jam 2030…Tapi masalah aku pulak, tiket tak beli lagi..Aku dah pening..last2, aku drive geng venezuela ni ke rumah aku..Jemput member aku, dan minta diaorang hantar ke KLIA. Pastu, member aku bawa balik kereta tuh..
Nak jadi cerita, aku dah book tiket melalui phone booking (MAS)..Bila aku sampai kat tiket kaunter tu, aku bagi la booking number tu..Dan aku bayar la (pakai kad..cash tak cukup)..Bila aku nak cek in je, diaorang tak bagi…ahh..sudah..aku dah gelabah..esok paginya aku ada meeting kata miri…diaorang cakap, tiket aku tu, utk esok..hampeessshhhhhhhh…Rushing pulak aku ke bawah..minta tukar tiket…
Aku cakap kat awek kaunter tu(nasib baik lawa..siap bertudung lagi-kalau tak lawa, sahih aku maki je)dan awek tu pun memahami keadaan aku yang serba gelabah nih…Dapat juga aku tukar tarikh (plus tak yah tambah rm100-awek cek in tu cakap, aku kena top-up rm100 kalau nak tukar tarikh)..Bila dah lepas cek in, aku gerak ke kaunter perlepasan antarabangsa untuk antar member aku tu..
Dapat juga chat utk minit2 terakhir…Ada la juga business interest diaorang ni…Aku dah siap proposalnya…cuma tunggu lampu hijau dari diaorang.Lepas diaorang lepas dari kastam, aku rush ke hujung sana tuh..Memang minggu tu aku tak tau, berapa jam je aku tido..Kepala otak aku pulak, nak tido jap dalam flight tu nanti..Hasrat tak tercapai…Masa dah masuk dalam kapal, pilot cakap, ada technical problem…2 kali delay.Last2, sume kena kuar..Tukar kapal terbang…2 1/2 jam aku delay…
Sampai Miri, terus amik teksi.Aku dah booking bilik masa kat KL lagi..Aku plan nak mandi terus, tapi bila aku start kan air-cond, haram tak de…Terus aku komplen..Last2, diaorang upgrade bilik aku..Lagi besar..hehehh..mandi dan terus tido..
Lepas meeting, baru aku teringat, aku tak beli tiket balik KL lagi…sudah…macam mana aku nak balik nih..Aku tepon MAS, diaorang cakap, flight full…tepon Airasia, cam hampehhh…10 minit, langsung tak angkat….sakit jiwa..Aku tanya kat pemandu teksi tu, ada Airasia punya opis ke sini?Nasib baik ada..terus aku suruh dia antar ke tiket kaunter tuhh…Boleh tahan la RM360.one way…hehehhe
Jam 1630, aku dah terpacak kat airport…Sedih aku..bila aku nak cek in je, diaorang cakap, flight delay….yang bestnya, diaorang siap tanya, “Encik tak dapat sms dari kami ke?” Kepala hotak dia…Kalau aku dapat info tuh, sahih aku datang lewat lagi…
Dua kali delay…Last2, kul 2115 baru terbang. Aku nak tido dalam flight..Orang sebelah aku pulak ajak borak..Sabar je la…Kepala aku dah la pening sbb tido tak tentu…Aku pun macam layan tak layan je dengan mamat nih..Buat ramah la pulak…Tapi lepas sejam, aku cakap kat dia yang aku pening..Nak amik short nap..Lantak la dia nak cakap apa kat aku..Asalkan aku boleh tido. Sampai LCCT, nasib member aku dah tunggu. Terus je aku belah…
Esoknya aku kena rush buat another proposal utk oil & gas kat KL pulak..ni pun pening gak..Banyak vendor yang nak masuk line..Cash cow la katakan..Pembayaran diaorang pun cantik…Tapi tu la..banyak gile yg main politik..Yang melobi tuh, memang ramai la…Sesapa yang dalam bidang mendapat tender nih, sahih tahu camma jalan ceritanya..
Minggu berikutnya, aku terima pelawaan dari kawan aku ni..Dia ajak ke Kuala Rompin.Saja jalan2..Mulanya memang aku malas nak pergi, sebab ada 3 paperwork kena selesai dan 1 benda kena present kat Oil & Gas nih…Punya la semangat kawan aku racun..Last2, aku pun pergi la untuk bercuti (sambil buat kerja)…Aku tak kuar bilik pun..lepak habis la…sambil mandi laut…heheheh..Cuma yang tak bestnya, aku ingat kat sini ada internet connection..Tapi kecewa…
Minggu ni, bila aku tengok blog aku, sedih je rasanya..Macam hidup segan mati tak mahu je..Dan atas kesedaran itu la juga, aku berusaha kemas kini juga…Nak janji banyak2 pun, takut tak juga update..Tapi aku cuba jadi orang2 yang aku maksudkan diatas tadi…Rajin berkerja, tak lupa tanggungjawab keluarga dan yang penting, kemas kini blog..ehehheh..Untuk semua warga Guru..Selamat Bercuti…