Bersenam
Oktober 20, 2006
Semalam, buat julung kalinya setelah tiga bulan duduk saja, aku mengambil keputusan untuk berjogging, sementara menunggu berbuka puasa. Bukannya aku boring sebab aku dah bercuti sejak Rabu lagi, tapi sebab aku rasa badan aku dah rasa macam tak sedap je. Sengal sana, sengal sini. Tidur pun tak berapa nak sedap.
Jadinya aku pun bersiap la (bukan bermake-up yea kakak-kakak),cari kasut jogging aku yang dah kepam dan bersawang (nampak sangat dah lama tak guna) tu. Tapi sebelum tu, dekat setengah jam aku cari seluar trek aku.. Tak ingat la pulak kat mana aku letakkan seluar ni. Setelah cari dan godek kotak-kotak harta simpanan aku yang tersimpan rapi di bawah katil ni, akhirnya berjumpa juga aku dengan seluar trek ni. Nasib baik masih elok dan berbau wangi lagi. Tak yah la aku sembur minyak wangi Davidoff aku ni, semata-mata nak menghilangkan bau lipas (kalau simpan lama di bawah gobok)
Aku sampai kat kat padang dalam jam 5.45pm . Saja datang awal, sebab nak buat rengganggan otot. Warming up sangat penting dalam sukan, lebih-lebih lagi macam aku ni yang sudah sekian lama “berehat” (macam atlit pro je). Ianya membantu otot untuk membiasakan diri dan keadaan sambil merenggangkan urat dan segala benda la dalam badan diri ni yang bersangkut paut dengan pergerakan.
Setelah berpeluh dan yakin segala otot aku dah longgar dan bersedia, aku pun mula la berjogging. Sedang aku khayal (memang dulu aku gila sport-jadi kalau kat padang nih, aku memang khayal-hehehe), tiba-tiba aku ditegur. Aku terperanjat sebab kat padang tu, ada la beberapa kerat manusia yang ada, dan sememangnya aku tak kenal pun diaorang ni. Rupa-rupanya, ada kawan lama turut sama jogging. Aku ingat dia datang sorang je, tapi dekat 15 orang..Wah, seronoknya, dah la dapat jogging, dapat pulak jumpa rakan lama yang sama belajar kat uni dulu. Kalau dulu, buat 2.4km (2.4 test-6 pusingan padang 400 meter) sahih bawah 12 min, tapi hari tu, aku hanya mampu buat 4 pusingan je. Nampak sangat aku tak cergas seperti dulu.
Masa aku belajar dulu, sememangnya aku ni aktif dan cergas (seperti kanak-kanak ribena) dalam aktiviti luar. Kalau masa dip dulu, aku mewakili fakulti dalam bolasepak, dan bola tampar. Aku tak berapa suka sangat dengan bola, sebab kebanyakan palajar yang main bola ni, terlalu emosional. Konsep tak boleh kalah, digunapakai. Maka setiap semester, akan pasti ada insiden pergaduhan yang membabitkan pemain, mahupun penonton. Jadi aku main bola, sekadar suka-suka, dan aku tak pernah dapat pingat pun dalam bola nih.
Bola tampar adalah sukan yang paling aku minati. Walaupun nampak ala-ala bapuk sikit, tapi sebenarnya memerlukan ketahanan mental yang tinggi. Pemain perlu mengadap face-to-face dengan lawan mereka. Aku masih ingat lagi masa aku 1st semester dan 1st year. Pasukan kami (yang baru kenal seminggu dua ni) terpaksa lawan pelajar 3rd year. Aku bernasib baik kerana kesemua ahli mempunyai asas dalam sukan ni (dulu aku wakili sekolah dan daerah dalam bola tampar). Kami yang masih terkontang-kanting (nama pemain sendiri pun belum ingat) turun la padang.
Berbekal kan semangat freshie dan awek satu batch yang ramai turun untuk menyokong kami (semangat gila masa tu, awek ramai la katakan), kami pun berlawan la dan yang bestnya, kami menang game tu-straight set. Wah, juah gila masa tuh. Tapi bibit-bibit tak puas hati, timbul dari pasukan senior (iyeala-kalah dgn junior). Maka dicabar la sekali lagi lagi untuk berlawan, dan perlawanan pun diadakan. Keputusannya tetap sama. Kami menang, dan kami menjuarai selama lima semester (tak ingat kalah pada semester bila).
