Sedia maklum bahawa, minggu lepas aku telah melarikan diri ke pantai timur. Bukannya aku merajuk, kecik hati dengan sesiapa, atau aku bergaduh dengan kawan, tapi aku ke sana sebab untuk tenangkan fikiran aku yang serabut sejak 2/3 minggu lepas. Tak de destinasi yang khusus sebenarnya. Aku macam memandu tanpa kompas atau GPS. Kat mana aku nak berhenti, aku akan berhenti tanpa sebarang justifikasi.

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk ke Awana Kijal aje..Rasanya sangat bagus berada di sini. Dengan udara yang sangat nyaman, tingkap bilik pula mengadap ke arah laut, ahhh..kan bagus kalau aku boleh duduk sini selama mungkin..

Petangnya aku berjalan kat tepi pantai..yea..seorang diri..macam dalam drama swasta je. Tapi dalam drama akan ada heroin…Dalam drama aku, hanya ada hero aje..low budget pun drama..cam nih la.

Banyak kisah menarik sebenarnya di Terengganu nih. Bukan la sebab utama aku ke sini untuk refresh balik kisah cinta lama. Tapi aku rasa, terengganu macam bagi aku kedamaian yang susah aku dapat kat tempat lain terutamanya kat KL nih sejak dulu lagi. Sebelum aku kenal cinta, aku dah tau tentang keindahan Terangganu. Aku rasa, kali ni aku nak cerita tentang kisah cinta aku dengan gadis terengganu.

Masa aku buat dip dulu, aku ada kenal dengan sorang pelajar pompuan nih. Cammana aku kenal dengan dia? Kalau dipikirkan balik, cam tak best je..hehehe..ada sekali tuh, aku ada kelas petang Jumaat. Bagi aku, pantang tok nenek kalau ada kelas petang Jumaat, sebab bagi aku masa tu adalah waktu yang paling indah untuk berehat. Mana taknya, kebiasaanya, kat dewan makan tu akan ada hidangan yang istimewa sikit dari hari biasa, macam nasi ayam ke, nasi beriayi ke etc.

Bila lepas je solat Jumaat, terus je ke dewan makan dan menikmati juadah, dan selesai semua tu, kami semua akan ke bilik TV. Korang sahih tau la, cite apa yang akan ditayangkan selepas jam 3 kat TV pada Jumaat petang. Aku tengok pun cuma sekadar nak bagi mata lagi mengantuk je. Tak lebih dari tu. Nak jadi bestnya pulak, bilik aku ni mengadap hutan/kebun, dan matahari pulak turun kat arah bertentangan bilik aku. Maka ramuan untuk tidur petang jumaat sangat mengancam naluri aku pada waktu tu.

Nak jadi cerita, ada la sekali tu, aku punya pensyarah re-arrange kelas. Mak datuk, berapi je rasanya bila dia nak tukar waktu kelas. Tapi nak buat cammana kan, dia pensyarah, dan aku ni pulak pelajar. telan air liur je la. Dalam perjalanan aku kelas tu, aku perlu melalui beberapa blok bangunan. Dalam pada aku berjalan tu, aku ada la terserempak dengan sekumpulan pelajar pompuan. Tak tau la aku ke mana destinasi diaorang tuh. Kebiasaanya, susah bagi aku nak berjumpa dengan pompuan yang sama dalam 1 semester.

Kebetulan pula pada waktu aku tersangat la bosannya berjalan sorang diri untuk ke kelas (sebab kelas lepas solat jumaat), dan kebetulan pula, ada sorang pelajar pompuan ni yang entah datang dari mana, melintas kat depan aku. Dan entah dari mana juga idea aku nak bagi email (dulu mana ada handphone) kat pelajar nih. Sebaik aje aku bagi kertas yang ada alamat email aku tuh, aku pun belah gitu je.

Lepas tu, sampai ke hujung semester aku tak pikir langsung pasal pelajar pompuan tuh. Kebiasaan pulak, kalau cuti semester aku akan ikut group aku panjat gunung. Biasala tu. bila cuti panjang je, aku pun akan memanjangkan kaki la. Berjalan tak ingat dunia punya. Dah abis duit baru la balik rumah, jadi anak dara pulak.hehehhee.

