Perjalanan I-Nepal
Disember 19, 2006
Kali ni aku nak cerita pasal beberapa trip yang pernah aku buat sebelum ini. Akan dibahagikan kepada beberapa bahagian dan lebih kepada kisah bergambar. Kalau nak cerita secara terperinci, rasanya tak mampu. Cukuplah sekadar tatapan bergambar.
Aku tak ingat, ini trip aku yang keberapa. Masa ni aku ke Nepal. Kathmandu ialah destinasi aku yang pertama. Masa dalam flight tu, ada geng nepalese yang mabuk minum beer..Asieh, baru dua botol dah mabuk ke?hehehe Kesian kat pramugari tuh, macam kena sexual harrasment je dengan mamat nih. Nasib dia pandai handle, dia pas ke pramugara untuk selesaikan masalah tu..Kalau naik MAS ke Los Angeles tu, sahih dah kena tahan dengan Air Marshall.Silap-silap, sampai Taipei je, pastu di halau balik…
Internatioanl Airport ni, macam airport kat Tawau je. Cuma ada beberapa penerbangan dalam sehari. Tak de la sibuk macam KLIA. Cuma masa kat Immigresen je yang agak sibuk. Ada 2 kaunter je untuk pelancong luar. Nasib baik aku dah amik visa awal-awal masa kat KL. Kalau tak, sahih lagi lama kena tunggu. Oh yea, kalau amik visa masa ketibaan, agak mahal. Kat KL dalam USD20 kot. Lupa la.
Kathmandu..Awal pagi..Sebetulnya, Kathmandu ni berada diparas 800 meter dari aras laut. Jadi, agak sejuk juga berada disini. Sebetulnya aku terperanjat masa hari pertama kat sini. Kan kita dah biasa mandi pagi dengan suhu biasa kat mesia. Jadinya, aku dengan keadaan mamai, terus la mandi dengan guna shower kaler biru/neutral. Nah kau, terus aje aku mengigil kesejukan. Aku cek suhu kat luar dalam 17C. Sabar je la. Terus rasa macam nak demam.
p/s..Nanti aku sambung lagi..
Keldai Dan Kata-Kata
Disember 13, 2006
Lama juga aku tak berblog nih..Sedia maklum, cuti sekolah nih, pelbagai la undangan perkahwinan yang sampai kat opis aku nih..Tu belum campur yang jemputan sms..Jadinya, setiap minggu, akan pasti aku makan percuma..Dari Jitra sampai la ke Batu Pahat, aku menghadirkan diri ke majlis nikah/kawin kawan-kawan..Cuma aku tak berapa suka soalan dari makcik-makcik yang anak dia baru dinikahkan..”Bila nak kawin?”..Aku kalau senang pilih pompuan untuk nikah macam nak pilih baju masa “Year End Sales” ni takpe la juga..Tapi, apakan daya, hanya mampu senyum aje la..Lepas tu, macam-macam la cadangan, pilihan, kata-kataan yang agak pedas lagi “Slruppp” itu singgah kat aku..Apakan daya..Namun yang paling aku letih ialah bila diaorang tanya aku kerja apa..Aku cakap aku kerja sendiri..Berniaga..Yang sedapnya, diaorang boleh cakap, “buat apa la susah-susah kerja sendiri, kan senang makan gaji..Tiap-tiap bulan dah tentu dapat gaji…”
Aku sebenarnya nak cerita pasal keldai aje. Tak minat aku nak cerita pasal makcik-makcik- yang memang pandai dan berwibawa (untuk mencari jodoh kat aku) ni..Dua minggu lepas, aku ada la singgah solat maghrib kat area Bangi/Kajang. Aku sebenarnya baru lepas jogging kat area tuh..Aku rasa aku perlu menjalani kehidupan sihat, seperti mana aku alami masa belajar dulu.Kalau tidak seaktif dulu, paling kurang aku perlu keluarkan peluh 3/4 kali seminggu. Bukan apa, semenjak dua menjak nih, aku rasa tak sedap badan..Tu yang aku mula untuk jogging tu..
Jadinya lepas selesai jogging tu. aku pun bersiap-siap la ke masjid…Agak lewat aku sampai, dan dah tahiyyat akhir pun..Lepas selesai segala, ada pengumuman tentang kuliah Maghrib yang diadakan setiap minggu. Mulanya aku nak terus balik je..Tapi. aku mengambil keputusan untuk bersama mendengar kuliah tersebut. Aku tertarik untuk bersama kerana kitab yang menjadi rujukan nya ialah kitab “La Tahzan”.