Lagi satu, aku sangat la suka jogging. Kat belakang hostel aku dulu, ada macam ladang yang sangat luas. Ada ditanamnya pelbagai pokok buah-buahan, dan juga trek untuk jogging dalam ladang tu. Maka aku, hampir setiap petang, akan berjogging la di sepanjang ladang ini. Jangan salah paham! memang minat aku berjogging, bukanya nak pergi kutip buah-buahan yang pelbagai kat ladang tu (ada juga aku amik sebijik dua dulu-sekadar merasa). Jadi kesihatan aku waktu tu memang tip-top,
Aku meneruskan kesinambungan (berriadah waktu petang) masa buat degree di Shah Alam. Aku suka jogging kat tasik Shah Alam sebab landscapenya yang cantik. Di tambah pula kalau ada awek-awek pula yang turut serta berjogging sama, lagi la aku bersemangat (walaupun aku tak berani nak mengurat). Kalau setakat nak buat full circle kat tasik Shah Alam tu, memang tak de hal punya la.
Bila mula berkerja, aku mula sibuk dengan tugas harian dan sekaligus, melupakan kecergasan. Iyela..kadang tuh, balik lewat malam. kerja melambak. Celah mana aku nak turun padang. Keadaan bertambah sibuk bilamana aku nak buat business sendiri. kehulu-ke hilir usung paperwork. Sakit jiwa gak aku masa tu. Tekanan hidup menyebabkan aku lupa akan kesihatan diri. Aku rasa, benda cam ni la yang selalu kita lupa, dan menyebabkan penyakit moden seperti obessiti, kencing manis, serangan jantung dan segala macam penyakit yang berkaitan.
Disebabkan itu la, sekarang ni, aku mula menyusun kembali jadual harian aku, supaya aku dapat kembali “berpeluh” seperti dahulu, atau kalau tak cergas seperti dulu pun, paling kurang, aku dapat merehatkan dan merenggangkan badan aku kembali untuk berasa sihat dan cergas. Maka lepas ini, tak perlu la aku bersusah payah lagi untuk mencari seluar trek dan kasut jogging aku tak akan lagi bersawang lagi sebab aku dah mula mencari padang dan tasik baru untuk bersenam (dan mengurat?)
Berbuka Puasa
Oktober 18, 2006
Minggu lepas aku ke Lembah Tengah (MidValley). Saja jalan-jalan sebab aku dah tak tau nak buat apa dah waktu tu. Pada asalnya aku nak lepak opis je, sebab partner aku kata dia nak datang opis. Ada nak buat kerja sikit. Tapi dia tepon minit-minit terakhir yang katanya dia tak dapat datang ke opis. Makanya aku pun mati kutu secara tiba-tiba. Jadi untuk menghidupkan kembali kutu aku tadi, aku kena cari rancangan terkini. Tak kisah la buat apa pun, asalkan boleh keluar rumah dan kutu aku hidup kembali. Aku cuba la tepon kawan-kawan lama, tapi malangnya diaorang sibuk semacam je. Ada yang nak bawa anak bini balik kampung, ada yang nak mengemas rumah, dan ada juga yang nak pergi membeli dan membelah.
Iyela, diaorang kebanyakannya dah berkeluarga, dah berumahtangga (walaupun rumah aku ada tangga naik ke bilik, tapi aku belum dikategorikan berumahtangga). Takkan aku nak menyesel(betulke ayat aku nih) dengan keluarga diaorang tuh. Jadi dengan hati yang gundah gulana, aku pun ke Midvalley. Sebenarnya, midvalley ni dah jadi macam rumah kedua aku..Dalam seminggu tu, pasti aku akan singgah kat sini. Bukan shopping tau, tapi aku ada beberapa urusan kerja kat sini. Haaa..kelas gitu..Urusan kerja di midvalley. Orang pergi situ sebab shopping, tapi aku pergi atas urusan kerja.kelasss juga tu…
Masa aku disitu, ada la juga aku buat window shopping (dalam bahawa melayu apa yek?)Entah, tak bekenan la aku dengan baju melayu cap valentino, dan segala cap Italian name. Kan ke baju ni baju melayu, jadi semestinya la baju ni di jahit oleh orang melayu. Bukan nya bangsa asing yang menggunakan nama Italy sebagai alibaba nya untuk mengaburi mata orang melayu?