Masa jadi anak dara tak bertauliah nih la aku dulu pernah terjebak dalam dunia mirc. Rancak juga la. ramai gak dapat kenalan, tapi sorang pun aku tak pernah jumpa. Ada yang buat group gathering bagai, tapi aku tetap jadi orang halimunan..tak tau sebab apa aku malas nak join benda cam tu. anti sosial ke aku nih? hahahhaha

Jadi, dalam pada dok syok chat tu, ada la sorang ni yg ping aku. tanya nama bagai. Aku pulak, jenis yang malas nak ASL (kalau bebudak ex-mirc mesti tau short form nih) bebanyak. Tapi dia ni konsisten dok tanya macam kat aku. Maka aku pun layan la. Tapi bila dah lama-lama chat, maka terbongkar la identiti chatter nih, Rupa-rupanya, chatter ni ialah budak pompuan yang aku bagi email 4-5 bulan lepas masa kat kampus aku dulu tuh.

Disini la kisah aku dengan dia bermula. Nak tambah lagi best, dia ni bukanlan pelajar kat tempat aku tu. Dia datang situ sebab ada lawatan ke kampus aku. Pastu dia cakap yang dia ni berasal dari Dungun dan belajar pun kat Dungun juga. La, rupanya aku ni mengurat budak luar rupanya. Sabar je la.

Dari kawan, bertukar menjadi sahabat baik. Lepas tu, perasaan sayang pun timbul dan dari sahabat baik, perhubungan kami bertukar menjadi pasangan kekasih. Dungun tu, terasa sangat dekat dengan aku waktu tu. Sejak itu, aku selalu ke Dungun untuk melawat dia kat sana. Boleh dikatakan hampir setiap bulan aku akan ke sana. Dah namanya cinta, sanggup naik bas dari Shah Alam ke sana semata-mata untuk berjumpa untuk beberapa jam sahaja.

Setelah hubungan kami terjalin sekitar 3 tahun, terasa perubahan pada diri dia. Aku rasa sejak dia sambung belajar di Shah Alam ni, begitu besar perubahan yang aku rasakan. Perubahan yang paling nyata ialah dari segi penampilan. Tak perlu lah aku cerita kan secara terperinci, kerana pasti korang paham akan maksud aku nih. Dari kampung, dan tiba-tiba sambung belajar di bandar besar. Pasti mengalami kejutan budaya.

Kalau dulu, senang je aku nak keluar dating dengan dia, tapi sekarang, telefon pun tak berjawab. sms apa kan lagi. Jadi, satu hari tu aku mengambil keputusan untuk berdepan dengan dia, Saja aku ajak dia makan kat restoran mahalkat KL. Lepas makan, aku pun berterus terang dengan dia. Banyak juga perkara yang dibincangkan. Ke mana arah tuju hubungan kita, apa kesudahannya, etc. Dia lebih banyak diam dari berkata-kata.

Pada malam tu juga aku minta kata putus dari dia. Kalau rasa tak sanggup dengan aku, maka, kita buat persetujuan. Aku tak suka gantung orang tak bertali. Lebih baik, putuskan aje, kalau hati tak suka. Aku rasa, tak perlu tipu diri sendiri semata-mata untuk jaga hati orang. Aku punya pandangan sangat mudah. Pasti ada orang ketiga yang dah berjaya mengusik hatinya. Kalau tak, takkan la dia rela sepenuh hati untuk tinggal kan aku. Seeeee….perempuan tinggalkan aku…bukan aku tinggalkan perempuan. Nampak sangat cikai aku nih. Handle pompuan pun tak boleh….

Perkara tu berlaku 7-8 tahun yang lalu. Aku malas sebenarnya nak ingat benda yang tak menjadi tu. Sampai la sekarang nih aku masih lagi single and available. Sekarang aku lebih tumpukan pasal kehidupan diri aku dulu. Bukannya aku ni sombong, bongkak dan suka menyendiri, tapi sebab aku perlu membina kehidupan aku dulu. Aku perlu menyibukkan diri daripada mengingati soal cinta.

