Ayat-Ayat Cinta

Januari 2, 2007

Sudah lama rasa aku tak baca novel atau pun buku. Sejak kebelakangan ini, kehidupan aku agak kelam kabut kerana urusan dunia yang semakin hari semkin mendesak. Ada juga masa senggang aku luangkan masa untuk baca buku La Tahzan karya agung Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni tuh, tapi tak lah sampai aku biasa buat masa dulu-dulu, baca sekali harung (one shot) terus abis. Dalam pada tu, aku ada juga baca buku bibliography ARAFAT-A POLITICAL BIOGRAPHY. Iyela, sempena mengenang kisah watak penting dalam sejarah umat Palestin khasnya dan Muslim umumnya. Tak lama lagi pasti akan keluar SADDAM HUSSEIN-A POLITICAL BIOGRAPHY by George W.Bush.

Tapi kali ini, hati aku meronta-ronta untuk membaca novel karya penulis Indonesia Habiburahman el Shirazy yang bertajuk Ayat-Ayat Cinta. Terima kasih kepada Faisal
yang berada nun jauh di Kaherah, Mesir kota purba yang berusia ribuan tahun itu keatas synopsis dan persoalan yang dilemparkan, dimana, dalam komen saya, bertanya siapa antara empat wanita tersebut, Maria, Nurul, Aisha ataupun Noura yang menjadi isteri kepada Fahri?. Maka dengan rasminya aku telah tamat membaca novel tersebut dan mengetahui apakah kesudahan cerita tersebut.

Sebetulnya aku sudah teramat jarang untuk membaca novel. Mungkin kerana batas waktu yang mencengkam, tidak seperti waktu belajar dulu yang punya puluhan jam sehari untuk dihabiskan. Akan tetapi aku rasa, novel sekarang hanyalah karya picisan yang tidak punya nilai atau maksud yang tersendiri untuk disampaikan kepada khalayak. Minta maaf, mungkin agak keras bagi yang terasa, tapi itulah hakikatnya. Dulu sememangnya aku peminat novel yang setia. Katakan saja apa judul yang terbaru, pasti akan aku beli. Itu dulu, masa aku sekolah rendah dan menengah. Akibatnya, ayah aku terpaksa membuat satu almari buku khas untuk diletakkan hasil novel yang aku (dan juga abang dan kakak aku) beli untuk disimpan dengan sempurna. Tapi sekarang, sebuah novel setahun pun, terasa sangat sukar untuk dibeli,

Kalau dahulu aku sanggup bersenggang mata untuk menghabiskan satu novel, tapi sekarang tidak lagi. Ini kerana karya novel yang aku baca sekarang ini, kosong, tidak punya matlamat yang kukuh. Aku semacam membaca buku kuliah semasa di universiti. Tanpa perasaan. Kalau dulu, aku mampu tersentuh dengan bait-bait kata umpama Novel IMAM karya Abdullah Husin, tapi sekarang aku tidak mampu menghabiskan novel-novel picisan yang berada dipasaran sekarang ini apakan lagi tersentuh dengan karya tersebut.

Namun satu karya agung yang berbekas dihati aku ialah karya HAMKA Tenggelamnya Kapal Van Der Vijck, kisah dimana Zainuddin yang menjadi anak yatim piatu yang tinggal di Ujung Padang Sulawesi merantau pulang ke tanah asal bapanya daerah adat dikandung tanah Minangkabau. Dan disitulah segalanya bermula dimana peranan Hayati mengubah hidupnya sehingga akhir hayatnya.

Sukar untuk aku mengulas novel ini kerana semacam aku sendiri berada di dalam cerita tersebut. Penulis berjaya membawa pembaca ke latar tempat seperti keindahan Ujung Padang, apatah lagi daerah Minangkabau, Bukit Tinggi, dengan latar Gunung Singgalang dan Merapi nya dan tidak lupa keindahan Danau Maninjau.

Memang, novel mana yang tidak akan lari dari konsep cinta? Namun, kisah cinta di dalam novel ini mempunyai kekuatan, mempunyai maksud dan dalam masa yang sama, menyampaikan unsur dakwah yang sangat halus, indah dan tersusun untuk direnungi oleh setiap pembaca. Kisah bagaimana Hayati yang tersiksa zahir dan batin atas kongkongan adat dan budaya serta peranan agama untuk mengatasi sebarang masalah yang mendatang.