Dan orang kita ni pulak, bila bajunya ada tulis cap Italy, wah, bukan main bangganya pulak dia. Aku rasa masa lepas solat Eidulfitri, sahih melayu lupa diri ni, akan merasa bangga cakap “Eloo…baju raya aku tahun ni, cap Italy yea” Bukannya nak minta maaf ke bertanya kabar ke, ni cakap pasal baju raya cap alibaba tu..Geli aku..
Tapi aku tak nak cerita pasal baju melayu atau kasut raya atau potongan (leher) harga disemua bahagian ini, tapi aku nak cakap pasal berbuka puasa di lembah tengah nih. Sedang aku berjalan-jalan di kat kompleks ni, aku teralit sekejap. Dah dekat berbuka puasa rupanya. Memandangkan midvalley ni, macam rumah kedua aku, jadi dengan mudah je aku plan untuk berbuka puasa kat mana. Aku terus ke tingkat bawah, bukan di tempat yang kelas-kelas tu, bukan di McD atau sewaktu dengannya.Tapi kat sebelah parking motor tu, tempat orang tak berkelas macam aku nih.
Punya la ramai manusia yang datang, tempat duduk pun penuh, jadi aku mengambil keputusan untuk beli air di jusco je dan makan pada waktu lain. dalam perjalanan ke jusco tu, aku tengok ramai la orang kita nih bersungguh-sungguh nak berbuka puasa di restoran makanan segera seperti pizza,kfc dan sewaktu dengannya. Ada yang sanggup berdiri sambil menunggu giliran untuk duduk, sedangkan diaorang ni tau, yang tempat dah penuh. Aku tak tau la diaorang nak berbuka apa kalau dah azan Maghrib nanti. Rasa aku, sahih geng ini akan berbuka dengan korek hidung je. Tak pun, mengutuk dan mengumpat. Yang lelaki nak isap rokok tak leh pulak sebab tempat aircond, jadi hisap putung rokok je la.
Entah. Tak pernah kat kepala hotak aku ni nak berbuka dengan makanan segera ni. Ibu dan ayah aku tak pernah pun ajar makan benda-benda macam ni. Dan aku rasa, makanan ni pun bukannya sedap mana pun. Masa aku kecik dulu, semua makanan akan dimasak oleh ibu aku. Kakak aku akan bertugas sebagai Assistant Chef. Dalam jam 3/4 petang tu, diaorang dah siap potong bawang, tumbuk cili dan menyiapkan segala kelengkapan. Main course, ada la makanan berat-berat, macam ayam, sayur , daging ke. Pencuci mulut, akan ada cendol ke, air kelapa ke. Kalau ada permintaan khas (biasanya kami yang balik dari asrama akan ada makanan permintaan khas), maka, sahih dan pastinya akan ditunaikan oleh ibu. Tak perlu pun aku beratur untuk berbuka puasa.
Itu masa aku berbuka dengan keluarga masa kecik-kecik. Sekarang ni, aku buka puasa dengan rakan kongsi. Dan kami lebih sanggup menapak di Pasar Ramadhan untuk membeli juadah tempatan, daripada berdiri menunggu giliran untuk makan direstoran makanan segera. Aku tak sanggup satu hari nanti, raya pertama akan ada orang yang “bijak pandai” menghidangkan juadah raya yang mana kotaknya tertulis “Selamat Hari Raya, Ikhlas Dari KFC / McD / Pizza Hut”, sambil memakai baju melayu cap dari Italy.
Baju Raya
Oktober 17, 2006
Memandangkan hari ini banyak sangat masa luangnya, dan kebetuluan pulak tengah rajin semacam je sekarang nih, jadi ada baiknya aku menaip apa yang patut..Daripada tidur, kan ke lebih baik buat benda berfaedah..Tak gitu…
Sebenarnya aku pun dah lupa, bila kali terakhir aku buat baju raya (ke baju melayu?)Masa kat sekolah rendah dulu, sume baju adik beradik aku dijahit oleh ibu dan ayah. Iye la, dulu mana ada terpikir nak pilih kaler apa pun. Jadi sume adik beradik aku akan mengenakan kaler yang sepesen (ke sedondon). Kalau merah. maka sahihnya kesemuanya merah belaka tahun tu…Perkara ini berakhir, bila mana kami adik beradik masuk asrama sejak dari tingkatan 1. Aku rasa, masing-masing dah boleh pikir, maka trend tu berubah, dan sume nya mempunyai citarasa tersendiri sejak masuk ke asrama.Dan trend aku pulak, malas nak buat baju raya.
