Sabar dan Hikmah

Februari 17, 2007

Memang. Dua minggu yang lepas adalah minggu yang sangat sibuk sekali. Lepas balik dari “merehatkan diri” di Terengganu hari tu, aku terus menyibukkan diri menghantar resume. Yea..betul…aku hantar resume..Rasanya dah lebih 5 tahun aku tak tulis resume. Jenuh juga cari format kat internet yang mana sesuai dengan aku nih. Memang rezeki tu tak kemana..Selang seminggu aku hantar, ada satu syarikat GLC yang panggil aku untuk temuduga.

Sebenarnya aku pergi temuduga tanpa sebarang tekanan. Sangat mudah dan kondusif sekali masa temuduga tuh. Macam2 soalan pelik yang keluar dari penemuduga, dan jawapan yang aku balas balik pun  semua sangat mudah berserta dengan contoh dengan sesuai. Sepatutnya temuduga tu 15 minit je, tapi aku kena sampai 45 minit. Kesian calon yang lain, sebab kena queue lama…

Aku tak harap sangat pun jawatan yang glamour tu. Cuma aku takut yang aku nih tak boleh kerja dengan syarikat besar. Bila syarikat besar, politik pun besar. Bila politik besar, keranah pun banyak. Aku pernah kerja dengan kompeni besar sebelum nih..Sakit jiwa je..Tak cukup setahun, aku berhenti. Bukan tak leh tahan dengan tekanan kerja, tapi aku jelek dengan politik dalaman.

Selang 2-3 hari lepas tu, aku terjumpa member sekolah lama aku..Gila punya lama tak jumpa..Ada la dalam 10 tahun.Jumpa pun tak sengaja kat Bangsar tuh. Masa tu aku tengah nak cepat ke opis member aku. Tengah turun dari LRT Bangsar tuh, dengan tiba-tiba terserempak dengan dia. Rancangan aku nak borak kejap je, tapi sampai ke tengah malam sembang kat 2-3 tempat berlainan. Punya la seronok borak, sampai aku terlupa nak ke opis member aku nih.

Panjang juga ceritanya. Aku cerita la keadaan aku sekarang yang jobless, tengah cari kerja segala. Betul cakap orang, kalau rezeki tak kemana. Dia menawarkan pegangan saham dalam syarikat dia. Aku memang tahu dia ni dah lama berniaga dalam bidang perkhidmatan. Tapi aku tak berkesempatan nak jumpa dia, sampai la pada hari tu. Dia cerita apa perancangan syarikat dia dan prospek dalam bidang nih.

Memang menarik. Sepanjang malam aku tak tidur malam tuh sebab memikirkan tawaran yang sukar dilepaskan. Banyak juga aku kaji segala pro dan kontra dalam sesuatu perniagaan. Sebenarnya, perkhidmatan yang ditawarkan tak banyak orang tahu. Lebih-lebih lagi banyak terlibat dengan golongan expartiate yang gaji puluhan ribu sebulan nih. Dan, aku pulak suka untuk berniaga dan lebih rela untuk berniaga dari berkerja makan gaji, walaupun terpaksa menanggung segala risiko berniaga yang tak tahu hujung pangkalnya.

Setelah segalanya pertimbangan diambil kira, aku mengambil keputusan untuk menerima tawaran kawan aku tuh.  Memang perangai aku suka terhadap cabaran.Dalam pada aku menerima tawaran dari kawan aku tuh, aku terima panggilan untuk menghadiri temuduga yang kedua. Sempat juga aku pergi temuduga tuh.Ringkas dan padat. Tak de tekanan langsung. Seperti biasa, banyak juga soal jawab yang diluar tajuk. Seronok dan meyakinkan. Aku rasa macam dapat je kerja nih.heheheh.Tapi aku dah buat keputusan untuk terima tawaran kawan aku tuh. Kalau dapat kerja tuh, aku buat tak tau je la. Mesti diaorang bengang dengan aku sebab aku tak terima kerja tuh…hehehehe..lantak la..

Setelah kecewa dengan apa yang terjadi 2-3 bulan yang lepas, akhirnya ada jalan untuk aku terus hidup. Rezeki memang telah ditetapkan, cuma bagi kita sahaja untuk mencari dan membuat keputusan. Kalau kita sabar dengan segala dugaan dan cabaran yang diberikan, akhirnya kita akan mendapat ganjaran yang tidak disangka-sangka. Jangan ada rasa dihati, rezeki tidak menyebelahi kita, cuma kadang-kadang, rezeki yang kita nampak itu bukan milik kita. Semuanya mempunyai hikmah yang perlu kita fikirkan. Akal dan ilmu yang diberikan harus digunakan dengan sebaik-baiknya, bukan sekadar untuk diri kita, tetapi juga untuk orang lain. Setakat mana kita mampu bersabar dan sejauh mana kita menilai hikmah sesuatu kejadian, hanya diri kita sahaja yang tahu.