Dengan kekuatan novel inilah yang membawa aku ke Indonesia. Menyelusuri latar tempat dalam setiap bab dan peranggan yang terkandung. Menyaksikan sendiri Kota Jakarta dan Surabaya, melihat keindahan Danau Maninjau di Sumatera Barat, menyaksikan sendiri Singgalang dan Merapi berdiri megah dari Bukit Tinggi. Melihat adat dan budaya yang semakin terhakis ditelan zaman.

Apa yang pasti, karya Habiburahman el Shirazy ini telah berjaya membuka ruang waktu aku yang sibuk itu untuk diisi dengan membaca karya beliau. Kagum dan sangat terkesan dengan jalan cerita walaupun kadang kala tersentak dengan penggunaan bahasa German dan ungakapan Bahasa Arab (nasib baik ada terjemahan pada nota kaki). Digarap dengan bahasa mudah namun kupasannya sangat tinggi serta melihatkan kebijaksanaan penulis.

Kisah bermula dengan seorang pelajar Indonesia bernama Fahri yang sibuk menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar Master di Universiti AL-Azhar. Dalam kesibukan ini lah yang membawa beliau bertemu dengan Maria gadis Kristian anak kepada tuan rumah Tuan Boutros yang meminati Fahri dari jauh. Dalam pada itu, Fahri berkenalan dengan Aisha secara tidak sengaja di dalam Metro (macam LRT kat Malaysia ni). Selain itu, Fahri mengalami konflik dikawasan perumahannya dimana, keluarga Bahadur yang mempunyai anak perempuan bernama Nouro yang sering disiksa oleh keluarganya kerana tidak mengikut kata ayahnya.

Tidak lupa juga kepada Nurul yang disifatkan sebagai bidadari dikalangan pelajar Indonesia kerana kecantikannya serta mempunyai keturunan yang sangat bagus di Tanah Jawa. Pelbagai rentetan peristiwa yang mampu membawa aku ke dalam cerita itu. Pelbagai perasaan timbul semasa membaca novel ini. Kadang rasa tersipu/penasaran semasa Fahri diperkenalkan dengan bakal isterinya, perasaan takut, ketika Fahri dipenjarakan akibat tuduhan merogol, perasaan cemas ketika Fahri koma ketika pulang kerumah sewa, dan juga lucu ketika Fahri dan rakan-rakan menghadiri jamuan makan malam anjuran Tuan Boutros.

Jika dulu karya Pak HAMKA, telah berjaya membawa aku menyusuri Tanah Jawa dan Sumatera, adakah dengan karya Habiburrahman El-Shirazy ini, akan membawa aku ke Kaherah Mesir menyelami latar tempat seperti didalam kisah Ayat-Ayat Cinta ini di bumi tinggalan Firaun dan Ambia ini? Nantikan jawapannya..

21 Responses to “Ayat-Ayat Cinta”

  1. jaffrizaini Says:

    kagum saya dgn cara saudara menghayati sesebuah karya .. melalui pembacaan dan pengembaraan. oh barangkali itu maksud kertas + terbang ?

  2. holyorder Says:

    kat maner nak carik novel nih. cambest jer


  3. jaffrizaini..

    nilai sesebuah seni terletak pada hasilnya..terpulang kepada kita untuk menilainya..mungkin juga ada benar maksud kertas + terbang yg kamu terangkan itu..hahahaha..kamu sudah baca novel itu?

    holyorder..

    cerita AAC ni sangat bagus..saya beli di MPH One Utama..dalam RM23++ kot..selamat membaca…

  4. Arena Says:

    Bro,

    Dah lama aku tak baca novel.. Giler punya lama.. Yang terakhir tahun lepas. Itupun novel inggeris. Kemudian aku dah tak punya masa nak membaca novel, furthermore aku ada satu habit, kalau dah bace,tak reti nak behenti sanggup tak tidur tu.. itu yang bahaya.. dah banyak kali membaca sampai subuh pasti kepala tingtong nak gi kerja.. anyways the books you mentioned tu nampak menarik.. mungkin aku akan cari nanti. Oh ya, i just finish a book pasal silent millionaire, and sedang reading a book by Ustazah cakar harimau tuh.. hehhehe..aku suke membaca sebenarnya, bawak kita ke alam dan dunia yang lain kan..