Setelah 7-8 tahun aku berjaya lupakan kisah cinta, siapa tahu tahun ini, merupakan episod baru dalam hidup aku. Aku harus cuba mengubah persepsi lampau aku terhadap perempuan dahulu, kerana dahulu, aku menganggap kalau perempuan yang cuba mendekati kita, pasti dia akan menghancurkan hati kita. Tapi hakikat sebenarnya ialah, perempuan adalah pelengkap hidup kita. Perempuan adalah pelengkap kehidupan seorang lelaki untuk terus hidup dimuka bumi ini, dan itu pasti.

Love, Hate and Hijrah.

Januari 19, 2007

Aku pun tak tau, sejak bila aku ni jadi Dr Love. Macamana aku nak jadi Dr Love, nikah pun belum, apakan lagi bercinta? Calon pun tak de, Jadi aku memang tak layak jadi Dr Love. Tapi aku amik juga jawatan tak bergaji ni untuk sementara waktu (Isi masa lapang) atas dasar kawan..Ceritanya begini la lebih kurang. Aku ada member yang aku kenal masa belajar di Uni dulu.Aku kenalkan dengan nama H saja la. Nak kata rapat, takla juga..dia ni kos lain dari aku. fakulti pun jauh gila. Tapi kami berkongsi minat-Panjat Gunung dan Backpacking. Selalu la juga buat event gila-gila masa belajar dulu, siap travel obersi lagi tuh..

Nak dijadikan cerita,  rezeki dia murah, dapat sambung belajar buat masters di Australia.  Sebelum dia fly 2 tahun lepas, dia ni ada bercinta dengan sorang awek (cun la juga) dan awek ni pun aku kenal sangat. Walaupun dia ni tak pernah turut sama dengan minat kitaorang, tapi dia selalu memainkan peranan dalam pengajuran dan persiapan acara. Jadi, secara tak langsung, member aku si H ni aku kenal, dan makwe dia ni si J ni pun aku kenal.

Maka sebelum member aku ni H fly ke Australia, berjanji la mereka berdua untuk saling setia dan amanah diatas perhubungan cinta mereka berdua. (Orang bercinta, cam tu la-semuanya nak berjanji setia..hehehhe). Mereka juga merancang untuk bertunang, sebaik sahaja H balik dari Australia. Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari (betul la, cuaca pun tak berapa elok skrg nih), H mensyaki sesuatu, bilamana, dia terbaca email yang dihantar oleh orang lain kepada J, dan H pun terus hubungi J untuk kepastian. Tapi J menafikan sambil menyediakan affidavit untuk membuktikan kata-katanya. Jadi H pun tak kisah la..

Tapi H mula terasa sangi dengan perubahan sikap yang ditunjukkan oleh J, dan mula memasang mata-mata ditempat kerja J. Ternyata, J mempunyai hubungan dengan orang lain, kerana sumber yang diperolehi menyatakan J ternyata mesra dengan teman barunya.  Malah, untuk memastikan kesahihan berita tersebut, H menghubungi kakak J untuk kepastian dan kakak J tidak menafikan berita tersebut.

Setelah sekian lama H di Australia, dia pun menamatkan pengajiannya. Aku sebenarnya selalu gak YM dengan H ni, kadang tu, setiap hari borak dengan dia nih..selalu gak dia tanya aku pasal J, tapi aku tak de jawapan, dan aku sendiri dah terlalu lama tak berjumpa dengan J.

2 minggu lepas, aku amik H di KLIA. Aku ingat, aku sorang je datang amik, tapi J pun turut sama hadir. Wah, ini sudah bagus, dan mungkin boleh membaiki hubungan dia yang berkocak selama ini. Aku biarkan dia balik dengan J. Esoknya H tepon aku, “AKU DAN J DAH TAK DE APA² HUBUNGAN LAGI” .