Entah la, aku pun tak ingat lagi kaler apa baju melayu aku yang last sekali tu..Mungkin sebab, aku memang malas nak menempah baju sejak dari sekolah menengah lagi, menyebebkan perangai tu menjadi sebati dalam hidup ini. Dan kesannya, aku memang tak pernah beli/tempah baju raya sampai sekarang.(Kecuali baju melayu konvo-terpaksa tempah sbb tak de kaler hitam)
Buat julung-julung kalinya, minggu lepas, aku cuba nak ubah perangai tak elok aku tu(tak beli baju melayu) dan aku pun menuju je Jalan Masjid India. Tujuan aku hanya satu je, nak beli baju melayu yang dah siap.(kalau nak tempah, sahih kena maki dengan Den Wahab tu). Masa sampai kat LRT Dang Wangi tu, aku tengok ramai gila manusia kat area tuh. Kalau macam ni punya gaya sesak, sahih dah aku pulang dengan tangan kosong saja. Malas aku nak bersesak semata-mata nak beli baju. Lain la kot aku bersesak sebab nak buat tawaf di depan kaabah, ada gak pahalanya.
Tapi aku gagahkan juga kaki ini, untuk mengubah persepsi raya aku dengan baju baru. Bila aku jejakkan aje di Wisma Yakin tu, mak datuk, ramainya manusia kat sini. Aku cuba juga belek-belek baju yang siap tegantung kat luar yang siap dengan tanda harga dan diskaunnya sekali (30% diskaun-betul ke ada diskaun?). Langsung aku tak boleh bergerak sbb segala macam tok uwan, makcik, pakcik, angah, along, usu dan segala macam jenis manusia berkerumun kat situ.
Walaupun baru je 5 minit aku kat situ, aku dah mula rimas. Aku bukannya biasa dengan tempat-tempat padat dan serabut nih..Cepat pening kepala..dan bila aku dah start pening, aku malas nak pikir panjang dah..Nampak gaya ceritanya raya tahun ni, angan-angan Mat Jenin aku untuk berpakaian serba baru raya tahun ini berkecai..
Jadinya, kalau tahun depan aku bercita-cita juga nak berpakaian serba baru, harusnya tempah sebulan sebelum puasa. Bila mula je puasa, baju aku dah siap, dan aku tak perlu lagi merempuh lautan manusia di Wisma Yakin tu sekali lagi. Dan Den Wahab pun, sudah tentu akan tersenyum dengan aku sebab aku tempah baju awal untuk raya tahun depan.
Cuti
Oktober 17, 2006
Aku percaya, sekarang ni adalah masa yang paling kritikal bagi mereka yang makan gaji untuk memohon cuti. Bagi opis yang ikut opis hour tu, rasanya memang takde masalah sangat nak cuti.Cuma mungkin, dapat sikit je cuti. Tapi bagi mereka yang berkerja mengikut syift atau kompeni ni memang 24 jam sehari selama 365 hari setahun buka, sahih pening sekarang. Nak minta cuti pun, ikut giliran. Kalau yang dah kerja bertahun-tahun tu, rasanya akan mendapat peluang yang agak tinggi untuk mendapat cuti. Kalau setakat kerja baru setahun tu, pandai-pandaila pujuk bos.
Aku rasa sepanjang aku hidup ni, tak pernah pun sekali aku minta cuti untuk balik beraya. Masa aku belajar kat sekolah menengah dulu, sahih cuti dah ada. Tinggal nak balik rumah je..Aku pulak style malas nak balik awal. Melepak dulu di hostel dengan kawan-kawan.