Aku ada beli kitab ni, beberapa bulan dulu..Aku dapat maklumat mengenai kitab ni dari arena punya blog. Lepas aje aku baca sinopsisnya. aku terus cari kat jalan TAR..Bagi aku kitab ni memang bagus..Sebab itu la aku turut serta untuk mendengar kuliah Maghrib tersebut.
Ada satu cerita dalam kupasan tajuk yang diberi oleh penceramah berkenaan. Cerita tentang Si Keldai. Pada zaman dahulu, ada satu keluarga (si ayah dan anaknya serta seekor keldai-Keldai ini digunakan untuk membawa barang dan sebagai teman mereka). Suatu hari, mereka ini hendak ke sebuah bandar yang agak jauh letaknya dari kampung mereka. Maka, bertolak la mereka bersama dengan keldai berkenaan untuk ke bandar. Dalam perjalanan tersebut, mereka akan menempuh beberapa buah kampung. Disini la kisahnya bermula. Sedang mereka melalui kampung A, penduduk kampung itu pun berkata la. “Hai, Apa la bodoh sangat kamu ni? kenapa tak tunggangkan saja keldai itu?…Sebaik mereka mendengar kata-kata itu orang kampung itu, kerana menghormati orang tua, si anak ini pun meminta ayahnya menunggang keldai itu. Lalu mereka pun meneruskan lah perjalanan.
Setelah sekian lama berjalan, mereka pun melalui kampung B. Sebaik mereka melalui kampung ini, orang kampung pun berkata la. “Hai, kenapa la si ayah langsung tidak berhati perut? Sanggup membiarkan anaknya berjalan sedangkan si ayah hanya duduk senang menunggang keldai?” Sebaik mendengar kata-kata orang kampung itu, si ayah pun turun la dari keldai tersebut dan menyuruh anaknya pula menunggang keldai berkenaan. Maka selepas itu, mereka pun meneruskan perjalanan.
Setelah jauh berjalan, mereka pun menempuh kampung C. Orang kampung ini pun berkata-kata lah, “Kenapa la zalim dan derhaka sangat anak itu, hingga sanggup membiarkan si ayahnya berjalan, sedangkan dia menaiki keldai?
Jadi, pengajaran dari cerita ini, kalau anda sudah membuat satu keputusan dalam hidup anda (nak kawin ke, nak ada anak ke, nak berhijrah ke-tak kira la apa pun, asalkan baik untuk diri anda) maka teruskan sahaja niat suci anda itu. Untuk mencapai matlamat anda itu, akan ada nanti, makcik-makcik, pakcik-pakcik yang berkerja tanpa gaji, mengata, mengutuk dan sebagainya demi untuk memastikkan anda tersungkur sebelum menggapai cita-cita itu.
Begitu la dengan aku sekarang ini. Maklum la, aku ni bukannya makan gaji macam anak-anak diaorang tuh. Sume anak-anak diaorang kerja hebat, pakai tie, kereta WAJA. Dan yang penting, dah ada pasangan masing-masing. Pernah makcik tanya diaorang tuh, berapa hutang kereta, credit card, rumah dan bandingkan dengan jumlah pendapatan yang diaorang dapat setiap bulan? Aku pasti dan konpom, kalau setakat kerja dengan gaji RM2000 + gaji bini/laki pun RM2000=RM4000, berapa banyak yang tinggal hujung bulan? Kereta RM700, rumah RM700, makan RM1500, card credit RM300, minyak RM800..BREAKEVEN!!!!!! pampers, balik kampung, etc?
Jadi disini, aku bukannya nak salahkan sapa-sapa pun..Cuma kalau nak cakap tu, pikirkan dulu. Jangan la dok kutuk orang yang buat business macam aku nih.Memang la hasilnya tak nampak lagi sekarang nih. Lagipun, aku tak de hutang apa-apa pun sekarang nih..Cuma tinggal hutang belajar je aku belum selesai..setakat ni tak pernah la jadi pengemis minta duit untuk makan..Ada juga orang makan gaji ni, punya disiplin dan mampu menabung, dan aku respect orang macam ni..Tak menunjuk..Aku tak nak jadi macam cerita keluarga kat atas nih, sikit je orang komplen, dah nak tukar rancangan..takut orang kata!!! Ini la masalah besar orang melayu, TAKUT ORANG KATA!!
Kenapa kalau nak buat baik, mesti ada orang kata? Bagi aku biarkan la orang nak kata apa pun. Pedulikan. Lama-lama nanti dia akan penat berkata-kata. Jangan nanti, kita makan hati dan kecewa sebab cita-cita yang diidamkan tersangkut ditengah jalan gara-gara takut orang kata terhadap kita, dan mereka yang suka mengata ini, meraih kemenangan dengan usaha yang sangat sedikit! Maka, Fikirkan lah!!