Cinta bertukar menjadi benci. Seminggu aku lepak kat rumah sewa dia. Bukan niat aku pun nak lepak kat situ, tapi kebetulan aku memang ada urusan di kawasan tersebut, maka H pun mencurahkan segala kisah yang terjadi kepada dia dan J selama ini. Semuanya kerana orang ketiga.  Perit juga kalau kecewa bercinta. Tambah pula, seluruh kaum keluarga kedua-dua pihak telah pun berkenalan dan merestui hubungan tersebut.  Hari ini, J bertunung dengan teman barunya, dan H terus menderita.

Aku bernasib baik sebab, masa aku datang ke rumah dia tuh, ada aku bawa sekali buku “LA TAHZAN” yang dipromote oleh Arena tuh kat dalam kereta. Secara ikhlas, aku sedekahkan buku ni kat dia, suruh dia baca barang sehelai sehari.  Nampak gak perubahan selepas dia baca buku tu. Bila borak dengan aku, siap quote sekali kata-kata dalam buku tuh..Bagus..tak guna kecewa dan menderita kerana pasangan yang setia. Teruskan hidup baru, dan bersempena dengan Maal Hijrah. marilah kita bersama berhijrah kepada kehidupan  yang lebih bagus dari tahun sudah.

Bila bercakap pasal hijrah nih, aku dan semua rakan kongsi, telah sebulat suara untuk mencari arah masing-masing. Selepas peristiwa projek yang kami usahakan dahulu telah musnah, maka kami dengan ini, bersetuju untuk membubarkan syarikat yang diusahakan selama ini demi kebaikan masing-masing. Rakan aku A, akan pulang ke kampungnya di utara, dan mencari kerja sebagai Juruaudit disana. M pulak, akan berkerja dengan abang dia, sebagai Pembantu Akaun. Z akan terus berada di sini, sebagai Chartered Accountant yang akan diusahakan sendiri. Aku? Turut sama berhijrah, mencari peluang kerja yang lain. Namun, pada masa kini, sekadar untuk berehat, sementara mencari kerja baru. Aku akan ke pantai timur malam esok (sabtu malam lepas game Liv vs Che), untuk menenangkan fikiran sambil memikirkan nasib akan datang.

Kadang tuh, apa yang kita rancang, tak semuanya menjadi. Usaha la macamama pun, tetap akan begitu. Dan yang pasti, kita perlu ada batas masing-masing. Kenali batas itu dan bilamana melepasinya, tindakan baru perlu diambil untuk mengatasinya. Aku bersyukur sebab tak banyak duit aku habis, dan aku masih boleh tersenyum sebab aku masih boleh menarik keluar modal yang aku tanam masa mula-mula aku letak dulu. Tak banyak yang aku pikir setakat ni, sebab aku cuma nak berehat je. Yang penting, aku perlu berhijrah kepada kehidupan baru yang lebih bagus.  Adakah aku akan merancang untuk mencari cinta, sehebat cinta Laila dan Majnun,  sebab umur aku dah meningkat kepada 32, tahun ni! Siapa tahu?

Tikam-Bukan main tikam²

Januari 10, 2007

Pepatah Arab ada menyebut “Pena tu lebih tajam dari mata pedang Ianya mampu mengubah persepsi orang ramai terhadap sesuatu isu. Selain itu, hasil tulisan yang cukup berkualiti juga mampu menjatuhkan seseorang pemimpin dan mampu merubah keadaan. Namun begitu, aku tak nak mengupas atau pun menulis sesuatu yang bersifat provokatif. Blog ini adalah luahan rasa aku pada ketika ini, dan juga tempat aku untuk berkongsi dengan bloggers lain dalam apa jua isu yang bermain dalam kepala otak aku.

BackStabbing

back·stab (bkstb)tr.v.back·stabbed, back·stab·bing, back·stab To attack (someone) unfairly, especially in an underhand, deceitful manner:

Hari ini aku rasa langsung tak bersemangat. Semuanya macam tak kena.Semua usaha aku selama ini macam dirampas orang (member sebenarnya) .Yea, aku rasa macam ditikam dari belakang. Aku tak rasa la sakitnya kat belakang aku nih, tapi kepala otak aku nih rasa macam berpinar aje.