Pastu sambung belajar di utara. Wah..ni lagi sakan aku…Tiap-tiap tahun pulak balik awal pulak. Alasan yang paling mudah, tiket bas abis, jadi kena balik awal. Padahal aku boleh cari bas di Alor Star ke Penang ke..Saja nak balik awal. Pernah sekali tu aku balik 4 penumpang orang je dalam bas (sume dalam bas tu, bebudak batch aku)..Masing-masing amik 4 tempat duduk. Gila kuasa…
Sambung belajar di Selangor nih pulak, jadi terbalik..Aku jadi malas semacam je nak balik awal..Tunggu minit terakhir puasa baru la aku start motor balik..Pelik..Kalau dekat, malas je nak balik rumah..Tapi kalau jauh, sanggup balik awal, walaupun tak buat apa-apa kat rumah tu…
Bila kerja, aku tak sempat nak minta cuti raya, sebab aku “cuti” sebelum raya lagi..(kes berhenti kerja la nih)..Aku berhenti kerja dengan kompeni telco kat KL nih..Entah la. Sekejap je aku kerja dengan kompeni nih..tak sampai setahun. Aku rasa boring yang sangat,walaupun staffnya ramai gile. Aku rasa aku tak leh nak mengadaptasi budaya kat situ…
Dan sejak tu, aku selalu je tukar kerja. Sampai la aku rasa yang aku tak boleh lagi nak berkerja dengan orang. Sekarang ni, aku buat kerja sendiri. Sewa opis dengan member, dan jalankan perniagaan sendiri. Dan yang penting, aku tak perlu mohon cuti untuk balik beraya di rumah…Wah…gembiranya aku..Tapi, memandangkan aku masih solo lagi, jadi tak berapa best gak..Cuti panjang-panjang, tapi duk rumah tunggu orang datang..Kiranya aku jadi full time waiter masa cuti raya nih..Kena nikah cepat nih..Baru boleh beraya sakan tahun depan dan menikmati cuti yang tidak terbatas tu …hehehehe
Salam Ramadhan
Oktober 16, 2006
Setelah sekian hari,minggu, bulan dan tahun, akhirnya aku daftar juga untuk menjadi ahli blogger. Entah, tetiba je rasanya nak daftar. Tak nak janji apa-apa, cuma aku cuba mengemaskini blog ini sekerap mungkin. Memandangkan ini entry aku yang pertama, jadi tak de la apa-apa aku nak tulis. Harap semangat untuk menulis itu, tetap akan ada, walaupun tak de idea..
Bermacam versi cuba aku tampilkan, versi flashback atau misi akan datang, atau sekadar catatan hairan, atau mungkin isu semasa, mungkin juga komplen-komplen, atau dah tak reti sangat, potong dan tampal aje dari blog orang lain..
Daripada aku pening kepala, nak pilih versi apa pun, baik aku daftar dulu dan mari kita mengikut keadaan semasa. Kalau ada isu yang bagus, jadi kita komen. Kalau tak, bolehlah flashback sikit-sikit kebelakang. Ala-ala Back To The Future..Kalau ada gossip liar kat opis aku nih, jadi aku pun menggossip la di blog ni..Tapi kat opis aku ni sume lelaki..takde bahan nak gosip..Ahhhh…
Masa lepas grad dulu, aku pernah juga berkerja dengan syarikat telco swasta di KL dulu..Stylo gak kerja situ, iye la, syarikat besar la katakan……Dah tu dekat pulak dengan pusat membeli dan membelah(poket) yang terkemuka saentaro dunia..Kiranya, masa tu aku rasa juah juga sebab lepas grad je, terus dapat kerja….
Tapi itu semua kenangan indah yang terpaksa aku lupa. Aku kena berpijak di bumi yang nyata. Dulu aku eksekutif, sekarang aku kuli (iyela, opis sendiri, mana ada staff bawah aku), Dulu aku kerja kat opis bertingkat-tingkat, siap naik lif lagi, tapi sekarang, opis ak kat tingkat 3, kena naik tangga lagi (kena bayar sewa lagi tu)…hahahah..padan muka aku..
Tak guna juga dok ingatkan benda indah yang sudah berlalu..bak kata Othman Hafsham dalam iklan Merdeka Petronas beberapa tahun lepas, “Ingat tu, jalan ke depan, bukan ke belakang!”..
Eh..raya ni tak de ke iklan dari Petronas lagi? aku dok tunggu gak la kot-kot ada iklan yang mampu menggugat jiwa raga lagi..Tapi yang paling aku ingat sekali ialah iklan Petronas juga, tajuk dia “No Charge”. Wah!!..aku rasa, iklan tu yang paling menusuk kalbu sekali…
Tak kisah la iklan apa pun keluar, yang penting ialah menghayati Ramadhan dengan mata hati. Ramadhan pasti akan datang tahun depan, tapi adakah kita akan merasai Ramadhan lagi pada tahun depan? Sama-sama lah kita renungkan..