  5. Arena..

    cerita AAC ni memang best..cuba la baca…tak rugi pun..tabiat ko sama cam aku..tak leh nak berhenti kalau dah mula membaca…heheheh


  6. Arena..

    cerita AAC ni memang best..cuba la baca…tak rugi pun..tabiat ko sama cam aku..tak leh nak berhenti kalau dah mula membaca…heheheh..cakar harimau???…habis la badan aku kena cakar nanti…hehehhe

  7. holyorder Says:

    aku dah baca! aku dah baca!

    best best best best!


  8. holyorder..

    wahh…ada gak blogger yg dah baca cite nih..hehhe…jadi, apa kesimpulan ko? best?

  9. Tok Ketua Says:

    Dari review macam menarik jer. I wiil buy it n read it. Saya cadangkan satu buku yang best gak tapi dah lama dah buku ni kuar. Tajuk Cinta HAri-HAri Rusuhan nukilan Faisal Tehrani. It’s a nice novel and best lah.

  10. Andri Says:

    Aq terkadang sangat mengharapkan cinta itu datang dengan senyum bahagia, tp terkadang deiring cinta itu datang senyum itu lama kelamaan sirna, benar kata orang..cinta akan hilang dengan sendirinya & terkadang datang tanpa diduga-duga…

  11. holyorder Says:

    aku dah baca cerita nih. sekarang dok men-scan novel ni jadik pdf. :D . so far, aku dah scan 9 chapter. memang best cerita nih

  12. nurlaela Says:

    keren banget!!! isinya bener-bener bisa membangun,,, salut deh!! 2 jempol untuk penulisnya… Kapan keluar novel selanjutnya??? mudah-mudahan novel yang barunya bisa lebih T-O-P dari yang sebelumnya dan lebih rame…………

  13. buyung Says:

    dengan membaca novel ini kita jadi tau kalo kita sebagai muslim khususnya perlu and kudu banget ngejaga hijabnya,,, selain itu kita juga bisa dikit-dikit belajar bahasa asing,, seru kan!?


  14. ah….nampaknya buku ini sangat banyak memberi impak kepada pembaca…bagus…amat kagum sekali dengan “fan” a.k.a kipasnya (betul ke cakap melayu ni?)…harap akan ada lagi penulis begini..

  15. faisal Says:

    Assalamualaikum….
    Resume-nya cantik nih Azmie, macam mana selepas baca novel AAC? Tapi sayang kelemahan novel ini belum lah Azmie tulis. Karena sebagus apapun novel pasti ada kekurangan, betul tak?
    Novel ini memang bagus, kalau nak rase cammana hidup diMesir, saya tunggu lah Anda datang kemari. :)

  16. aqilah Says:

    saya dah baca buku ni..memang best la…
    penuh dengan penghayatan islam..
    klu boleh saya juga nak jumpa org macam fahri…
    hehehe..

  17. merry Says:

    asalamualaikum…

    novel nih kat bookstore mana senang nak cari..?
    actually member yg intro nama penulis and karya ni..interested after read through the summary/sinopsis..


  18. kat bookstore banyak..best buy novel setakat ni…cuba la,,

  19. ALaNG BabeGA Says:

    Saya marasa bangga karena tokoh dan juga sastrawan berkaliber dunia seperti Buya Hamka di sebut-sebut.tak lain dan tak bukan adalah orang kampung saya minang kabau.saya sendiri orang bukittinggi dan besar di bukittinggi.bagi pecinta sastra tak ada salah nya kalian merenungi kisah dari Novel Di Bawah Lindungan Ka’bah by Hamka.

  20. leny Says:

    aku masih dalam tahap mengagumi orang2 yang yang mengagumi novel Habiburrahman El-Shirazy ini, selesai membaca AAC aku merasa judulnya melebihi isinya.

    apa lagi setelah semua karya Andrea Hirata aku baca makin jauh rasannya aku mengagumi karya2 Habiburrahman El-Shirazy. maaf tidak bermaksud mengcilkan tapi justru aku berfikir “inilah sang edensorman” yang sebenarnya
    “laskar pelangi”
    “pemimpi”
    “edensor”

    kekayaan analogi novel ini dan kecerdasan penulisnya nya membuat saya takjub akan kedatanga seorang andrea hirata di dunia sastra.

  21. pR!sS... Says:

    alhamdulillah…. setelah membaca novel AAC aku merasa seperti menemukan setetes embun yang aku rindukan selama ini. Rasanya sejuuuuuuuuuk sekali!


Leave a Reply