Tadi aku terima fax dari salah satu daripada bakal aku punya penaja utama. Amat mudah ayatnya, “dukacita dimaklumkan bahawa pihak kami tidak dapat bersama menjayakan program yang anda rancangkan”. Aku tak rasa terkilan kalau program aku ni di buat oleh orang lain, tapi masalah utamanya ialah program aku ni, telah di salin oleh kawan aku sendiri, KAWAN YANG AKU TOLONG MASA DIA SUSAH DULU.

Masa aku belajar dulu, aku adalah terlibat dalam kegiatan luar. Agak aktif juga. Masa tu, hampir seluruh warga kerja di Universiti yang aku belajar dulu aku kenal. Dari TNC sampai la ke driver, tukang kebun dan sebagainya. Ada sekali tu, member aku ni dalam proses nak buat satu acara yang grand juga la, (tak yah aku sebut, sebab sahih korang akan tau punya-sebab satu malaya tau program ni).

Dalam pada mencari duit untuk menjayakan program tu, maka aku mencadangkan satu idea yang sangat hebat (memang hebat pun sebab siap masuk TV etc) dan diakhir program tuh, aku berjaya mendapat penajaan sekitar RM100,000. Acara yang aku buat tu memang unik dan disini la segalanya bermula.

Selepas berjaya semuanya, kami pun membawa haluan masing-masing. Aku pulak, semenjak dua tahun lepas, telah berusaha untuk membuat program yang aku buat masa belajar dulu. Pihak aku telah pun beberapa kali menghadiri mesyuarat dengan beberapa pihak termasuk lah agensi kerajaan. Semuanya nampak akan menjadi kenyataan.

Akan tetapi, pagi tadi, segalanya musnah! Fax yang aku terima tadi amat mengecewakan. Setelah aku korek rahsia serba sedikit, rupanya kawan yang aku tolong masa di universiti tu sebelum ini, telah memotong dan mencantas program yang aku cadangkan sebelum ini. Maka, hari ni, entah kali ke berapa, terasa macam ditikam dari belakang.

Aku rasa, segala usaha dan pertolongan yang aku bagi dulu sebelum ini, nampak macam dipermainkan oleh RAKAN SENDIRI. Kawan yang dulu, minta pertolongan untuk menjayakan program dia, dengan rasa tak bersalahnya menyalin dan kemudian menggunakan popularitinya itu, merampas segala usaha dan wang ringgit yang aku curahkan dulu untuk kepentingan diri dia sendiri!

Pernah beberapa kali aku rasa tertikam dari belakang. Bersengkang mata aku buat kertas kerja, namun dengan selambanya ditukar penulisnya. Namun dulu aku tak berapa kisah sangat sebab tak banyak melibatkan wang. Tapi kali ni, telah beribu duit aku habis, semata-mata untuk menjayakan program yang aku rancangkan ini.

Memang Melayu mudah lupa, dan aku malu menjadi orang melayu. Penuh dengan sifat tamak haloba, dengki, khianat dan segala macam sifat keji terhadap kawan. Bila duit dan kedudukan menjadi agenda utama, rakan atau lawan harus diketepikan. Maka tidak hairan la, Hang Tuah dan Hang Jebat sanggup berpatah arang kerana ini semua.

Sampai bila kita harus punyai sifat keji ini? Kadang tu, aku sendiri tertanya-tanya, dari mana mereka belajar semua ini? Aku pasti, mak dan ayah mereka tidak mengajar perangai macam nih. Cuma, bila tersalah pilih kawan, dan tuntutan kebendaan yang mendesak, pasti sifat keji ini tumbuh dengan suburnya dalam hati diri masing-masing.

Maka, dengan ini, secara rasminya, segala usaha yang aku buat sebelum ini, musnah sama sekali. Aku rasa dikhianati. Mulai hari ini, aku menanam azam untuk menolong mereka yang benar-benar berada dalam kesusahan sahaja seperti orang cacat, anak yatim, mereka yang berpenyakit kronik dan tidak lupa pada rakan-rakan aku yang lain, yang sama-sama menghadapi kehidupan sukar sebelum ini. Kepada rakan bloggers yang lain, gunakan lah kekuatan tulisan kamu dengan sebaiknya. Sebarkan lah mesej kebaikan kepada setiap insan. Umpama pena yang indah, untuk menghasilkan mesej yang baik kepada manusia yang lain.

Bagi aku, memang terasa sakit bila ditikam dari belakang. Akan tetapi, aku tak perlu bersikap bodoh untuk menikam mereka balik. Percayalah, satu hari nanti, pasti akan ada orang lain menikam mereka dari belakang juga kerana kita hidup umpama roda yang berputar dan kita akan tahu dengan sendirinya, bila kita sampai ke bawah.

Ayat-Ayat Cinta

Januari 2, 2007

Sudah lama rasa aku tak baca novel atau pun buku. Sejak kebelakangan ini, kehidupan aku agak kelam kabut kerana urusan dunia yang semakin hari semkin mendesak. Ada juga masa senggang aku luangkan masa untuk baca buku La Tahzan karya agung Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni tuh, tapi tak lah sampai aku biasa buat masa dulu-dulu, baca sekali harung (one shot) terus abis. Dalam pada tu, aku ada juga baca buku bibliography ARAFAT-A POLITICAL BIOGRAPHY. Iyela, sempena mengenang kisah watak penting dalam sejarah umat Palestin khasnya dan Muslim umumnya. Tak lama lagi pasti akan keluar SADDAM HUSSEIN-A POLITICAL BIOGRAPHY by George W.Bush.

Tapi kali ini, hati aku meronta-ronta untuk membaca novel karya penulis Indonesia Habiburahman el Shirazy yang bertajuk Ayat-Ayat Cinta. Terima kasih kepada Faisal
yang berada nun jauh di Kaherah, Mesir kota purba yang berusia ribuan tahun itu keatas synopsis dan persoalan yang dilemparkan, dimana, dalam komen saya, bertanya siapa antara empat wanita tersebut, Maria, Nurul, Aisha ataupun Noura yang menjadi isteri kepada Fahri?. Maka dengan rasminya aku telah tamat membaca novel tersebut dan mengetahui apakah kesudahan cerita tersebut.

Sebetulnya aku sudah teramat jarang untuk membaca novel. Mungkin kerana batas waktu yang mencengkam, tidak seperti waktu belajar dulu yang punya puluhan jam sehari untuk dihabiskan. Akan tetapi aku rasa, novel sekarang hanyalah karya picisan yang tidak punya nilai atau maksud yang tersendiri untuk disampaikan kepada khalayak. Minta maaf, mungkin agak keras bagi yang terasa, tapi itulah hakikatnya. Dulu sememangnya aku peminat novel yang setia. Katakan saja apa judul yang terbaru, pasti akan aku beli. Itu dulu, masa aku sekolah rendah dan menengah. Akibatnya, ayah aku terpaksa membuat satu almari buku khas untuk diletakkan hasil novel yang aku (dan juga abang dan kakak aku) beli untuk disimpan dengan sempurna. Tapi sekarang, sebuah novel setahun pun, terasa sangat sukar untuk dibeli,

Kalau dahulu aku sanggup bersenggang mata untuk menghabiskan satu novel, tapi sekarang tidak lagi. Ini kerana karya novel yang aku baca sekarang ini, kosong, tidak punya matlamat yang kukuh. Aku semacam membaca buku kuliah semasa di universiti. Tanpa perasaan. Kalau dulu, aku mampu tersentuh dengan bait-bait kata umpama Novel IMAM karya Abdullah Husin, tapi sekarang aku tidak mampu menghabiskan novel-novel picisan yang berada dipasaran sekarang ini apakan lagi tersentuh dengan karya tersebut.

Namun satu karya agung yang berbekas dihati aku ialah karya HAMKA Tenggelamnya Kapal Van Der Vijck, kisah dimana Zainuddin yang menjadi anak yatim piatu yang tinggal di Ujung Padang Sulawesi merantau pulang ke tanah asal bapanya daerah adat dikandung tanah Minangkabau. Dan disitulah segalanya bermula dimana peranan Hayati mengubah hidupnya sehingga akhir hayatnya.

Sukar untuk aku mengulas novel ini kerana semacam aku sendiri berada di dalam cerita tersebut. Penulis berjaya membawa pembaca ke latar tempat seperti keindahan Ujung Padang, apatah lagi daerah Minangkabau, Bukit Tinggi, dengan latar Gunung Singgalang dan Merapi nya dan tidak lupa keindahan Danau Maninjau.

Memang, novel mana yang tidak akan lari dari konsep cinta? Namun, kisah cinta di dalam novel ini mempunyai kekuatan, mempunyai maksud dan dalam masa yang sama, menyampaikan unsur dakwah yang sangat halus, indah dan tersusun untuk direnungi oleh setiap pembaca. Kisah bagaimana Hayati yang tersiksa zahir dan batin atas kongkongan adat dan budaya serta peranan agama untuk mengatasi sebarang masalah yang mendatang.

Dengan kekuatan novel inilah yang membawa aku ke Indonesia. Menyelusuri latar tempat dalam setiap bab dan peranggan yang terkandung. Menyaksikan sendiri Kota Jakarta dan Surabaya, melihat keindahan Danau Maninjau di Sumatera Barat, menyaksikan sendiri Singgalang dan Merapi berdiri megah dari Bukit Tinggi. Melihat adat dan budaya yang semakin terhakis ditelan zaman.

Apa yang pasti, karya Habiburahman el Shirazy ini telah berjaya membuka ruang waktu aku yang sibuk itu untuk diisi dengan membaca karya beliau. Kagum dan sangat terkesan dengan jalan cerita walaupun kadang kala tersentak dengan penggunaan bahasa German dan ungakapan Bahasa Arab (nasib baik ada terjemahan pada nota kaki). Digarap dengan bahasa mudah namun kupasannya sangat tinggi serta melihatkan kebijaksanaan penulis.

Kisah bermula dengan seorang pelajar Indonesia bernama Fahri yang sibuk menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar Master di Universiti AL-Azhar. Dalam kesibukan ini lah yang membawa beliau bertemu dengan Maria gadis Kristian anak kepada tuan rumah Tuan Boutros yang meminati Fahri dari jauh. Dalam pada itu, Fahri berkenalan dengan Aisha secara tidak sengaja di dalam Metro (macam LRT kat Malaysia ni). Selain itu, Fahri mengalami konflik dikawasan perumahannya dimana, keluarga Bahadur yang mempunyai anak perempuan bernama Nouro yang sering disiksa oleh keluarganya kerana tidak mengikut kata ayahnya.

Tidak lupa juga kepada Nurul yang disifatkan sebagai bidadari dikalangan pelajar Indonesia kerana kecantikannya serta mempunyai keturunan yang sangat bagus di Tanah Jawa. Pelbagai rentetan peristiwa yang mampu membawa aku ke dalam cerita itu. Pelbagai perasaan timbul semasa membaca novel ini. Kadang rasa tersipu/penasaran semasa Fahri diperkenalkan dengan bakal isterinya, perasaan takut, ketika Fahri dipenjarakan akibat tuduhan merogol, perasaan cemas ketika Fahri koma ketika pulang kerumah sewa, dan juga lucu ketika Fahri dan rakan-rakan menghadiri jamuan makan malam anjuran Tuan Boutros.

Jika dulu karya Pak HAMKA, telah berjaya membawa aku menyusuri Tanah Jawa dan Sumatera, adakah dengan karya Habiburrahman El-Shirazy ini, akan membawa aku ke Kaherah Mesir menyelami latar tempat seperti didalam kisah Ayat-Ayat Cinta ini di bumi tinggalan Firaun dan Ambia ini? Nantikan jawapannya..