Cita-cita dan MRSM
April 5, 2007
Bersawang la blog aku nih…Tak pe, harini aku akan update…Minggu lepas ibu aku telefon, suruh balik kampung sebab nak buat kenduri…Aikk..kenduri apa pulak ni…Seingat aku, tak pernah la pulak aku cakap kat ibu aku nak bertunang, nak merisik anak dara orang ke, apakan lagi nak nikah..tapi lepas tu aku tepon Kak Long aku untuk tanya pasal kenduri nih..Rupa-rupanya kakak aku yang nak buat kenduri rupanya. Anak sulung kakak aku tu dapat masuk MRSM.
Anak buah aku nih dulunya masa amik UPSR, dia dapat 4A, 1B. Pastu sedih sebab tak dapat masuk SBP ataupun MRSM. Korang mesti tertanya-tanya, apa yang dia dapat B tu kan. Yea adik-adik, kakak-kakak semua, dia dapat B dalam subjek BAHASA MALAYSIA. Tak ke haru tu…Aku cakap kat dia, elok la cam tu…tak yah susah-susah belajar BI lepas ni..Tak pe, UPSR tu bukannya penghujung hidup kau..Ada banyak lagi peluang nak belajar. Sejak dari tu, kami adik-beradik selalu bagi motivasi, cara-cara nak belajar, apa peluang masa depan, situasi sekarang dan apa kursus yang sesuai dengan diri dia kalau nak masuk universiti akan datang.
Dan sekarang cuba korang teka, berapa A dia dapat masa PMR arituh? 8A? boleh cuba sekali lagi. Yea..9A..siap ambik bahasa Arab lagi..akhirnya dapat juga dia masuk asrama penuh…bulan lepas, patut daftar, tapi dia delay sebab ada hal sikit. Jadinya kakak aku ni pun berhajat la nak buat kenduri kat rumah dia….Lagipun, dia tak pernah buat kenduri, sejak pindah kat rumah baru dia tu..
Aku teringat balik, masa aku kecik dulu. Aku rasa, tak de sorang umat pun bagitau aku macamana nak hadapi dunia akan datang. Kami adik beradik, belajar atas kemampuan masing-masing. Memandangkan ayah aku kerja sebagai anggota tentera, jadinya kami selalu la berpindah randah..Ala-ala gaya gipsi gitu..Setiap empat tahun, kami akan berpindah ke tempat baru. Bila tiba masanya kami nak settle down, itu la masanya kami kena kemas barang untuk berpindah ke tempat baru. Jadinya aku tak ada banyak memori tentang rakan aku masa kecik..
Lepas tu, ayah aku memang tak pernah bertanya aku pasal sekolah. Apa yang aku buat kat sekolah, makan apa aku kat sekolah..Memang tak pernah. Kad lapuran kami adik beradik sememangnya akan ditinggal kosong tanpa ditandatangan. Aku masih ingat lagi, kad lapuran aku untuk darjah 4,5 dan 6, tak pernah ditandatangan langsung.
Korang mesti heran kan, takkan la cikgu tak tanya pasal apa ruang tandatangan tu kosong je. Sememangnya cikgu buat tak endah je, sebabnya aku selalu berada di rangking teratas dalam kelas. Jadinya, buat apa dia nak bising? Selagimana aku kekalkan prestasi aku yang tak seberapa tu, selagi tu la aku tak perlu tandatangan Ayah atau Ibu aku. Biasanya, setiap tahun sekolah aku akan buat hari berjumpa dengan Ibubapa. Dan sepanjang pengetahuan aku la, memang Ayah dan Ibu aku tak pernah pun jejak sekolah aku tuh.
Bila masuk sekolah menengah pulak, kami adik beradik dapat masuk asrama.Tak tau macamana aku nak terangkan. Zaman aku dulu, tak de sorang umat pun terangkan kat kami, apa nak buat apa lepas Penilaian Darjah 5, SRP atau SPM. Apa yang kami alami ialah, belajar dan tak boleh tengok TV lepas Maghrib. Tak lebih dan tak kurang. Aku sendiri tak ingat, apa cita-cita aku masa aku kecik dulu. Cuma kalau kat borang soal selidik kalau naik kelas tuh, ruang cita-cita tu, biasanya akan aku tinggalkan kosong..(Aku sama dengan ayah aku pulak, selalu tinggalkan kosong kat borang…hahahahah).
Masuk asrama lagi best, ayah kami kan datang sekali je seumur hidup dia ke sekolah kami-iaitu masa daftar.Lepas tu, pandai-pandai la nak balik rumah sendiri. Aku pulak sepanjang belajar kat sana langsung tak de tekanan. Iyela, kad lapuran aku, sahih dah tak bersain. Sepanjang yang aku ingat, waktu belajar dulu, memang enjoy abis….macam-macam perangai aku jumpa..dari situ la aku kenal macam-macam benda..Dari yang hisap dadah, sampaila yang kaki minum.
Nasib la masa kecik-kecik dulu, ibu aku hantar kami adik beradik masuk sekolah agama.Ada la sikit-sikit ketahanan dalam diri ni. Lepas SPM, sekali lagi, terkontang kanting. Abang dan kakak aku lepas belajar ke luar negara. Aku je yang paling cikai dalam senarai adik beradik aku nih.setakat kat mesia je.. hahahaha..kan, cikai gile aku nih…
Entah, kami dulu semua bergerak atas dasar kemampuan diri sendiri, tak de langsung maklumat macamana nak teruskan hidup ni. Kami belajar bukan atas dasar tekanan untuk dapat 24A. Tapi kami rasa, kami belajar sebab mahu keluar dari apa yang kami ada pada waktu itu. Kami nak rasa apa yang kami tidak rasa pada waktu itu. Kami mahu melihat, apa yang kami tak pernah lihat dulu. Kami mahu alami, apa yang tidak pernah kami alami dulu.
Dan mungkin atas dasar itu juga, kami dah ada apa yang kami hajati dulu, Kami dah rasa, apa yang kami nak rasa dulu, dan yang penting sekali ialah, kongsi lah segala ilmu yang ada tidak kira la formal atau tidak, kerana iyanya pasti akan bermakna, mungkin kepada adik kita, anak kita, sepupu kita atau sesiapa sahaja kerana untuk berjaya, bukan sekadar ilmu, akan tetapi, “surviving tools” yang ditimba semasa kita kecil dahulu akan menentukan arah tujuan kita pada masa hadapan.