Ujian atau Dugaan?

Mac 8, 2007

Pejam celik, dah sebulan aku join business dengan member aku nih. Masih banyak sebenar nak kena buat, tapi segalanya berjalan lancar. Banyak juga buat “cuci otak” sepanjang sebulan yang lalu, dan kami telah pun tentukan apa yang hendak dibuat dalam masa sebulan dua ni, dah juga target untuk hujung tahun ini.

Bagi aku, pengalaman dulu semasa buat berniaga dengan kawan aku dulu, banyak juga yang masih digunakan. Seperti biasa, berurusan dengan agensi kerajaan yang banyak karenah ni, terpaksa aku tempuh untuk kali kedua…Tapi semuanya terasa mudah, berbanding dengan dulu..Dulu aku pergi dengan tangan kosong, senang2 je pegawai tu sindir aku…Kalau dulu, segala urusan penih dengan liku dan birokrasi, tapi sekarang, aku berjumpa dengan orang yang sama, dan nampak mudah…bagus juga pengalaman dulu kan…

Dalam masa yang sama, aku ada 2 “pelajar” baru yang mahu berjinak-jinak dengan dunia korporat. diaorang ni pun member lama aku juga. Semenjak dua menjak nih, semakin ramai aku jumpa balik dengan member lama aku. Dua hari lepas, aku terjumpa dengan roomate aku masa sekolah dulu. Dulu dia kerja sebagai Jurutera dengan GLC..Gaji terakhir ialah RM5000..Tapi, bermula pada 1 March 2007, dia berhenti kerja dan mulakan hidup baru sebagai usahawan. Bagus….aku tepuk bahu dia sebab dia berfikiran “jutawan”..kalau tak pasang angan-angan, bilakan masa nak jadi jutawan kan..segala nya bermula dengan langkah pertama.

Jadi banyak juga dia tanya aku pasal pendaftaran syarikat semua..Cuma ada dua tiga benda je lagi yang perlu diselesaikan. Semuanya free advise..No Charge at all. Aku bangga sebab semakin ramai kawan aku berniaga. Semuanya dah banyak yang ada P.O dalam tangan, cuma perjalanan kerja je yang masih agak kelam kabut.

Aku percaya, itu semua perkara kecik je, dan boleh selesaikan dalam seminggu dua je. Yang lebihnya, berusaha dan berkerja. Terus terang, sebulan yang lepas, tidur, makan, pakai aku tak terurus langsung. kelam kabut juga hidup aku..rushing sana sini, sampai tak sempat nak update blog nih…Hari ni, aku rasa senang skit, sebab banyak kerja dah selesai..cuma account je belum dikemas kini.

Semalam, masa aku online, aku dapat berita yang terjadinya gempa bumi di Padang, Indonesia. Kesian, sedih dan segala macam perasaan ada dalam kepala otak aku nih..Sebenarnya aku pernah beberapa kali ke sana.Tiga tahun lepas, aku pernah travel sebulan di seluruh pulau jawa…tak semua la aku dapat cover, tapi kebanyakan tempat pariwisata (kawasan perlancongan) utamanya aku pernah jejak. Tahun lepas, ada gempa bumi berlaku di Yogyakarta. Masa aku dapat berita tu, aku termenung sekejap. Terpikirkan gambaran kota budaya Yogya yang pernah aku lawat dulu. Terlalu banyak yang aku lihat daripada apa yang mampu aku tulis.

Aku terpikirkan keadaan orang kampung di sepanjang perjalanan aku dari Surabaya ke Jakarta, yang sememangnya susah membanting tulang dari pagi hingga ke malam untuk mencari rezeki. Aku terpikirkan penarik beca yang berkaki ayam, menarik beca untuk membawa penumpang ke destinasi yang dipinta. Aku terpikirkan peniaga di sepanjang jalan Malioboro Jogja, yang tak pernah jemu memasak untuk pelangganya.. Apa kabar agaknya pakcik yang buat sate di kedai PodoMoro? Apa kabar juga kepada kakak yang buat air jeruk yang sangat sedap di Jalan Malioboro? Apa kabar juga kepada pakcik yang buat Apam Balik panas yang sangat sedap di Jalan Ahmad Yani, Bukit Tinggi?

Dalam pada kejadian alam tu, terdengar juga cerita pasal Adam Air yang terhempas di Laut Sulawesi yang sampai sekarang masih belum ketemu bangkai dan mayat yang terkorban dalam nahas tu. Sedang cerita Adam Air tu belum habis penamatnya, Garuda pula terhempasa di Yogya. Semakin lama semakin keliru aku. Ujian atau Dugaan? Tentu korang pernah dengar kisah Maal Hijrah, bagaimana Nabi Muhammad S.A.W naik ke langit dan bertemu dengan perempuan tua yang sudah bongkok. Lalu Baginda pun bertanya kepada Malaikat Jibrail, “Siapakah perempuan ini?” Maka jawab Jibrail, “Perempuan ini adalah dunia.” Bayangkan, kejadian itu berlaku 1428 tahun yang lalu! Bagaimana kah agaknya keadaan perempuan tua itu ketika ini?

Maka tidak hairan lah, pelbagai kejadian yang kadang kala pelik berlaku pada ketika ini. Bagi mereka yang sedar dan mampu berfikir, bertuah la mereka. Bagi mereka yang asyik meneguk Chivas Regal dan curut Cuba, agar cepat lah sedar. Masih ada ruang dan waktu untuk kepangkal jalan. Bukan ke dunia ini sebagai tempat persinggahan sahaja?

Kepada semua, hayatilah lirik lagu ini. Banyak maksud tersirat yang mampu dikupas oleh mereka yang mempunyai mata hati…Semoga diri kita semua dirahmati..salam blogging..

EBIET G.ADE-BERITA KEPADA KAWAN

Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang, engkau tak duduk di sampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan

Tubuh ku terguncang di hempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan
Perjalan ini pun seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih

 

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika ia ku tanya “Mengapa?”
Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

 

Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya
Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit

 

Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

 

Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang